Memang cantik dan awet muda! Tak puas pandang wajah jelita Datin Seri Maria Farida. Tanggal 28 Mac lepas genap 52 tahun usia pelakon popular ini. Ingat lagi pada pertemuan bersama beliau ketika menjadi penghias Nona Mac 2019. Meskipun agak segan berkongsi usia sebenar namun kerana enggan sembunyi hakikat tersebut daripada pengetahuan peminat, Datin Seri Maria akhirnya akur.
Sambil mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, aktres jelita ini bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Datin Seri Maria ada memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran ke-52 baru-baru ini.
Tidak merancang mengadakan majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran tahun ini, Datin Seri Maria tetap bahagia dan teruja menerima kejutan hari lahir daripada suami, ibu dan anak tersayang di rumah.
Kongsinya, “Feeling so bleesed and grateful on my birthday. Surrounded by the people I love the most! Thank you Allah for giving me everything I could ever wish for and more. The best family and friends! Love you more than words can say.”
Terpegun dengan cara Datin Seri Maria menjaga susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan mengenai amalan kesihatan dan kecantikan lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan penulis, isteri Datuk Seri Rahman ini tersenyum membuka bicara.
Ads
“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.
Pelik juga macam mana Datin Seri Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau sudah mencecah umur 52 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina ini.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Ads
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Di samping suami tercintaDatin Seri Maria bersama ibu tersayang
Dalam kesibukkan mengurus perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.
Ads
Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”
Keluarga Datin Seri Maria FaridaBersama anak lelaki yang belajar di Perth
Salah seorang anak Datin Seri Maria iaitu Mizan Ashley kini melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Walau anak-anak sudah meningkat usia, namun kejelitaan beliau masih cantik seperti zaman anak dara dan tak makan dek usia.
Kredit foto: Instagram Datin Seri EMaria Farida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja melangkah usia 56 tahun pada 23 April lalu, pesona aktres filem dan K-drama Kim Hee Ae terus menjadi igauan wanita usia pertengahan di Korea selepas 37 tahun menceburi industri seni.
Berdebar-debar rasanya saat menonton siri K-drama terbaharu Netflix, Queenmaker yang dibintangi artis senior Korea Selatan, Kim Hee Ae ni.
Kisah dua orang wanita berkerjaya yang sanggup meninggalkan kehidupan lamanya demi mencipta dunia yang lebih adil dan jujur. Cerita politik dan air mata!
Namun pujian harus diberikan kepada pendukung watak utamanya. Berkat pengalaman selama lebih 3 dekad serta bakat dimiliki Kim Hee Ae, lakonan mantapnya memang membuai perasaan dari satu episod ke satu episod.
Bakat Kim Hee Ae mula berkembang sebagai model pada tahun 1983. Rezeki beliau terus mendapat perhatian sebagai watak utama melalui pelbagai drama antaranya Beyond the Mountains pada 1991 dan Sons and Daughters pada 1992 yang memberikannya kemenangan pertama dalam Daesang.
Raut wajah dan bentuk tubuhnya yang langsing membuatkan wanita yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan di Korea ini nampak jauh lebih muda dari usia yang sebenar.
Kalau bercerita tentang kecantikan pelakon wanita Korea, pasti ramai meramalkan mereka telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan muda.
Namun, tidak semua aktres Korea yang melakukan pembedahan plastik termasuk heroin drama rantaian The World Of The Married ini. Ini terbukti apabila Kim Hee Ae sering menjadi pilihan sebagai ‘wajah’ untuk tujuan komersial produk kecantikan di Korea.
Wanita yang berasal dari Bandar Jeju ini merupakan lulusan dari Chung-Ang University (B.A. in Theater and Film; M.A. in Communication and Journalism). Mula melibatkan diri dalam dunia lakonan ketika masih menuntut di kolej lagi.
Suami kepada pelakon ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal di Korea. Kim Hee-ae telah telah berkahwin dengan Lee Chan-jin pada tahun 1996 dan dikurniakan 2 orang anak lelaki.
Khabarnya wanita yang mempunyai ketinggian 163cm dan berat 49kg ini merupakan seorang ‘Supermom’ apabila mampu menyeimbangkan tugas sebagai seorang ibu kepada dua anak, isteri dan pelakon terkenal.
Selain daripada berlakon, namanya juga gah di arena fesyen di Korea Selatan. Beliau diangkat sebagai ikon fesyen di Korea terutama sekali untuk wanita pertengahan usia. Malah beliau ada ramai pengikut daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Diam-diam ubi berisi. Kim Hee Ae juga sebenarnya memiliki kehidupan yang bahagia, gemar melancong dan memilih menjaga privasi keluarganya daripada tatapan umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Rara memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti darida menjadi jururawat Rara membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac lalu Rara sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 32 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, kelibat Rara sering mencuri tumpuan kerana sering tampil cantik namun ringkas dan menarik. Rara sering tampil cantik dan bertudung bawal, memilih warna merah dan memakai jersey.
1. Sering tampil bertudung bawal
2. Menggemari warna merah
3. Suka memakai jersey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melebihkan keutamaan pada anak-anak berbanding diri sendiri, sifat matang dan keibuan Datuk Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin raih perhatian peminat.
Mengintai kebahagiaannya sebagai ibu sebaik kejayaan anaknya Puteri Nur Dahlia diiktiraf pelbagai pihak, gaya rileks dan matang Datuk Nora mengundang pujian.
Sopan berbusana Muslimah, kecantikan wanita asal Kelantan itu jelas masih menawan. Beliau juga lebih ‘memilih’ soal fesyen, serta tidak melulu berbelanja besar untuk pakaian seperti dulu.
“Dah tak excited nak beli baju raya ikut hari bagai macam dulu-dulu.
Cukup pakai apa yang ada, bagi priority kepada anak-anak.” Datuk Nora
Dalam hantaran itu, Datuk Nora tampil ayu dalam persalinan pants suit rona merah gelap jenama Caca’s.
Nampak lebih muda dan selesa bergerak, tak sangka wanita kelahiran Kota Bharu ni juga bakal menginjak usia 50 tak lama lagi.
Tambah pelantun lagu Hanyalah Satu dan ibu kepada 4 cahaya mata itu, soal penampilan umpamanya baju raya mengikut hari sudah tidak sepenting dulu kerana faktor usianya yang kian meningkat. Lambang kematangan seorang ibu.
Pendapat itu mendapat sokongan para peminat yang majoritinya seusia dengan Datuk Nora.
Namun yang paling menarik, tertawan dengan kecantikan Datuk Nora pada usia 50.
Paling cantik ketika bergambar di sisi suaminya, Dr. Rushdi Ramli serta Imam Abdul Karim Omar, nampak awet muda sungguh.
Datuk Nora berkahwin kali kedua dengan pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli yang juga rakan karib arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
Kehidupan Datuk Nora yang juga terkenal dengan dendangan lagu Di Persimpangan Dilema menjadi lebih bermakna sejak kehadiran cucu sulungnya, Ayden Johan. Diam tak diam, Ayden bakal menginjak usia tiga tahun pada 26 Ogos depan.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan jelas terserlah wajah comel Ayden tatkala berada di samping nenda tersayang. Sweet!
“Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaannya. Tenang, biar sederhana tapi sempurna. Ada masa beribadah, masa dengan anak-anak cucu, masa untuk kerja dan dalam waktu yang sama syukur maruah dan kebajikan dijaga.
Jangan cari kesempurnaan kerana tiada yang sempurna. Kita sendiri pun banyak kelemahan dan kekurangan. Buat segala kebaikan, tinggal segala keburukan. Ajar diri, didik hati bersangka baik dalam apa situasi sekalipun.
Jangan campuri urusan hidup orang lain. Jangan berharap pada manusia, kebergantungan kita hanya pada Allah semata-mata. Jaga diri kita dan keluarga kita.
InshaAllah, bila hati bersih, hidup akan lebih tenang. Sentiasa doakan kebaikan untuk semua ummah especially kepada orang yang memburukkan kita. Yakin segala yang berlaku pasti ada HIKMAH. Allah works in a mysterious ways.”
Moga Datuk Nora terus kuat mendepani hari-hari mendatang dan menjadi sumber kekuatan buat ramai wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...