Foto Erin Malek rai birthday ke-30 baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan followers kesayangan. Menerusi perkongsian momen sambutan hari lahir di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang pada 15 Julai lalu ruangan komen media sosial selebriti ini dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Ini selepas salah satu gambar yang dimuat naik jelas kelihatan baby bump Erin sambil dia menyentuh perutnya. Sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa isteri Farriz Fauzy ini sedang berbadan dua.
Meskipun tiada pengumuman rasmi dibuat pemilik nama Nur Arina Abdul Malek ini namun dengan keadaan fizikal terkininya membuktikan dia kini sarat hamil.
Erin Malek ketika rai birthday ke-30 kelihatan berseri-seri dalam busana dan hijab rona pastel. Ibu dua orang anak ini juga menerima sejambak bunga daripada suami tercinta.
Tulis Erin, “30. Thank you for all the birthday love.”
10 Oktober ini merupakan ulang tahun perkahwinan yang kesepuluh Erin dan Farriz. Memilih berkahwin pada usia muda, pasangan ini bagaimanapun berjaya membuktikan kematangan diri dalam melayari alam perkahwinan.
Ads
Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Dalam temu bual Nona bersama jelitawan ini ketika pertemuan di sebuah majlis fesyen, Erin sewaktu ditanya mengenai rahsia kecantikan mendedahkan amalan yang dipraktikkannya selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat,
bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Erin Malek sah bergelar isteri pada 10 Oktober 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial gambar-gambar perkahwinan mega DDNK atau Datuk Dr Mohd Nazri Khan bersama isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari yang nyata mengejutkan ramai pihak. Tak ada angin, tak ada ribut, DDNK dah pun menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, yang dipercayai pelajarnya sendiri.
Selepas hampir dua minggu pakar saham tersebut mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, nampaknya pasangan merpati dua sejoli ini tidak menunggu lama menghabiskan masa untuk berbulan madu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan beliau bersama isteri kelihatan bahagia berbulan madu di atas sebuah kapal layar mewah yang bernama Serena, walaupun tidak dapat dipastikan lokasi bulan madu mereka.
@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk♬ Penghujung Cinta – Pasha
Seperti apa yang dilihat di dalam video tersebut, DDNK turut memberikan sebuah kek dengan perkataan ‘Happy Honeymoon’ serta sejambak bunga ros merah diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isteri tercinta.
“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan mahligai dibina DDNK dan isteri kekal bahagia hingga ke Jannah. Meskipun jarak usia mereka berdua agak jauh, namun jelas keserasian mereka berdua, malah isterinya juga amat manja dan mesra sekali di samping DDNK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan sememangnya bulan penuh keberkatan dan keajaiban. Kemuliaan, keberkatan dan keunggulan bulan Ramadhan tidak dapat disangkal lagi bilamana Baginda Rasulullah SAW begitu teruja menanti kedatangan bulan penuh barakah dan menyampaikan berita gembira tentang betapa unggulnya kemuliaan bulan ini.
Bulan Ramadan ini juga menjadi saksi Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam daripada tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Hakim Rihaida Rafie, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Syed Shah Iqmal, 28, pada akhir kes pendakwaan itu.
“Selepas membuat penilaian maksimum terhadap keterangan melalui saksi-saksi dan eksibit-eksibit, mahkamah memutuskan kes prima facie tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, “kata hakim itu.
Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros. Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 April tahun lalu, seramai 18 saksi pendakwaan termasuk pengadu dalam kes itu dipanggil memberi keterangan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, pukul 11.35 malam, pada 11 September 2019.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, peguam Syed Amirul ketika dihubungi hari ini berkata anak guamnya memanjat rasa syukur atas pembebasan daripada pertuduhan tersebut.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berkat bulan 19 Ramadan ini, saya diputuskan tidak bersalah. Perkara ini saya terima sebagai hadiah untuk saya sekeluarga dalam membersihkan nama dan maruah diri.
“Terima kasih kasih kepada keluarga saya, sahabat handai dan semua yg sentiasa menyokong dan mendoakan. Tidak lupa juga kepada peguam yg telah bersama saya dari awal kes sehinggalah kini.” kata Syed Shah Iqmal.
Pada 31 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.
Untuk rekod, Da’i Syed dan pengacara, Hana Ismail, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada Disember 2022 yang lalu.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan. Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beauty with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.
Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.
Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.
Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.
Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.