Makin cantik berseri-seri Datin Alyah Abu Hassan. Terpegun melihat penampilannya yang kelihatan lebih sihat dan ramping baru-baru ini. Kian rancak menerima jemputan nyanyian di majlis rasmi dan perkahwinan, rezeki Datin Alyah juga makin meluas lebih-lebih lagi sejak dia memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 yang lalu.
Dalam pertemuan bersama Nona, Datin Alyah dikaitkan dengan Ira Kazar kerana dikatakan mirip wajah isteri Syamsul Yusof berkenaan bagaimana pun enggan melenting dengan perkara tersebut.
Sebaliknya kekal positif dan menerima pandangan itu dari sudut yang baik.
“Saya ok je. Dulu masa saya berisi sedikit mereka kata muka saya macam influencer mekap. Lepas tu saya dah kurus, mereka kata macam seorang wanita yang tengah viral ni.
So, saya ok je sebenarnya. Yang saya buat dekat Instagram semua tu, melawak je. Cuma kadang-kadang rimas jugalah. Tapi I ok, tak ada masalah pun di situ. Saja-saja je.”
Malah sebelum ini pun Datin Alyah memberitahu followers di media sosialnya dan tidak menolak kenyataan bahawa di dunia ini akan ada individu yang mempunyai wajah serupa. Selain meminta warga maya menghentikan hal itu kerana dia juga ada kehidupan, keluarga dan suami.
Ads
Mengulas ‘rahsia’ kembali langsing di media sosial pada sekitar tahun lepas, tanpa berselindung isteri Dato’ Ramli MS ini membuka cerita.
“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastic sampai muntah-muntah.
Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastic teruk. Dan bila badan makin naik, makin naik nak diet memang susah sebab gastic yang Alyah alami.
Sampai ada yang kata Alyah pregnant ke? Kalau betul takpa, alhamdulillah. Masalahnya belum ada rezeki lagi. Terus bersangka baik pada Allah SWT.
Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81
Cerita pasal kerja pula ya. Ada waktu Alyah tolak nak pergi show sebab tak boleh nyanyi dengan baik. Kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah.
Dan bila orang sibuk menegur saiz badan kita, Alyah mula rasa down ya. Down sangat. Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini.”
Ads
Tanpa berselindung, penyanyi bersuara lunak ini memberitahu dia nekad membuat perubahan terhadap dirinya selepas berjumpa pakar bedah gasteroenterologist atau dikenali sebagai Dr Mustafa Mohammed Taher.
“Dari situ sedikit demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bukan size yang Alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta. Mohon doakan kesihatan Alyah ok dan Alyah selalu doakan untuk korang juga.
Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81
Alyah pernah buat bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital.
Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi.”
Nona mendoakan agar Datin Alyah terus diberi kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin tak sampai sebulan tapi Anzalna Nasir dah nampak makin cantik berseri! Penampilan terbaharu isteri Hanif Zaki ini selepas melahirkan anak kedua memang tarik perhatian ramai. Malah ramai mengagumi dan memuji aktres jelita tersebut yang pandai jaga diri.
Berkongsi beberapa foto di Instagram sempena majlis tahnik anak tersayang, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga anak lelaki pada hari Jumaat, 20 Mei lepas bersamaan 19 Syawal 1443 Hijrah.
Dalam majlis berkenaan, Anzalna dilihat memakai persalinan indah berwarna putih gading rekaan Syomir Izwa. Kongsinya, “Sebagaimana sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.”
Turut teruja dengan kehadiran Mohamad Emirhan pastinya anak sulung Anzalna dan Hanif iaitu Eidrees.
“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki. Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!! Diana Nasir anak semua perempuan, I pula anak semua lelaki okay dah balance!”
Dedah Anzalna lagi, dia bersyukur sebab dikurniakan suami yang sangat mengambil berat tentang keadaan dirinya sejak bersalin hingga berpantang. “Hampir dua minggu Hanif Zaki ambil cuti teman I berpantang dan jaga anak-anak walaupun kami ada helper dan CL (confinement lady). Thank you for being the perfect man.”
Anzalna mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 bersama Hanif Zaki yang merupakan seorang ahli perniagaan. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sangka, Yang Mulia (YM) Tengku Ameera Asya berbakat besar dalam dunia seni nyanyian! Kalau sebelum ini puteri diraja Pahang berkenaan hanya tunjuk bakat nyanyi dalam kalangan ahli keluarga, tetapi kini dia terbuka menonjolkan bakat yang dimiliki kepada umum.
Tahun ini, Tengku Ameera mengambil langkah berani dan kian serius menceburi bidang seni dengan melancarkan saluran YouTube sendiri.
Dia menjadikan platform itu sebagai medium untuk menyerlahkan bakat dengan menampilkan beberapa video nyanyiannya.
Meskipun baru membuka akaun YouTube namun Tengku Ameera sudah pun mempunyai pengikut tersendiri dan meraih puluhan ribu tontonan.
Januari lalu, anakanda Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang ini menzahirkan rasa teruja melancarkan debut nyanyian pertamanya.
Kongsi Tengku Ameera Asya, muzik sentiasa menjadi sebahagian besar dalam hidupnya dan menghubungkan banyak perkara yang pernah dilakukan selama ini.
“Singing has been one of my biggest dreams and I always wished I could be Hannah Montana when I was little. I used to enter school singing competitions and usually just would sing for my family in private but now insyaAllah I’ve stepped into a new chapter in my life to start something that means so much to me.”
Untuk menjayakan impian itu, Tengku Ameera mendapatkan khidmat penulis lagu dan penerbit popular Indonesia, Ade Nurulianto atau lebih dikenali sebagai Ade Govinda.
Dia turut berpeluang merakamkan lagu Mantan Terbaik bersama penyanyi Weswey. Yang pasti, kolaborasi tersebut mendapat pujian ramai dan memuji suara lunak Tengku Ameera!
27 April lalu dia genap meniti usia 22 tahun dan kejelitaan Tengku Ameera kian terserlah. Cantik macam ibundanya!
Beauty with brains, Tengku Ameera Asya
Tak sekadar cantik dan berbakat, Tengku Ameera juga berpendidikan tinggi dan menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dan Pemasaran di Taylor’s University pada Jun 2024.
Dalam pada itu, dia juga merupakan eksekutif SORAH Entreprise iaitu sebuah jenama yang diusahakan Sophia Nina dan Asyarah Baharim yang turut berperanan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang mendirikan rumah tangga pada Julai 2002.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu YM Tengku Ameera Asya, YM Tengku Eddie Akasya, YM Tengku Ahmad Firhan Shah dan YM Tengku Armaan Alam Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Saya sendiri antara yang setia di depan TV, sambil-sambil temankan mak melipat kain dan tunggu ‘lampu hijau’ bermain di luar rumah. Ya, kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Setiap negara mempunyai pendekatan unik untuk memancing minat penonton. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan siri sitkomnya, Jepun pula terkenal dengan program mini drama bersiri (15 minit) atau dikenali asadora yang ditayangkan setiap pagi agar penonton dapat memulakan hari dengan lebih bersemangat.
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini berusia 50 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.