Ingat lagi dengan nama aktivis hak asasi manusia, Malala Yousafzai? Pada usia 17 tahun, gadis dari Pakistan ini pernah diangkat sebagai pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2014, sekaligus menjadi individu termuda di dunia menerima pengiktirafan tersebut.

Malala atau nama penuhnya Malala Yousafzai dilahirkan pada 12 Julai 1997. Beliau merupakan etnik Pashtun, beragama Islam-Sunni dan dilahirkan di daerah Swat, dalam provinsi Khyber Pakhtunkhwa, di Pakistan.

IKLAN

Sejak zaman remaja lagi Malala sangat aktif dalam memperjuangkan hak wanita dalam pendidikan, terutamanya kanak-kanak.

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri
Wajah comel Malala

 

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri
Malala bersama ibu bapa dan adik-beradiknya

 

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri

 

Malala membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan latar belakang bapanya yang juga seorang guru dan aktivis hak asasi manusia.

Pada usia 12 tahun, Malala menulis sebuah blog dengan kerjasama BBC yang menceritakan kisah hidupnya serta usaha beliau ke arah mempromosikan pendidikan kepada kanak-kanak perempuan di Pakistan.

Detik yang mencetuskan fenomena ‘Malala’ yang luar biasa adalah apabila beliau menjadi sasaran musuh pada 9 Oktober 2012.

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri

 

Malala tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal disebabkan peristiwa tersebut. Gadis itu kemudian dihantar ke Queen Elizabeth Hospital di Birmingham, England bagi mendapatkan rawatan susulan.

Insiden tersebut menyebabkan nama Malala terkenal di seluruh dunia, malah terdapat artikel yang menyifatkan beliau sebagai ‘remaja paling popular di dunia’.

Majalah TIME keluaran 29 April 2013, menggunakan wajah Malala sebagai cover muka depan dan menyenaraikan namanya dalam senarai ‘100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia’.

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri

 

Sejak daripada itu, Malala Yousafzai mula menerima pengiktirafan dan banyak anugerah daripada pihak seluruh dunia.

IKLAN

Kemuncak penglibatan Malala sebagai aktivis remaja dihangatkan lagi dengan pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan 2014 pada 10 Oktober 2014.

Pada usia semuda 17 tahun, atas sumbangan dan perjuangan beliau menentang keganasan dan penindasan terhadap kanak-kanak dan remaja serta memperjuangkan hak asasi bagi semua kanak-kanak untuk menerima pendidikan.

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri

 

Sebagai rekod, Malala merupakan rakyat Pakistan kedua yang pernah menerima Anugerah Nobel selepas Abdus Salam, seorang saintis Fizik yang menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1979.

 

PERKAHWINAN

IKLAN

Menetap di Britain, gadis berani ini berjaya membuktikan kepintarannya selepas menggenggam ijazah dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford pada tahun lepas.

Terkini, ikon muda berusia 24 tahun itu juga baru mengumumkan berita perkahwinannya dengan jejaka pilihan pada Selasa lalu.

“Hari ini menandakan hari yang amat berharga dalam hidup saya.

Saya dan Asser melangsungkan perkahwinan untuk menjadi pasangan seumur hidup.

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri
Majlis perkahwinan diadakan secara kecil-kecilan di kediaman Malala

 

Tetap Comel, Pemenang Anugerah Nobel Termuda Di Dunia, Malala Kini Bergelar Isteri
Biarpun sudah bergelar isteri, Malala tetap nampak ‘comel’ dan kelihatan lebih matang

 

Kami mengadakan majlis nikah secara kecil-kecilan di rumah kami di Birmingham bersama keluarga.

Mohon doakan kebahagiaan kami. Kami teruja untuk melayari hidup bersama dalam hari-hari mendatang.” Malala

Difahamkan suami Malala, Asser Malik yang berasal dari bandar Lahore ialah pengurus operasi untuk Lembaga Kriket Pakistan.

Sumber: Instagram Malala

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI