Kebelakangan ini, aktiviti sosial yang melibatkan perjumpaan ahli keluarga dalam skala kecil begitu galak diperkatakan. Ramai yang balik kampung untuk melepas rindu dan bawa anak-anak bercuti, memandangkan beberapa sekatan dilonggarkan termasuklah mengadakan majlis kahwin.
Sayangnya, di saat kita bergembira itulah, virus COVID-19 mula mengalir dalam komuniti dan menyebabkan penularan lebih tinggi.
Sehingga hari ini (11/1/2021), laporan terkini COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan kes setinggi 2,232. Kewajaran untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa Rabu ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat paling bijak diambil.
Dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari 2021, PKP 2.0 bakal dilaksanakan terhadap enam negeri yang diletakkan di bawah kategori PKP, dan ini termasuklah pergerakan rentas daerah yang tidak dibenarkan sama sekali.
Ads
Terdahulu, Perdana Menteri berkata, enam negeri yang dikategorikan sebagai negeri PKP ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) ialah Perlis dan Sarawak.
BEKALAN MAKANAN
Ads
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memberikan jaminan bahawa bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi.
Beliau berkata, pemantauan terhadap barangan keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, hand sanitizer dan pelitup muka akan dilakukan setiap hari.
Kerajaan juga telah mengenal pasti lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang bermula Rabu ini.
Ads
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor berkenaan melibatkan bidang
pengilangan dan pembuatan,
pembinaan,
perkhidmatan,
perdagangan dan pengedaran, serta
perladangan dan juga komoditi.
“Sektor ini dibenarkan beroperasi kerana peranannya menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas seperti makanan, minuman dan barangan keperluan rumah serta penjagaan diri; kelengkapan alat perlindungan diri (PPE).
“Selain itu sektor peranti perubatan dan ubatan kepada petugas kesihatan; aktiviti perdagangan antarabangsa; memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan menyokong infrastruktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan turut dibenarkan beroperasi,” katanya ketika berucap menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan PKP sebentar tadi.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Faridah Hanim Haron dalam melahirkan usahawan bertaraf dunia. Meskipun empunya diri berdepan pelbagai ujian besar dalam hidup dan pernah lumpuh selama setahun akibat kemalangan, Datuk Faridah Hanim atau lebih dikenali sebagai Ibu Hanim sentiasa kuat semangat membantu anak bangsa berjaya.
Tanggal 12 Ogos lepas, syarikat perunding pembangunan organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution Sdn Bhd meraikan 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) kelolaannya yang diadakan selama 5 bulan, 16 hari dan 11 malam.
Ibu Hanim selaku Presiden berkata penganjuran program kali ke-12 itu melibatkan usahawan pada tahap Growth, iaitu mereka yang sudah memiliki perusahaan dan berhasrat mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran.
Jelasnya usahawan yang terlibat dalam Konvokesyen BSS 2022 itu terdiri daripada usahawan produk penjagaan wajah, restoran, klinik, hospital, minyak wangi dan pelbagai sektor lain.
Fokus pembelajaran BSS ialah mendedahkan para usahawan dengan ilmu perniagaan yang tepat agar berdaya saing dan bertahan lama dengan amalan kerja berstruktur serta budaya kerja profesional seperti perniagaan korporat antarabangsa.
“Perbandingan data ini sangat penting. Kalau kita hanya fokus kepada jualan dan pemasaran sahaja tanpa data mampan yang sebenar, semua ini tiada gunanya. Saya lebih suka sekiranya perniagaan mereka dibina dengan niat untuk bertahan lama.”
Ibu Hanim ditemui pada sidang media Majlis Aspirasi Pejuang: Perjuangan Demi Cinta.
Sebelum ini, pakar pembangunan kepimpinan dan organisasi ini berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada 154 anak syarikat Petronas selain menjadi wakil syarikat berurusan dengan agensi antarabangsa sepanjang 20 tahun berkhidmat di syarikat gergasi itu.
Beliau juga pernah dilantik membantu melicinkan perjalanan Projek Transformasi Nasional seterusnya sebagai penasihat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Program BSS akan memasuki penganjuran ke-13 pada November ini dan usahawan yang ingin menyertai program berkenaan perlu memiliki sekurang-kurangnya lima orang kakitangan tetap yang dicarum oleh syarikat serta menjana keuntungan minimum RM1 juta setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MashaAllah, comelnya Bunga Elhaq! Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini cukup bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy!
Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, proses kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang.
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Bersempena ketibaan Hari Raya Aidiladha, Elisya dan keluarga mengambil kesempatan hari penuh keberkatan tersebut untuk meraikan Bunga dengan mengadakan majlis aqiqah, tahnik dan cukur jambul. Majlis penuh bermakna dan meriah berkenaan diadakan di Kampung Kuala Pari Hilir, Ipoh.
Bertemakan rona putih bersih, Elisya tampil anggun dalam persalinan busana putih gading sedondon dengan suami tercinta dan anakanda tersayang. Mini pelamin khas buat Bunga Elhaq juga dihias indah dengan bunga-bungaan rona senada. Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak Tahfiz.
Paling mencuri tumpuan pastinya Bunga Elhaq yang begitu comel mengenakan gaun dan reben putih. Rata-rata peminat memuji kecomelan anak Elisya dan Haq di samping mendoakan kesejahteraan Bunga.
Elisya menerusi posting terbaharu meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata dan nikmat bergelar seorang ibu.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy you, bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.
MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, I want you to read this message dan ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya.
Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.”
Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat kedua-dua ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun Baru Cina bakal disambut kurang seminggu lagi. Pastinya menu untuk disajikan sempena musim perayaan ini sedang berlegar-legar di pemikiran kebanyakan wanita. Usah bimbang, Ayamas memperkenalkan ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, ia turut melancarkan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Ayamas Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.
Dengan kombinasi yang sempurna daripada rasa masam, manis dan savuri, Golden Sesame Roaster adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!
Ayam panggang Golden Sesame Roaster dijual dengan harga RM26.88 dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” dan set hidangan “Prosperity Dinner” tersedia untuk perkhidmatan Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.
Golden Sesame Roaster boleh dinikmati mulai hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas.
Buku masakan bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…” pula mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW.
Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.
Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.