Sejak PKP dilaksanakan, kebanyakkan pelajar dan golongan bekerja terpaksa berada di rumah untuk menjalani kelas dan melunaskan tanggungjawab kepada majikan. Bagi anak-anak yang masih belajar, tak kiralah di peringkat tadika mahupun di pengajian tinggi, norma baharu ini sukar dilaksanakan tanpa fokus yang baik. Dan kini, mereka perlu kembali belajar dari rumah.
Berikutan ini, doktor kesayangan Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang berjaya mencatat sejarah dengan kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 dan kini bergelar doktor bedah di United Kingdom berkongsi tips untuk fokus ketika menjalani pembelajaran secara atas talian.
“Kebanyakan pelajar kini terpaksa belajar secara online disebabkan penularan wabak Covid-19. Namun perhatian mereka sangat mudah terganggu. Bagaimana untuk mengelakkan daripada ‘penangguhan’ pelajaran dan terus fokus,”tulisnya.
Ads
Tutup telefon bimbit dan laman media sosial. Tetapkan had waktu pada skrin telefon dan tablet.
Tetapkan matlamat harian dan mtlamat jangka panjang. Atur jadual serta letakkan tarikh akhir atau deadline.
Berilah reward pada diri sendiri dan berehat selepas setiap matlamat yang sudah tercapai.
Bekerja di dalam kumpulan online untuk memberi motivasi kepada anda. Bina sebuah study group.
Beritahu kepada teman anda apa matlamat yang ingin anda capai supaya mereka boleh menasihati dan mengingati anda untuk tidak bertangguh.
Wah, tips daripada seorang yang berjaya bagai memberi satu cetusan semangat untuk ikuti langkah-langkah yang diberikan. Tidak hairanlah Dr Amalina seringkali menjadi rujukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Laman blog Dr Amalina, Ask Dr Amalina juga terisi dengan informasi yang mempunyai rujukan yang sahih.
“Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting!” katanya. Beliau juga berkongsi gambar bersama ibunya ketika menerima sijil Sarjana pada hari graduasi di University of Cambridge pada tahun 2015.
Siapa yang tidak kenal seraut wajah lembut yang menghiasi kaca televisyen ketika mengacarakan program HLive! suatu ketika dahulu. Wajah ayu ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan kala mengendalikan program GoShop pada awal penerbitannya.
Dianugerahkan bakat semula jadi dengan pakej seraut wajah manis, pasti menambat hati setiap mata yang memandang. Selepas lebih setahun melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj, kehidupan berumah tangga banyak mengajar erti sebuah kehidupan buat Che Puan Syamim Farid.
Bertanyakan tentang fasa kehidupan rumah tangga, kedua-duanya bersifat terbuka berbicara tentangnya. “Sebagai seorang suami, saya mahu melihat dia gembira melakukan apa yang disukainya. Menerimanya sebagai seorang selebriti, saya tidak pernah menetapkan syarat tertentu tetapi saya yakin dia tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri.”
Jatuh cinta pandang pertama bukan situasi yang luar biasa bagi pasangan yang bercinta. Daripada mata turun ke hati telah menyingkap detik pertemuan dua merpati sejoli ini.
Ketika diajukan tentang pertemuan pertama mereka, Tengku Ezrique sambil tersenyum memandang isterinya berkata, “Memori detik pertemuan kami sangat unik untuk diimbas kembali.
Pertemuan pertama kami telah diperkenalkan oleh abang Syamim sendiri dan juga sepupu saya. Merekalah yang mengatur pertemuan itu. Masa mula-mula berjumpa Syamim dia tak layan pun saya, asyik dengan telefon bimbit saja.
Dan selepas itu, kami tak berkawan lama-lama. Enam bulan berkenalan, saya ambil keputusan untuk meminang Syamim. Genap tiga bulan tempoh pertunangan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan,” tutur Tengku Ezrique lembut.
Balas Che Puan Syamim, “Memang mula-mula dulu saya agak jual mahal. Ketika itu saya sendiri tidak tahu Ezrique merupakan kerabat diraja. Sebab dia sangat merendah diri dan langsung tidak pernah bercerita tentang keluarganya.
Kemudian abang saya bercerita tentang status Ezrique yang sebenarnya, terus saya jadi takut dan mula menjauhkan diri. Saya sedar hanya orang biasa dan takut untuk berkawan dengannya.
Tetapi apa yang saya bayangkan nyata berbeza dengan realiti. Kesungguhan Ezrique dan karakternya yang sangat merendah diri benar-benar menambat hati kecil saya untuk terus mengenalinya.
Namun ketika itu dia masih mengelak jika ditanya tentang keluarga. Selepas bertunang, barulah dia agak terbuka bercerita tentang hal-hal yang lebih peribadi,” ujar Che Puan Syamim yang merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini.
Keluarga Diraja
Masyarakat sering dijaja cerita dengan institusi diraja yang dikawal ketat dan ke mana sahaja kaki melangkah sudah pasti ada yang mengekori. Serba-serbinya mengikut adat dan istiadat. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal.
“Secara jujurnya kedua-dua ibu dan bapa mertua saya sangat merendah diri dan menerima kehadiran saya dalam keluarga dengan tangan yang terbuka.
Kemesraan yang ditonjolkan dalam keluarga suami membuat saya mudah membiasakan diri dengan keluarga diraja. Adat dan protokol istana hanya berlangsung apabila menghadiri majlis yang melibatkan golongan istana.
Sebelum berkahwin ibu mertua sudah memberitahu serba sedikit apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat. Selepas berkahwin segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Malah sepanjang perkahwinan pun ibu mertua banyak memberi tunjuk ajar agar saya lebih memahami adat di dalam istana.”
Tambahnya, protokol istana yang agak sukar adalah cara menyembah dalam bahasa istana atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami adalah memberi salam. “Sebenarnya tidaklah sesusah mana tetapi takut melakukan kesilapan. Mungkin tidak timbul kesalahan tetapi nampak macam tidak biasa sahaja.
Kalau tiada majlis di istana, kami menjalani kehidupan macam orang biasa yang lain. Suami pula seorang yang merendah diri. Sikap yang ditonjolkannya membuat saya berasa selesa. Mungkin pada permulaan saya rasa agak janggal tetapi lama-kelamaan rasa janggal itu hilang dan saya boleh menerima dengan baik sebarang perubahan dalam kehidupan ini,” terang wanita yang baru berusia 25 tahun ini.
Kesudian Tengku Ezrique yang merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini menjayakan sesi fotografi bersama merupakan suatu penghormatan. Walau jarang beraksi di depan lensa kamera tetapi kelihatan selesa dan tidak janggal lebih-lebih lagi apabila bergandingan dengan isteri tersayang yang sudah biasa dengan bidikan kamera.
Darah diraja mengalir di tubuh Tengku Ezrique setelah termeterai perkahwinan di antara kedua ibu bapanya, YDM. Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj Tengku Seri Paduka Shahbandar dan Toh Puan Datin Siti Rahilah Mohd Hashim.
Moyang Tengku Ezrique merupakan Sultan Selangor kelima, Sultan Ala’eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa Al-Haj. Manakala Y.A.M. Tengku Abdul Hamid Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah merupakan datuk kepada Tengku Ezrique. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Gemersik suara Camelia memecah keheningan hujung minggu. Lagu berhantu, Rindu Padanya, bagai mengimbau nostalgia lalu, zaman remaja 90-an yang kini semuanya sudah meningkat dewasa.
Dayang Nur Camelia Abang Khalid, anak jati Kuching, Sarawak merupakan salah seorang ikon fesyen dan penyanyi wanita tercantik yang pernah bergelar juara Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik.
Beliau mula dikenali menerusi dunia nyanyian dengan suara merdu yang unik serta gaya persembahan yang elegan. Datin Seri Camelia Khan pernah menghasilkan album yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat, terutama lagu-lagu bernuansa pop dan balada.
Antara lagu popular yang masih meniti bibir adalah Dengarlah Kasih, Menuju Usia, Akhirnya, Rindu Padanya serta banyak lagi.
Dilahirkan pada 20 Jun 1974, kecantikan asli Datin Seri Camelia Khan pada usia 51 sepertikan tidak terusik. Sangat cantik dan menawan, kulit mulus dan penuh kelembutan menyerlahkan pekerti seorang isteri dan ibu penyayang.
Pernah bergelar model dan pengacara Casa Impian di Astro Ria dari 1998 hingga 2006, Datin Seri Camelia Khan sering dilihat sebagai seorang wanita berkarisma dengan cita rasa fesyen yang mewah, sofistikated dan elegan.
Beliau pernah menjadi duta jenama antarabangsa L’Oréal, menjadikannya antara artis Malaysia pertama yang diiktiraf dalam dunia fesyen dan kecantikan global. Penampilan beliau dalam pelbagai acara hiburan dan sosial sering menjadi rujukan fesyen wanita moden era tersebut.
Terkenal dengan gaya hidup classy, aura Datin Seri Camelia Khan tetap menjadi pujaan peminat meski jarang muncul kerana fokus pada kehidupan peribadi. Low profile, namun namanya tetap segar di hati.
Elegan dan classy, suka betul tengok wajah terkini beliau sepanjang sesi pemotretan eksklusif jurufoto Pinography dan solekan magis Najeeb Azami. Kecantikan yang boleh digambarkan dengan satu kata – BAHAGIA.
Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Bahagia berganda dalam satu hari, usahawan pempengaruh Yatie Kamarzaman terima gelaran Datin dan anak sulung tamat kursus foundation!
MasyaAllah tabarakallah! Aturan Allah indah pada masa yang tepat. Tumpang bahagia melihat rezeki luar biasa dan menjadi kenangan terindah buat keluarga Datin Yatie Kamarzaman.
Pasangan suami isteri sukses ini bukan sahaja diundang ke Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan untuk menerima darjah kebesaran diraja, malah anak sulung kesayangan turut bergelar graduan usai menamatkan kursus foundation atau program persediaan sebelum ke program ijazah sarjana muda.
Tanggal 25 Julai 2025, Pengasas The Hijab Co dan Ketua Pengarah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd ini dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’. Tujuh tahun meniti dunia perniagaan, akhirnya penat-jerih pasangan Dato’ Mohamad Zaidi Aziz dan Datin Noor Hayati Kamarzaman mendapat penghargaan.
Selain bisnes tudung, Datin Yatie juga mengusahakan jenama The Skin Co serta merupakan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi. Tampil ayu mengenakan baju kurung dan selendang pastel mint green rekaan Syafieq Aiman, kejelitaan wanita berusia 42 tahun ini kian terserlah disamping suami yang berpakaian Baju Melayu lengkap bersamping.
Membesar dalam keluarga usahawan, Datin Yatie mewarisi bakat berniaga daripada ibu tersayang yang juga usahawan ternama, Bonda Rozita Ibrahim. Begitu juga adik lelakinya Dato’ Seri Aliff Syukri yang merupakan ahli perniagaan terkenal tanah air.
“Alhamdulillah selesai menerima Darjah Kebesaran Sultan Pahang Ahmad Shah Pahang – Yang Amat Di Mulia, Peringkat Kedua, D.S.A.P yang membawa gelaran Dato’ semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang.
Macam mimpi pula semalam. Habis event Kak Yatie terus balik ke rumah. Anak pun mesej berkali dalam group. Rumah sunyi katanya. Rindu riuh suara Mommy Daddy.
Terima kasih di atas ucapan dari semua. Tak mampu nak balas semua mesej dan komen. Semoga anugerah darjah kebesaran (D.S.A.P) yang diberikan mampu digalas dengan amanah dititah oleh Sultan,” ucap Datin Yatie penuh merendah diri.
Tak ketinggalan, adik kesayangan turut menitipkan ucapan bangga dengan pencapaian kakaknya. Tulis Dato’ Sri Aliff Syukri,
“Tahniah kak long Datin Yatie dan Dato’ Ady. Sebagai seorang adik, Kri tumpang bangga.. Comel jer korang,” luah usahawan pempengaruh itu sambil berkongsi tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp.
Alahai, min berkenan sangat Baju Kurung rona pastel mint green yang Datin Yatie pakai, jumpa satu yang affordable tapi kain sejuk terletak cantik macam ni >>>
Pada hari yang sama, anak sulung pasangan ini iaitu Noor Uzma Raisah turut diraikan dalam sebuah majlis graduasi di kolej. Memahami ibu bapanya tidak dapat bersama meraikan hari bersejarah ini, Uzma ditemani adik kesayangan, Noor Aleya Baheerah ke Sunway College.
Berjaya menamatkan kursus Monash University Foundation Year (MUFY) selama 9 bulan, gadis cantik ini bakal menyambung pengajiannya iaitu Dwi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan & Perdagangan serta Ijazah Sarjana Muda Media Digital & Komunikasi.
Datin Yatie pernah menyatakan sebelum ini bahawa corak didikannya berbeza dengan corak Bonda Rozita Ibrahim yang agak tegas dan garang. Pun begitu, beliau sangat menitik beratkan aspek pendidikan dan sentiasa memastikan kedua-dua puteri kesayangannya belajar dengan cemerlang meskipun dididik dengan penuh kelembutan.
“New chapter. Alhamdulillah. Hopefully Uzma boleh habiskan double degree seperti yang diidamkan. Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari berkat, manfaat dan berguna insyaAllah di masa depan.
Tahniah buah hati pertama Mommy & Daddy. Kami sangat bangga dengan kejayaan kakak. Semoga terus menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Ini baru permulaan, semoga kakak terus bersemangat habiskan double degree. Ingat doa dan sokongan kami sentiasa bersama kakak.”
Sebaya dengan sepupunya Ammar Ahyan yang merupakan anak sulung Dato’ Sri Aliff Syukri, anak sulung Dato’ Ady dan Datin Yatie ini dijangka bakal memulakan pengajian program Ijazah Sarjana Muda pada Oktober. Semoga semua doa keluarga ini diangkat ke langit dan mendapat keberkatan Allah Taala.