Kecewa dan hampa. Begitulah perasaan yang tak dapat dinafikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Hajat untuk merebut pingat emas dalam acara bola sepak nampaknya tak kesampaian apabila kita sekadar meraih pingat Perak dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
Walaubagaimanapun, Nona puji semangat penyokong negara yang berkobar-kobar di Stadium Shah Alam. Meskipun hujan gerimis di sepanjang masa, tapi semua tetap setia dan tidak berganjak menunjukkan energi Bangkit Bersama.
Gawang gol dibolosi sendiri oleh penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-39. Kesilapannya nyata memberi impak besar apabila memberi kemenangan mudah buat pasukan lawan.
Buat penyokong Malaysia, jangan bersedih kerana begitulah adat permainan. Kalah menang, setiap sesuatu telah ditentukan-Nya. Jom kita tengok aksi-aksi penyokong Thailand ni yang menarik perhatian Nona.
Tahniah Thailand! Happy macam ni, terasa nak pergi sana makan Tomyam Kung pulak. Norzalina Mohd Alias
Ads
Ads
Ads
Kredit Foto: Asril Aswandi Shukor/Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arab Saudi merupakan negara yang dikenali sebagai negara yang mengenakan pelbagai terhadap wanita dan juga satu-satunya negara di dunia ini yang mengharamkan golongan wanita daripada memandu kenderaan.
Namun Raja Arab Saudi, Raja Salman telah mengeluarkan dekri diraja yang akhirnya memberi kebenaran kepada wanita untuk memandu, dan langkah itu mendapat sambutan daripada rakyat tempatan serta masyarakat antarabangsa. Kini, negara konservatif itu dilihat semakin terbuka untuk bergerak ke arah kemodenan dan mengambil inisiatif (secara berperingkat) untuk pemerkasaan wanita.
Terbaharu, seramai 32 wanita Arab Saudi dipilih sebagai pemandu Kereta Api Ekspres Haramain yang beroperasi antara Mekah dan Madinah menerusi Jeddah. Kesemua wanita itu menerima kelayakan tersebut daripada Politeknik Laluan Kereta Api Arab Saudi (SRP) di bawah Syarikat Kereta Api Arab Saudi.
Lapor portal Saudi Gazette, kumpulan wanita itu mula bekerja selepas dilatih oleh pakar SRP selama lebih 12 bulan. Beberapa wanita yang ditemubual oleh Agensi Berita Saudi (SPA) meluahkan rasa bangga apabila berpeluang menceburi kerjaya itu.
Seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Alzahrani berasa gembira dan bersyukur menjadi antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
“Sejak SRP mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus memohonnya. Selepas menjalani sesi temuduga dan ujian, saya dipilih sebagai antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
“Ini membantu saya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.
Menurut Tharaa, semua calon dipilih sebagai pemandu sudah melengkapkan latihan teori dan praktikal berkaitan sistem keselamatan selain turut menjalani latihan memandu kereta api.
Seorang lagi calon dipilih, Rotella Yasser Najjar berkata, latihan kepimpinan itu memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasakan diri golongan tersebut untuk bekerja di pelbagai lokasi bagi berkhidmat kepada negara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan sentiasa harum mekar sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat. Sepanjang hayatnya dan ketika masih bergelar Sultan Pahang selama 45 tahun, almarhum baginda sultan cukup disegani dan dekat di hati rakyat Pahang kerana keramahan dan keprihatinan baginda menyelami sisi kehidupan rakyatnya.
Dan, berita kemangkatan almarhum baginda Sultan Haji Ahmad Shah semalam… bukan hanya memberi kesan kepada rakyat negeri berkenaan bahkan seluruh negara turut berduka dengan perkhabaran tersebut.
Mengimbas kembali jiwa mesra rakyat Sultan Haji Ahmad Shah, baginda sultan menjadi antara kerabat diraja terawal yang ‘menyinsing seluar’ mencemar duli melawat daerah di Pahang setiap kali rakyat jelata dilanda musibah seperti bencana banjir di samping sudi mendengar keluh resah penduduk di sana.
Seperti yang dilaporkan semalam, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.50 pagi dalam usia 89 tahun.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang Kelima pada 7 Mei 1974 dan merupakan ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Sultan Haji Ahmad Shah diputerakan pada tanggal 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang dan merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.
Baginda sultan mengahwini Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1998 dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.
Jenazah almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dibawa ke Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan di Pahang kira-kira jam 9.20 malam tadi. Jenazah siap dikafankan bersemayam di tengah Balairong Seri Istana Abu Bakar untuk penghormatan terakhir.
Sebaik jenazah tiba, pelajar tahfiz dari seluruh negeri Pahang hadir mendoakan dan membacakan Surah Yaasiin selepas Solat Jenazah di persada Balairong Seri Istana Abu Bakar bersama kerabat diraja dan para jemaah.
Selain kaum kerabat diraja… orang ramai juga diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada almarhum baginda sultan sehingga jam 9 pagi tadi. Sementara pada jam 11 pagi ini pula, masa penghormatan terakhir bagi orang kenamaan dan kerabat.
Usai penghormatan terakhir itu nanti jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah di Pekan untuk dimakamkan di Makam Diraja selepas solat Zohor.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pandemik Covid-19 amat membimbangkan di negara-negara Eropah namun ia tidak sedikit pun menjejaskan keterujaan bintang Liverpool ini untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan. Menyedari ia merupakan bulan paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam di serata dunia, Mohamed Salah mengambil peluang ‘lockdown’ untuk menghias kediaman sempena meraikan bulan penuh keberkatan ini.
Yang pastinya, kesempatan tersebut juga digunakan Salah untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan isteri tercinta. Alahai, seronok tengok Salah hias rumah, dah macam hendak raya pula gamaknya!
Pemain bola sepak kelahiran Mesir ini memuatnaik gambarnya yang sedang sibuk mengemas dan menggantung hiasan di ruang rumah pada 1 Ramadan lalu. Mengintai Instagram Salah, dia turut melakukan rutin senaman seawal mungkin berbanding waktu kebiasaan ketika bulan Ramadan ini.
Memetik laporan Daily UK, Salah mula bersenam seawal jam 2.40 pagi demi mengekalkan kecergasan dan stamina sepanjang mengerjakan ibadah puasa. Biarpun menetap di negara yang majoritinya bukan terdiri daripada umat Islam, tetapi Salah tetap bersemangat meraikan Ramadan.
https://www.instagram.com/p/B-hmxQYh22i/
Salah memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak pada tahun 2010 dan memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman juga kelahiran Mesir iaitu Maji Mohammed Sadiq atau lebih dikenali sebagai Magi Salah. Pasangan ini bergelar suami isteri pada tanggal 17 Disember 2013 di Ngrid, Mesir.
Setahun kemudian, Magi selamat melahirkan bayi perempuan di Westminster Hospital, London dan menamakan anak mereka Makka, simbolik kepada nama kota suci umat Islam iaitu Mekah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.