Thailand Benam Malaysia 1-0 Gara-Gara Masuk Gol Sendiri. Tapi Aksi Penyokong Thailand Yang Ini Sangat Mencuit Hati, Tengoklah!

Kecewa dan hampa. Begitulah perasaan yang tak dapat dinafikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Hajat untuk merebut pingat emas dalam acara bola sepak nampaknya tak kesampaian apabila kita sekadar meraih pingat Perak dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA 2017 sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, Nona puji semangat penyokong negara yang berkobar-kobar di Stadium Shah Alam. Meskipun hujan gerimis di sepanjang masa, tapi semua tetap setia dan tidak berganjak menunjukkan energi Bangkit Bersama.

Gawang gol dibolosi sendiri oleh penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-39. Kesilapannya nyata memberi impak besar apabila memberi kemenangan mudah buat pasukan lawan.

Buat penyokong Malaysia, jangan bersedih kerana begitulah adat permainan. Kalah menang, setiap sesuatu telah ditentukan-Nya. Jom kita tengok aksi-aksi penyokong Thailand ni yang menarik perhatian Nona.

Tahniah Thailand! Happy macam ni, terasa nak pergi sana makan Tomyam Kung pulak. Norzalina Mohd Alias

Kredit Foto: Asril Aswandi Shukor/Sinar Harian

 

IKLAN
Share