Di sebalik penggunaannya yang meluas dalam bidang kulinari, cuka epal juga bertindak sebagai ‘ejen’ kecantikan buat para wanita terutama di luar negara.
Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki, semua masalah boleh dirawat dengan mudah dan cepat. Tak percaya? Boleh mula mencuba kuasa magis cuka epal hari ini.
Salah seorang selebriti Hollywood yang menjadi igauan lelaki dan dicemburui para wanita, Megan Fox sendiri mengakui dia mengamalkan cuka epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) sebagai salah satu daripada rutin kesihatan dan kecantikan hariannya.
Malah, dia percaya ACV sangat membantu mengurangkan lebihan air dan gula dalam badan sekaligus mengekalkan berat badan ideal.
Selain Megan Fox, Miranda Kerr juga tidak ketinggalan merebut manfaat ACV untuk kesihatan rambut. Walaupun dilihat agak ketinggalan zaman dan mengeluarkan bau kurang enak saat mencuci rambut, namun model Victoria’s Secret ini tetap menggunakan ACV.
Begitu juga Scarlett Johansson yang kerap menggunakan ACV sebagai penyegar wajah yang menjadikan wajahnya sering tampak awet muda.
Ads
Khasiat Cuka Epal
Tidak dinafikan sebotol cuka epal mengandungi pelbagai keperluan tubuh badan. Sesudu cuka epal sehari berupaya menyingkirkan asid refluks iaitu asid perut yang terjadi disebabkan masalah penghadaman.
Bukan itu saja, cuka epal juga baik untuk meredakan jerawat, membersihkan berus mekap termasuk kesihatan kaki.
(a) Spa kaki
Ada segelintir wanita yang mudah mengalami masalah kaki berbau dan agak sukar untuk menyingkirkan bau kurang menyenangkan itu terutama apabila berada bersama rakan-rakan.
Ads
Untuk meneutralkan kembali bau tersebut, rendam kaki di dalam bekas berisi air suam yang telah dilarutkan dengan ¼ cawan cuka epal. Ia juga baik untuk menghalang jangkitan kulat pada kaki seperti ketuat, kutil dan sebagainya.
(b) Mengawal pembentukan jerawat
Wanita yang baru meningkat usia dan ditambah pula dengan beban tugas yang kian banyak memang terdedah dengan jerawat. Halang pembentukan jerawat daripada hinggap ke kulit wajah dengan bantuan cuka epal.
Campurkan suku air bersama sesudu cuka epal dan kacau sebelum dioles ke wajah dengan menggunakan kapas pembersih muka. Biarkan selama 10 minit sebelum mencuci wajah.
(c) Menguatkan kesihatan rambut
Kandungan asid asetik yang ada dalam cuka epal memberi keseimbangan kepada pH rambut selain membersihkan kulit kepala.
Ads
Miliki rambut sihat dan lebat secara semula jadi dengan melarutkan 1/3 cawan cuka epal bersama empat cawan air kemudian diurut lembut ke rambut selepas selesai mencuci seperti biasa.
Biarkan selama 10 minit dengan menutupnya menggunakan shower cap dan bilas menggunakan air dingin agar rambut lebih bersinar.
(d) Memutihkan gigi
Selain menanggalkan kesan kopi di fabrik, cuka epal juga digunakan untuk mengurangkan kesan berkenaan yang terlekat di gigi anda. Namun, usah mengharapkan kesan yang sama seperti membuat rawatan pemutihan di klinik pergigian.
Apa yang penting, kebersihan gigi terpelihara dan bebas kotoran. Caranya, campurkan sedikit soda penaik bersama cuka epal kemudian berus dan cuci bersih.
(e) Membersihkan berus mekap
Di luar negara, cuka epal juga digunakan untuk membersih peralatan kosmetik termasuk berus mekap. Tompokan bedak, lipstik dan pembayang mata yang sukar ditanggalkan pada berus mekap boleh dibersihkan dengan selamat dan mudah dengan menggunakan cuka epal.
Ambil satu sudu makan cuka epal dan larutkan di dalam air suam sebelum diperah bersama separuh biji lemon. Masukkan berus mekap ke dalam bekas tadi dan kacau hingga bersih. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fenomena drama sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini. Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing-masing masih bergelar anak dara turut membuatkan ramai jejaka di Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua. Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina yang kini memegang status isteri dan ibu dua anak masih terserlah dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan pilihan hati, Rendy Aditwa Gunawan … Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah sekitar tahun 2017 lalu. Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya dengan tudung bawal!
Awal Januari 2019, Revalina selamat melahirkan anak keduanya iaitu Rajendra Satya Razzani yang dilahirkan secara pembedahan. Walau sudah beranak dua namun selebriti
Indonesia ini tetap bijak menjaga penampilan diri.
Memperlahankan aktiviti seni sejak sudah berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun aktif menjana pendapatan sendiri melalui beberapa perusahaan yang dijalankan. Antaranya bisnes pakaian kanak-kanak, Tifle’s by Revalina S Temat.
Terbaru, wanita berusia 33 tahun ini juga dilihat rancak mempromosikan hijab di bawah jenama Revalinastory by Revalina S Temat. Paling mencuri tumpuan setiap kali melihat Revalina adalah gaya muslimahnya.
Mengintai fesyen pilihan aktres ini jelas menggambarkan peribadi Revalina yang gemar memakai jubah dan bertudung labuh. Memang serba sederhana… dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Biarpun agak jarang muncul di kaca TV, kelibat selebriti cantik ini sering ditemui dalam majlis sosialit terutamanya ketika acara pelancaran produk kosmetik muslimah, kanak-kanak-kanak dan hijab.
Sumber: Instagram Revalina Temat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai permulaan, aspek penjagaan diri perlu diberi penekanan terlebih dahulu. Setelah tubuh bebas daripada pencemaran bau, barulah anda sesuai menggunakan perfume.
Pun begitu, lambakan pelbagai jenama dan label di pasaran menimbulkan kekeliruan yang akhirnya membuatkan anda tersilap memilih. Jadi, apa kata anda semak panduan berikut sebelum membuat pembelian pewangi kesukaan.
(a) Tengah hari waktu tepat mencuba
Jika anda ingin membeli minyak wangi, waktu terbaik yang dicadangkan adalah pada waktu tengah hari. Ini kerana deria bau manusia berada di kemuncak pada waktu berkenaan. Oleh demikian, dapatlah anda memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai.
(b) Kenal pasti pewangi sesuai
Bahan-bahan yang terkandung dalam setiap wangian lelaki adalah tidak sama. Tindak balas kimia setiap pewangi juga berbeza mengikut jenis mahupun jenama. Contohnya:
Eau de toilette (EDT)
Wangian ini mempunyai 4-8% wangian tulen. Sembur wangian ini saat anda menghadiri majlis eksklusif mahupun tatkala bersantai kerana ia mampu bertahan untuk tempoh yang agak lama.
Cologne
Berbeza daripada EDT, cologne boleh disemburkan setiap hari sebagai wangian penyegar badan. Hanya mengandungi 2-5% wangian tulen sahaja.
(c) Elak campur haruman
Hidung anda tidak boleh menilai bau pewangi dengan menghidu terlalu banyak wangian. Bagi mengelakkan anda tersalah memilih haruman yang sesuai, hadkan untuk mencuba dua atau tiga minyak wangi sahaja. Kemudian, pilih salah satu minyak wangi yang dirasakan sesuai dengan karakter anda.
(d) Usah sapu wangian di pergelangan tangan
Seelok-eloknya, elakkan mencuba minyak wangi di kaunter dengan cara menggosok kedua-dua pergelangan tangan. Ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Apa yang perlu anda lakukan, biarkan ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
Tip Aroma Kekal
Minyak wangi akan tahan lebih lama pada kulit lembap atau berminyak berbanding kulit kering.
Semburkan pewangi selepas mandi. Ini kerana liang pori terbuka berada dalam keadaan segar dan mudah meresap masuk ke kulit.
Jangan letakkan pewangi anda pada suhu terlalu sejuk, kering dan panas. Jangka hayat setiap wangian tidak sama. Jika disimpan dengan betul ia boleh bertahan sehingga lima tahun.
Elakkan berada di bawah cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Wangian akan hilang sedikit demi sedikit dan mungkin akan menghasilkan bau yang berbeza apabila berpeluh. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan wanita berusia 39 tahun ini kian bersinar selepas memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion, tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.
Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!
Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai, Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.
Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.
Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lseperti kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam, semuanya dari label fesyen antarabangsa.
Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.
Kredit foto: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.