Tetap Anggun & Tak Makan Dek Usia, DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Di Usia 52 Tahun!

Memang cantik dan awet muda! Tak puas pandang wajah jelita Datin Seri Maria Farida. Tanggal 28 Mac lepas genap 52 tahun usia pelakon popular ini. Ingat lagi pada pertemuan bersama beliau ketika menjadi penghias Nona Mac 2019. Meskipun agak segan berkongsi usia sebenar namun kerana enggan sembunyi hakikat tersebut daripada pengetahuan peminat, Datin Seri Maria akhirnya akur.

Sambil mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, aktres jelita ini bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Datin Seri Maria ada memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran ke-52 baru-baru ini.

Tidak merancang mengadakan majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran tahun ini, Datin Seri Maria tetap bahagia dan teruja menerima kejutan hari lahir daripada suami, ibu dan anak tersayang di rumah.

Kongsinya, “Feeling so bleesed and grateful on my birthday. Surrounded by the people I love the most! Thank you Allah for giving me everything I could ever wish for and more. The best family and friends! Love you more than words can say.”

Terpegun dengan cara Datin Seri Maria menjaga susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan mengenai amalan kesihatan dan kecantikan lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan penulis, isteri Datuk Seri Rahman ini tersenyum membuka bicara.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Pelik juga macam mana Datin Seri Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau sudah mencecah umur 52 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina ini.

“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”

Di samping suami tercinta
Datin Seri Maria bersama ibu tersayang

Dalam kesibukkan mengurus perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.

Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”

Keluarga Datin Seri Maria Farida
Bersama anak lelaki yang belajar di Perth

Salah seorang anak Datin Seri Maria iaitu Mizan Ashley kini melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Walau anak-anak sudah meningkat usia, namun kejelitaan beliau masih cantik seperti zaman anak dara dan tak makan dek usia.

 

Kredit foto: Instagram Datin Seri EMaria Farida

IKLAN
Share