Aktor tampan Indonesia, Randy Pangalila berkongsi kegembiraannya apabila isterinya, Chelsey Frank selamat melahirkan anak keduanya minggu ini. Randy berkongsi momen tersebut melalui muat naik di laman Instagram miliknya.
Perkongsian Randy Pangalila usai isterinya Chelsey Frank selamat melahirkan anak kedua mereka. Foto: Instagram @randpunk
Menurut aktor berusia 32 tahun itu, isteri tersayang dan anak mereka berada dalam keadaan sihat dan proses bersalin secara C -Section dijalani oleh isteri tersayang. Randy turut berkongsi nama anak keduanya itu iaitu Asher Griffin Pangalila.
Bapa kepada dua cahayamata ini turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta yang disifatkan sebagai wanita yang kuat berjuang untuk melahirkan zuriatnya.
Ads
Rata-rata peminat turut memuji kecantikan Chelsey ketika proses kelahiran zuriat keduanya meskipun sedang berjuang untuk melahirkan zuriat keduanya itu.
“Terima kasih untuk wanita kuat yang cantik ini. Aku mencintaimu dengan segenap hatiku,” randy pangalila.
Ads
Randy berkahwin dengan wanita berasal dari Kanada, Chelsey Frank pada 19 Januari 2019. Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di Bali, Indonesia dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Elfira Loy dan suaminya, antara tetamu yang diundang di majlis perkahwinan aktor kelahiran Surabaya itu.
Ads
Randy Pangalila bersama anak sulungnya, Blair Willow Pangalila
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Blair Willow Pangalila pada Mac 2021 yang lalu. Ketika kelahiran, Blair, dunia sedang berhadapan dengan Covid-19 namun pihak hospital berkenaan mengikuti prosedur dan protokol covid di sepanjang keberadaan mereka di sana dengan baik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, cemburu tengok bentuk tubuh ideal Jennifer Lopez! Bukan saja langsing, siap ada ‘six-pack’. Kalau baru berusia 30an dan memiliki tubuh macam ini memang tiada apa yang menghairankan pun. Maklumlah, masih muda dan bertenaga. Tapi bila umur sudah mencecah 51 tahun dan dikurniakan tubuh seksi seperti ini, masuk kategori luar biasa dah tu!
24 Julai 2020, genap 51 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh dan wajah awet muda malah stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya. Tahun lalu, sempena ulang tahun ke-50 dan pembabitan dalam industri muzik selama 20 tahun JLo telah mengadakan konsert jelajah ‘It’s My Party Tour’ sebagai penghargaan kepada para peminat.
Dalam usia lebih daripada separuh abad ini… kecergasan JLo di atas pentas amat mengagumkan. Tidak keterlaluan kalau ramai yang berkata staminanya mampu mengalahkan penyanyi muda. Sangat lincah mengikut rentak muzik dan tarian yang rancak!
Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan susuk tubuh yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan badan. Jadi, demi memastikan bentuk tubuh kekal menawan JLo memilih snek berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar.
Fuh, jiwa kena kental tu!
Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.”
Bukan itu saja, JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad.
“By lunchtime, I’m starving,” ujarnya. Apa yang mengejutkan ialah menu tengah hari JLo biasanya mengandungi sumber protein seperti ikan salmon yang sarat dengan pelbagai salad antaranya brokoli, zucchini dan cili benggala. Manakala hidangan makan malam pula ialah protein yang ditambah dengan buah kuini.
“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.”
Saat ramai wanita menjadikan makanan sebagai suatu yang membahagiakan… berbeza pula bagi JLo. Baginya senaman mampu memberi keseronokan luar biasa termasuk tarian.
https://www.instagram.com/p/CCFNtEZJbfO/
“I’m 100 percent convinced that working out is part of what makes me happy. Dance has always been a huge part of my life and taking the time to move my body and do something that’s so good for me is key to my happiness. And I really believe that when you take care of yourself and work to stay healthy, you’re better able to take care of those you love. So working out is definitely a priority for me.”
Jadi, tak hairanlah macam mana JLo boleh kekal aktif, cantik dan langsing di usia 50 tahun. Janji konsisten amalkan pemakanan sihat, diet seimbang dan rajin bersenam… confirm dapat bentuk tubuh sihat macam penyanyi popular ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita dan usahawan, Sherry Ibrahim sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan. Lihat saja penampilannya yang sentiasa cantik dan langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan bekas pramugari ini.
Sherry kini rancak berniaga dan mempromosikan jenamanya sendiri iaitu Khatulistiwa Hairspa dan .
“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan. Jawapan saya mudah sahaja iaitu harus rajin dan yang paling penting ‘wajib’ mengenali kulit kita sendiri. Manakala untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.
Kalau dahulu saya sangat setia dengan produk-produk tertentu. Namun setelah saya mengenali kulit sendiri saya sudah mula sedara bahawa sebenarnya setiap masa saya akan menukar produk kepada yang baharu. Selalunya ia akan terus memberkan hasil yang sangat bagus sekaligus menyerlahkan seri wajah.
Sekiranya saya tiada masa selalunya cara yang paling bagus dan efektif ialah tidur yang secukupnya serta berkualiti. Kalau tidur selama satu jam pun jika berkualiti ia sangat bagus. Saya sendiri sudah merasai hasilnya di mana kulit menjadi lebih bersinar secara semula jadi. Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat secara neutral. Jadi, tidur yang berkualiti adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa. Secara tidak langsung badan pun kekal sihat dan cergas.
PERNAH ALAMI MASALAH KULIT
Saya pernah mengalami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil. Tetapi masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ianya hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih. Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.
Untuk kesihatan mata saya akan elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit. Ini bagi mengelakkan masalah silau. Saya juga tidak lagi memakai kanta lekap berwarna. Saya selesa dengan apa yang ada bagi mengelakkan kemudaratan.
ME TIME
Selalunya saya gemar berada di dalam bilik sambil menghirup haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time. Saya juga akan tidur secukupnya. Tidak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualit dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
Sejak mempunyai salun rambut sendiri saya sentiasa mendidik khususnya kepada golongan wanita bertudung agar menjaga rambut dan kulit kepala. Ini kerana ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya daripada kulit kepala yang sihatlah rambut akan tumbuh dengan subur, lebat dan tidak mudah botak. Tip saya ialah pilih syampu yang betul dan sesuai di samping tahu keadaan kulit kepala kita. Kedua, rajin buat rawatan untuk kulit kepala kerana mereka yang bertudung sering mengalami kulit kepala yang berminyak dan rambut mudah gugur. Sebulan sekali pun memadai.”
Kredit Foto: Instagram Sherry Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Pada usia hampir mencecah 51 tahun, Ayako memilih untuk berdamai dengan alam semula jadi. Antara aktiviti kegemarannya adalah hiking atau mendaki gunung. Terkini, beliau berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Tochigi setinggi 1625m di wilayah Aomori.
“Cuaca amat baik dan saya dapat menikmati pemandangan Kifuji dan Laut Jepun dari atas (stesen). Di sini, pohon epal sedang lebat berbuah dan salah satunya jenis epal kegemaran saya iaitu Fuji. Musim bunga yang sangat cantik!” Ayako Kobayashi
Selain itu, Ayako juga gemar menghabiskan masa dengan mempelajari perkara baru. Salah satunya menyertai kelas tarian di Shirakawa Dance School. Berhibur sambil bersenam katanya!
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini bakal mencecah 51 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rita Rudaini & Fazura cetus semangat kepada ramai wanita apabila muncul bersama dalam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, simbol ketabahan dan inspirasi wanita Malaysia.