Karakter Serina Redzuawan yang ramah dan baik hati bukan lagi rahsia. Sebagai selebriti dan anak kepada cef ternama iaitu Datuk Chef Wan, pastinya kelibat bintang filem Mr Cinderella ini menjadi perhatian. Melihat perkembangan terkininya, jelas terserlah wajah Serina Redzuawan bahagia jadi isteri polis!
Ligat berniaga secara atas talian mahupun di festival makanan, isteri Meor Mohammad Aidid ini memang rajin orangnya. Sering berkongsi aktiviti harian di media sosial, Serina turut memuat naik video momen bahagia dirinya di samping keluarga mentua yang berkunjung ke rumah mereka di Perlis baru-baru ini.
Malah, dia dan suami sempat meluangkan masa beriadah bersama keluarga tersayang di sekitar negeri utara tanah air berkenaan.
Kongsinya, “Syukur alhamdulillah keluarga mertua datang jalan-jalan spend time dengan Serina dan suami di Perlis. Kami bawa makan angin cuci mata di Wang Kelian, Perlis. Cantik sangat pemandangan dari atas bukit tu. Tengah panas terik pula di atas tu ada peniaga kecilan berniaga ada macam-macam makanan dan minuman di jual.
Kenangan manis bersama keluarga mertua tersayang. Kunjungan pertama kali di rumah kami di Perlis. Seronok berkumpul adik-beradik. Tapi tak puas spend time datang sekejap je mak ayah, dan adik ipar. Masak untuk mereka Sup Tulang, Kari Ayam, sayur campur, udang bersama salted egg dan desert Bubur Cha Cha bersama keledek dan keladi.
View this post on Instagram
Terima kasih emak ayah datang ke rumah kami spend time bersama, kat belakang rumah tu serai, daun kari, daun pandan semua ambil dari tanaman rumah mak mertua di Ipoh, tanam semula di Perlis elok gebu jadinya alhamdulillah.
Terbaru tanam pulak pokok tembikai kuning, dah tumbuh cantik kedondong dah keluar elok buahnya gemuk sihat. I mula belajar bercucuk tanam dengan suami tercinta dan mak mertua yang bagi banyak tips penjagaan pokok kasi sihat. Terima kasih Mak dan suamiku.”
Serina Redzuawan sah jadi isteri anggota polis iaitu Meor Mohammad Aidid pada April 2021. Tiga tahun mendirikan rumah tangga, mereka kekal bahagia dan gemar melakukan aktiviti bersukan seperti hiking.
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Tristan Tarreef dan Isabella Saffiya ini juga dilantik sebagai duta produk Rajin Food.
“Syukur alhamdulillah Serina sebagai duta menjadi part of ahli keluarga Rajin Food amat berbangga dengan pencapaian syarikat. Telah melebarkan sayap di Aeon Retail,” dedahnya.