Ramai beranggapan hamil dan bersalin di usia 40 tahun mampu memberikan igauan ngeri buat kaum wanita. Selain risiko anak yang dilahir tidak ‘sempurna’, risiko masalah kesihatan para ibu di usia tersebut juga boleh menimbulkan kerisauan. Namun, semuanya berbalik kepada takdir serta bagaimana seorang wanita menjaga keadaan kesihatan dan kandungannya.
Namun dengan perkembangan teknologi terkini seperti rawatan IVF dan ibu tumpang, mana-mana wanita kini berpeluang untuk bergelar ibu walaupun usia sudah semakin meningkat. Jom NONA kongsikan barisan para selebriti antarabangsa yang hamil dan bersalin di usia 40 tahun.
Hillary Swank
Pada Oktober 2022, pelakon filem PSI I Love You itu berkongsikan dia menjangkakan kelahiran anak kembar dengan suaminya Philip Schneider. Hillary berusia 48 tahun ketika anak kembar mereka dilahirkan pada musim bunga 2023.
Cameron Diaz
Cameron Diaz mengumumkan kelahiran bayi pertamanya, Raddix, ketika aktres itu berusia 47 tahun walaupun anaknya itu lahir menggunakan kaedah ibu tumpang. Pada 2022, US Weekly melaporkan Diaz dan suaminya Benji Madden merancang untuk mempunyai anak lagi.
Uma Thurman
Uma Thurman sememangnya menginginkan anak yang ramai dan pada usia 41 tahun, dia melahirkan anak perempuan ketiganya, Luna.
Ads
Courteney Cox
Pelakon sitkom Friends’ ini berusia 40 tahun ketika dia melahirkan anak perempuannya Coco.
Paris Hilton
Paris Hilton dan pasangannya Carter Reum mendapat anak lelaki sewaktu Paris berusia 41 tahun. Bayi itu, Pheonix Barron Hilton Reum, telah dilahirkan pada Januari 2023 melalui kaedah ibu tumpang.
Nicole Kidman
Ads
Nicole Kidman menjadi ibu angkat kepada seorang gadis apabila dia hamil buat kali pertama. Nicole berumur 40 tahun. Dua tahun kemudian, rumahtangga Nicole dan suami semakin ceria dengan kelahiran seorang bayi lagi.
Mariah Carey
Penyanyi berbakat besar itu bergelar ibu kepada anak kembar pada usia 42 tahun. Dia akui kehamilannya tidak mudah, namun dia amat menyayangi anak-anaknya. Maghribi dan Monroe dilahirkan pada tahun 2011 dan bapa mereka ialah pelakon Nick Cannon.
Celine Dion
Ads
Pada tahun 2010, penyanyi itu memutuskan untuk menjalani rawatan IVF dan melahirkan dua anak lelaki: Nelson dan Eddy. Dion berusia 42 tahun dan sudah mempunyai seorang anak lelaki pada tahun 2001.
9. Meryl Streep
Pelakon legenda dan pemenang tiga anugerah Oscar tu sudah pun bergelar ibu kepada tiga orang anak apabila dia berhasrat untuk membesarkan keluarga. Pada usia 42 tahun, Meryl melahirkan anak keempatnya.
Eva Mendes
Pelakon dan model Cuba-Amerika itu mempunyai dua cahaya mata, Esmeralda Amada dan Amada Lee, masing-masing ketika berusia 40. Ayah mereka ialah suami Eva, pelakon tampan Ryan Gosling sekarang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga. Lantas, sudah menjadi kebiasaan orang ramai akan pulang ke kampung meraikan Hari Raya bersama dengan yang tersayang.
Berkumpul beramai-ramai sanak saudara, sambil tangan dihulur memohon ampun dan maaf sudah semestinya momen yang paling dinanti-nanti di pagi raya terutama sekali kepada ibu dan bapa kita yang sudah pastinya banyak berkorban membesarkan anak-anak.
Namun, baru-baru ini seorang staf kesihatan mendedahkan satu trend mengejutkan trik segelintir anak-anak yang membuat keputusan meninggalkan ibu bapa mereka di hospital sewaktu musim perayaan tular di media sosial dan mendapat respon dari warga maya.
Menerusi perkongsian tersebut di akaun Tiktok Ayietdf, seorang lelaki yang dipercayai kakitangan kesihatan berkongsi ramai anak-anak yang diklasifikasikan ‘anak tanggang’ di musim perayaan kerana ramai yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka yang uzur di hospital sewaktu beberapa lagi sebelum menjelang hari raya agar mereka dapat bergembira dan beraya sakan tanpa perlu risau keadaan mereka.
“Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya mereka sanggup tidak memberi makan dan minum selama beberapa hari, agar boleh menghantar mereka ke hospital dan terpaksa diwadkan,” jelasnya. Malah, ada yang memberi alasan tak mampu menjaga sendiri kerana sibuk bekerja malah perkara ini dah lama berlaku.
Lelaki tersebut turut sedih dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di hospital. “Tak tercapai akal fikiran saya, sampai hatinya buat pada mak ayah macam itu. Itukah cara anda balas jasa mak ayah anda. Tak kira hari raya aidilfitri, hari raya cina atau lain-lain pasti ada kes sebegini”
Lelaki tersebut juga turut sempat meninggalkan pesan kepada semua agar sentiasa mengutamakan ibu dan menjaga ibu dan ayah sebaik mungkin, kerana apa yang berlaku tidak mustahil akan terjadi kepada kita nanti.
Melihat di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sedih malah ada yang terkejut mendengar penjelasan itu dan memberikan pandangan mereka. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 53.9K views, 3,184 likes dan 562 comments di TikTok.
Apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang ya? Semoga kita semua boleh ambil iktibar dengan apa yang berlaku ini dan semoga kita semua dijauhkan dari berperangai begini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merentas dunia tanpa sempadan masa kini segala-galanya hanya di hujung jari. Baik ketika mendaftarkan permohonan persekolahan anak-anak, memesan perkhidmatan makanan segera, membayar bil utiliti dan permohonan pekerjaan, semuanya dilakukan hanya menerusi dalam talian. Tidak ketinggalan, trend membeli-belah secara online.
Selain tertarik dengan strategi pemasaran yang begitu hebat di samping menggunakan khidmat selebriti untuk melariskan jualan, urusan pembelian yang mudah turut menjadi penyumbang kepada peningkatan trend membeli-belah di kalangan pengguna Internet.
Mungkin kalau bayar secara tunai, pembeli akan ‘terasa’ dengan jumlah wang yang dikeluarkan. Malah akan berfikir panjang untuk membeli sekiranya ia melibatkan harga yang mahal. Tapi, disebabkan pembayaran dalam talian dan tidak melihat wang yang dibelanjakan dengan mata kasar pembeli mudah untuk melakukan transaksi. Tahu-tahu saja, duit yang ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
KELEBIHAN SHOPPING ONLINE
Menjimatkan wang & masa
Tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan seperti petrol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya. Malah, pembeli berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana saja. Ada banyak pilihan sama ada produk dari dalam mahupun luar negara.
Seleksi pilihan
Terdapat rangkaian pilihan item yang besar dan tidak tertumpu pada satu-satu produk sahaja. Pendek kata, produk dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya telah tersedia.
Diskaun
Tawaran harga menarik yang diberikan khususnya jika membeli lebih daripada satu barangan.
Menjimatkan masa dan kos perjalanan seperti petrol, tambang teksi dan sebagainya.
Tak perlu susah-payah mencari tempat untuk parkir kereta, meredah kesesakan lalu lintas atau berhimpit dengan orang ramai. Pembelian secara online boleh dibuat di rumah sambil sedang menjaga anak mahupun ketika waktu senggang bersama keluarga.
KEBURUKAN SHOPPING ONLINE
Ada ketika perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Jika barang tersebut dari luar negara, boleh mengambil masa sehingga beberapa minggu atau mencecah sebulan.
Mungkin akan berlaku kelewatan dalam penghantaran, salah faham tentang produk yang dibeli tetapi tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan. Paling tidak, hanya berbalas e-mel.
Kos penghantaran ditanggung sendiri oleh pengguna kecuali jika pembelian melebihi kuantiti yang ditetapkan. Kadang-kadang harga kos penghantaran lebih mahal daripada item yang dibeli.
Pembeli tidak berpeluang merasai, mencuba dan menguji produk sebelum membeli. Risiko terdedah kepada unsur penipuan selain realiti produk tersebut yang tidak sama seperti yang digambarkan atau tidak memenuhi kehendak.
Turut terdedah kepada kecurian pembelian menggunakan akaun bank atau kad kredit.
PENYELESAIAN AGAR TIDAK DITIPU
Paling utama, pastikan laman beli-belah dalam talian yang anda lawati adalah medium yang boleh dipercayai dan telah lama dikenali. Baca segala terma dan syarat agar tidak rasa ditipu selain anda menyedari akibat yang bakal ditempuh jika membeli di laman berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melangsungkan ijab kabul, pada 30 Ogos lalu, mualaf dan selebriti media sosial Clara Shinta dan suami, Muhammad Alexander Assad atau dikenali sebagai Lxa mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama.
Menariknya, majlis pasangan ini mengangkat tradisi masyarakat Batak. Adat mangulosi dilakukan di mana kedua-dua mempelai diselubungi dengan kain khas.
Clara Shinta kembali meraih kebahagiaan selepas sah bergelar isteri. Malah, anak lelakinya daripada perkahwinan terdahulu turut hadir melengkapkan hari bahagianya itu.
Doa serta nasihat turut dititipkan oleh kedua orang tua mereka agar rumah tangga yang dibina sentiasa rukun dan damai.
Kegembiraan Clara dan suami lengkap dengan kehadiran sahabat-sahabat mereka.
Gaun Indah Rekaan Ivan Gunawan
Pada majlis resepsi tersebut, Clara tampil manis menyarungkan gaun indah rekaan pereka fesyen tersohor Ivan Gunawan.
Terserlah seri pengantin Clara dalam rona serbaa putih. Biarpun rekaannya kelihatan ringkas namun tetap nampak eksklusif.
Ucapan Tahniah
Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di akaun media sosial Clara Shinta dan suami. Mereka mendoakan agar pasangan ini mengecap kebahagiaan sampai syurga.
Apatah lagi, Clara Shinta dan suami sama-sama melalui perkahwinan kedua. Tahniah buat pasangan pengantin baharu ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.