Hujung-hujung minggu ni apa kata sesekali anda cuba buat sendiri resepi minuman sihat ni. Bukan saja mudah didapati, murah dan selamat ia juga bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Serai tu sendiri kita dah tahu memang banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Sesekali jadikanlah teh serai sebagai rutin minuman kesihatan anda setiap hari. Sebelum tu, jom semak apa kebaikan teh serai yang membantu:
MENGURANGKAN GEJALA HAID
Setiap kali haid pasti akan mengalami sindrom seperti senggugut dan kembung perut. Amalkan minum teh serai setiap hari bagi menenangkan perut dan bertindak sebagai antiradang.
MENJAGA SISTEM PENCERNAAN
Kajian oleh National Institutes of Health membuktikan serai efektif sebagai ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut dan masalah pencernaan.
Ads
RAWAT JANGKITAN MULUT & GIGI
Serai bersifat antimikroba. Serai mampu melawan bakteria Streptococcus mutans salah satu penyebab utama gigi rosak. Dengan kandungan antimikroba di dalamnya teh serai membantu mengatasi jangkitan mulut dan gigi berlubang.
MELAWAN RADIKEL BEBAS
Berdasarkan informasi diterbitkan oleh Journal of Adriculture and Food Chemistry, serai mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikel bebas dalam badan. Radikel bebas salah satu punca penyakit seperti kanser.
Ads
RESEPI TEH SERAI
Amalkan sekali sehari sahaja.
Bahan-bahan:
Ads
2 batang serai
1 batang kulit kayu manis
Madu
Air panas
1 uncang teh100 ml perahan jus lemon/limau purut
Cara Membuat:
Potong akar serai dan buang semua daun/kulit di bahagian luarnya. Ketuk serai lalu masukkan ke dalam cawan bersama kulit kayu manis. Tuang air panas diikuti uncang teh. Keluarkan uncang apabila air berubah warna. Tambahkan madu dan perahan lemon, kacau rata. Minum ketika panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah kulit kering ini memang jadi punca wajah nampak lebih matang daripada usia sebenar. Rasa macam tak percaya bila dah sapu krim pelembap tapi kulit tetap kering dan garis-garis halus mula muncul.
Perubahan cuaca yang panas dan lembap dan bekerja dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa membuatkan kulit wajah cepat menjadi kering.
Ditambah pula dengan sikap tidak menjaga kebersihan pengunaan pelitup muka menjadikan masalah ini semakin serius.
Gambar hiasan, Foto: www.123rf.com
Kali ini Nona telah mendapatkan pandangan daripada Medical Director, Alainn Clinic, Dr. Nurul Ain Abdullah – MB BCh BAO (NUI,Ire) MSc (UCSI) tentang masalah kulit kering yang melanda wanita.
Ramai wanita sedar tentang perubahan kulit yang menjadi semakin sensitif dan kering. Walaupun telah berusaha melembapkan kulit dengan krim pelembap namun usaha mereka gagal.
Sebagai pakar estetik yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan, Dr. Nurul Ain mengatakan masalah kulit kering adalah perkara yang sering dihadapi oleh wanita masa kini.
“Walaupun sudah menggunakan krim pelembap tapi masih tidak mencukupi, mengapa begitu? Sebenarnya krim pelembap wajah berfungsi untuk melembapkan permukaan kulit atas (epidermis).
Walau bagaimanapun, mereka yang berada dalam fasa umur 30 tahun ke atas, akan menghadapi pengurangan kandungan Hyaluronic Acid pada lapisan dermis (lapisan kedua kulit). Fungsi Hyaluronic Acid ini ialah untuk memerangkap kelembapan pada permukaan kulit.
Gambar hiasan, Foto: Instagram @errafazira
Jadi jika ia semakin berkurangan akan menyebabkan kulit menjadi kering lebih cepat,” jelas Dr. Nurul Ain tentang mengapa krim pelembap sahaja tidak mencukupi untuk mengatasi masalah kulit kering. Macam tak percaya ini adalh punca kulit kering.
Solusi untuk menghalang kulit kering adalah dengan melakukan rawatan yang tepat. Rawatan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering terbahagi kepada dua iaitu;
Epidermis (lapisan kulit luar) – penggunaan krim pelembap yang mengandungi Hyaluronic Acid.
Gambar hiasan,
Dermis (lapisan kedua) – suntikan Hyaluronic Acid ke dalam lapisan dermis akan merangsangkan kolagen bawah kulit sekali gus membentuk semula lapisan bawah kulit serta mengekalkan kelembapan kulit.
Terdapat 2 jenis suntikan Hyaluronic Acid di pasaran.
1. Profhilo (rawatan – perlu 2 kali suntikan jarak sebulan dan kesannya bertahan hingga 6 bulan).
2. Juvederm Volite – cuma 1 kali suntikan (kesannya boleh bertahan hingga 9 bulan). Kelebihannya boleh digunakan juga untuk garis-garis halus di bawah mata dan rawatan untuk bibir kering.
Nasihat Dr. Nurul Ain tentang penjagaan kulit, “Sebagai wanita penting untuk menjaga kecantikan kulit. Amalkan penjagaan kulit mengikut rutin harian, mingguan dan bulanan.
Gambar hiasan, Foto: www.123rf.com
Rutin harian – Penggunaan produk penjagaan kulit yang betul untuk jenis kulit masing-masing. Pastikan penggunaan krim tabir suria sekurang-kurangnya SPF30 setiap hari untuk mengelakkan kerosakan kulit akibat matahari dan UVA/UVB yang boleh menyebabkan jeragat dan kedutan.
Rutin Mingguan – Pakai face mask atau topeng wajah untuk melembabkan kulit. Jangan lupa skrub wajah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
Rutin Bulanan: Buat rawatan wajah untuk menanggalkan dan membuang whitehead atau blackhead.
Setiap 3-6 bulan bergantung pada umur, boleh membuat rawatan seperti laser atau radiofrequency target pada lapisan dermis, untuk merangkangkan kolagen dan menganjalkan kulit.
Ada yang berpendapat hitam itu seksi. Tapi bukan pada bibir yang hitam dan kusam. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan disamping penggunaan gincu bibir yang murah dan tidak berkualiti merupakan antara penyebab kondisi bibir yang merah berubah gelap.
Usah khuatir! Kini anda tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah. Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda semula! Nak tahu?
Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Hadkan pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin, dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tingginya atlet cantik bola tampar Turkiye, Zehra Gunes! Nama wanita ini mula menjadi perhatian ramai dan popularitinya melonjak naik ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Mana tidaknya, bukan sekadar dikurniakan rupa paras cantik persis seorang ratu bahkan aura atlet ini juga cukup mempersona.
Sewaktu berlangsungnya sukan terbesar dunia itu, Zehra Gunes menjadi tumpuan peminat sukan dan hangat diperkatakan ramai. Dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 7 Julai lepas.
Bersandarkan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan atlet ini meraih perhatian luar biasa.
16 Julai lalu, pasukan bola tampar wanita Turkiye yang dianggotai Zehra mencipta momen bersejarah apabila memenangi Volleyball Nations League (VNL).
Berlangsung di Arlington, Amerika Syarikat, pasukan bola tampar wanita Turkiye itu berjaya menewaskan pihak lawan dari China.
Sebelum ini Turkiye mempertahankan gelaran tersebut dan memenangi tiga edisi VNL iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2021. Bagaimanapun tahun lalu pasukan Itali merampas tahta
berkenaan.
Zehra yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker.
Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, jelitawan ini mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, dia pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017,
mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Zehra menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun.
Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik Turkiye ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya
turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Zehra dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.