Peminat fesyen Muslimah tentu sekali familiar melihat wajah Husna Mustaffa. Model jelita berusia 34 tahun ini seringkali menjadi wajah pilihan Galeri Ariani, Tudung People, SofeaRose, Ameera Zaini, Bawal House serta pelbagai lagi jenama tersohor di Malaysia.
Tidak mensia-siakan bakat yang ada, Husna juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa drama popular. Antara yang sedang hangat ditayangkan sekarang adalah drama Mencari Kiblat Cinta bersama Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee terbitan produksi Darling Ngasri.
Malah bermula hari ini, Husna bakal memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod untuk TV Alhijrah. “Demi melancarkan urusan shooting drama, saya akan berehat sekejap daripada bidang peragaan. Urusan bisnes pula berjalan seperti biasa dan waktu pandemik ini kami beroperasi hanya dalam talian,” kata Husna yang turut bergelar usahawan Hanalluna.
Pemilik nama sebenar Sharifah Husna Syed Mustaffa ini juga merupakan anak jati Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. “Adik-beradik saya semuanya perempuan tapi saya seorang saja yang terjun ke bidang seni. Yang lain semua kerja dalam bidang profesional.”
Ads
Meskipun terjun ke bidang lakonan agak lewat berbanding pelakon senior lain, Husna bertuah kerana laluan untuk memegang watak utama agak mudah baginya.
Tambahan pula, dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putera Adam Harith, 11 tahun, dan Puteri Adra Hana, 8 tahun.
“Tidak dinafikan kerjaya saya agak terkesan sewaktu pandemik. Banyak projek yang ditunda sebab kami tak dibenarkan bekerja ketika PKP. Tapi saya bersyukur masih boleh jana income dengan perniagaan pakaian secara dalam talian.
Ads
Husna disamping suami tercinta, Mazrul Effendy
Bahagia keluarga kecil Husna Mustaffa
Masa PKP dimanfaatkan bersama anak-anak
Tapi walaupun janggal mulanya dengan perubahan, dari seorang yang kuat bekerja tiba-tiba disuruh duduk di rumah, lama-kelamaan saya jadi suka dan selesa dapat meluangkan masa dengan keluarga. Saya dapat pantau pembelajaran anak-anak dan buat lebih banyak aktiviti bersama,” ujar Husna berterus-terang.
Ads
BUAL CANTIK
Tidak puas bertemu si cantik ini kalau tidak bertanyakan rahsia kecantikannya. Mujurlah banyak perkongsian Husna yang boleh kita praktikkan, umpamanya cara menguruskan badan dengan bermain badminton!
Mengakhiri pertemuan, Husna turut menyatakan harapan beliau dalam kerjaya. “Saya mahu capai tahap yang tinggi lagi. Seperti dalam bidang peragaan, alhamdulillah saya dah capai tahap yang diingini, dikenali sebagai seorang model Muslimah Malaysia.
Dalam bidang lakonan pula, saya target mahu dikenali sebagai seorang pelakon Malaysia yang berbakat. Itu pun sudah memadai bagi saya,” akhiri beliau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Kemboja Jenna Norodom terkenal dengan kebolehannya dalam tarian sehingga mendapat jolokan ‘Little Lisa’ kerana dikatakan memiliki persamaan dengan Lisa BLACKPINK.
Jenna Norodom adalah sosok yang menarik perhatian kerana memiliki kecantikan semula jadi di samping kelebihan bakat serta keturunan dirajanya.
Kredit Foto: Instagram @jnnanrdm
Keluarga Bangsawan
Jenna Norodom dilahirkan pada 11 Mac 2012 di Paris, Perancis.
Dia adalah anak perempuan kepada Puteri Bophary Norodom dan seorang ahli perniagaan dari Perancis, serta cicit kepada bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk yang pernah menetap di China selama beberapa dekad.
Jenna Norodom juga fasih dalam lima bahasa iaitu Khmer, Thai, Cina, Inggeris dan Perancis.
Bakat Luar Biasa Dalam Seni
Jenna Norodom dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pemuzik berbakat besar. Tahun lalu, Jenna Norodom mendapat populariti dan menjadi tajuk utama dalam pelbagai online media.
Puteri Kemboja ini turut mendedahkan dia adalah peminat tegar beberapa kumpulan K-pop seperti BTS, BLACKPINK, dan (G)I-DLE.
Jenna Norodom yang kini berusia 13 tahun menjadi popular dalam industri hiburan dan sering diundang ke pelbagai acara fesyen serta rancangan televisyen.
Jenna Norodom juga terkenal dengan bakatnya dalam nyanyian dan lakonan.
Jenna Norodom memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon dan penyanyi ketika berusia enam tahun.
Pada 2022, Jenna Norodom menyertai KWAVE Entertainment, sebuah agensi hiburan Korea yang beroperasi di Kemboja, untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi K-pop.
Jenna Norodom banyak mengeluarkan lagu kolaborasi berjudul ‘You Da One’ bersama penyanyi tersohor BOBO.
Walaupun sangat meminati muzik, Jenna lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada pengajiannya serta kerjaya yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Kemboja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang persona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Anggun mengenakan persalinan tradisi, keramahan Baginda yang sering mengukir senyuman membuatkan khalayak terpikat dengan peribadi Tengku Permaisuri Selangor.
Pada 28 November lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 hari kedua dan ketiga yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.
Selaku Pro Canselor UiTM, Baginda berkenan menyampaikan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Professional dan Diploma membabitkan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Arshad Ayub Graduate Business School, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Institut Pengangkutan Malaysia.
Paling menarik perhatian ialah penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang cukup elegan berbusana songket rona biru. Biarpun minimalis, namun terserlah kejelitaan Baginda.
Lebih istimewa pada hari ketiga istiadat, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai barang perhiasan termasuk loket yang disembahkan oleh pihak UiTM.
Perhiasan eksklusif yang diberi nama “Newness & Timeless” ini adalah hasil seni rekaan yang diinspirasikan daripada keindahan dan keunikan motif Melayu pada kain songket serta diberi nafas terkini dengan gabungan elemen lama dan baharu.
Ia direka oleh Fardliana Ismail, pelajar Seni Reka Logam Kontemporari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM. Untung pelajar berkenaan kerana hasil karyanya digayakan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan ambl mudah soal stail rambut tau. Ada wanita yang kadang-kadang bergaya tak kena tempat. Takkan ke pejabat dengan rambut berkepuk dan semburan kilau, boleh dapat memo dari Jabatan Sumber Manusia pula nanti!
Cuba baca info ini supaya anda tidak terlalu over atau terlalu less in style!
KE PEJABAT
Sebelum melangkah ke pejabat, pastikan penampilan anda is at your very best! Mood bekerja kadang-kadang boleh dipengaruhi dengan penampilan anda hari itu.
Pilih sepasang power suit, kasut bertumit tinggi, jam tangan klasik serta aksesori minima, sekurang-kurangnya sebentuk cincin. Gaya rambut? Pilihlah yang mudah digayakan seawal pagi, kemas dan ringkas.
Boleh juga untuk pilih gaya bun. Dengan blaus polos, bercetak mahupun berjalur, gaya bun tetap anggun untuk anda. Sesuai untuk anda yang kejar masa nak ke pejabat!
MAJLIS
Dengan dres yang dipilih, sesuaikan pula dengan stail rambut. Untuk dres renda, apakata gayakan messy hair? Senang dan cepat. Malah ia sesuai dengan busana yang anda pakai.
Jika anda memilih dres labuh dengan leher tinggi, atau halter neck, ikat rambut gaya ponytail supaya dapat menonjolkan rekaan baju di bahagian leher.
BERSENAM ATAU BERSUKAN
Janji praktikal dan selesa untuk anda menjalankan aktiviti senaman, itulah pilihan terbaik untuk anda! Tapi perlu ingat, walaupun hanya untuk bersukan, daya dan kecantikan perlu dititikberatkan ok!
SMART CASUAL
Ini adalah pilihan penampilan yang sering digayakan. Smart untuk anda bersantai bersama keluarga dan teman, dan kasual untuk tampil lebih selesa. Tetapi, apa pula gaya yang sesuai untuk disesuaikan dengan skinny jeans, top sendat dan kasut tumit tinggi anda?
Pilih sesuatu yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu ringkas, dan bukan gaya sama yang anda tonjolkan ketika ke gymnasium atau ke pejabat. Ponytail tinggi yang sleek dan berombak di hujung sangat sesuai untuk smart casual.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.