Terpaksa Belajar Online, Perkongsian TIPS No 1 Dari Dr Amalina Memang WAJIB Buat!

Sejak PKP dilaksanakan, kebanyakkan pelajar dan golongan bekerja terpaksa berada di rumah untuk menjalani kelas dan melunaskan tanggungjawab kepada majikan. Bagi anak-anak yang masih belajar, tak kiralah di peringkat tadika mahupun di pengajian tinggi, norma baharu ini sukar dilaksanakan tanpa fokus yang baik. Dan kini, mereka perlu kembali belajar dari rumah.

Berikutan ini, doktor kesayangan Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang berjaya mencatat sejarah dengan kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 dan kini bergelar doktor bedah di United Kingdom berkongsi tips untuk fokus ketika menjalani pembelajaran secara atas talian.

“Kebanyakan pelajar kini terpaksa belajar secara online disebabkan penularan wabak Covid-19. Namun perhatian mereka sangat mudah terganggu. Bagaimana untuk mengelakkan daripada ‘penangguhan’ pelajaran dan terus fokus,”tulisnya.

  1. Tutup telefon bimbit dan laman media sosial. Tetapkan had waktu pada skrin telefon dan tablet.
  2. Tetapkan matlamat harian dan mtlamat jangka panjang. Atur jadual serta letakkan tarikh akhir atau deadline
    .
  3. Berilah reward pada diri sendiri dan berehat selepas setiap matlamat yang sudah tercapai.
  4. Bekerja di dalam kumpulan online untuk memberi motivasi kepada anda. Bina sebuah study group.
  5. Beritahu kepada teman anda apa matlamat yang ingin anda capai supaya mereka boleh menasihati dan mengingati anda untuk tidak bertangguh.

 

Wah, tips daripada seorang yang berjaya bagai memberi satu cetusan semangat untuk ikuti langkah-langkah yang diberikan. Tidak hairanlah Dr Amalina seringkali menjadi rujukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Laman blog Dr Amalina, Ask Dr Amalina juga terisi dengan informasi yang mempunyai rujukan yang sahih.

 

 

“Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting!” katanya. Beliau juga berkongsi gambar bersama ibunya ketika menerima sijil Sarjana pada hari graduasi di University of Cambridge pada tahun 2015.

 

 

Kredit foto: Instagram Dr. Amalina Bakri

IKLAN
Share