
Tahniah buat penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora atas kelahiran cahaya mata terbaharunya. Menanti dengan penuh teruja kehadiran anak ketiga berkenaan, Lesti dilapor selamat bersalin pada 23 Februari 2026 bersamaan 5 Ramadan yang lalu.
Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercinta yang juga selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar di media sosial miliknya.
Lesti Kejora Selamat Bersalin Anak Ketiga

Sehingga kini, perkongsian Rizky meraih hampir sejuta likes dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada followers serta peminat setia mereka.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada tiga anak berkenaan memuat naik foto dirinya di sisi Lesti dalam bilik pembedahan ketika kelahiran.
“Alhamdulillah telah lahir puteri kedua kami beberapa waktu lalu tepatnya pada tanggal 23 Februari 2026 dengan kondisi yang alhamdulillah sihat dan baik.”
View this post on Instagram

Difahamkan bayi perempuan yang juga anak ketiga Lesti Kejora dan Rizky dilahirkan secara pembedahan. Bagaimana pun, pasangan ini belum mendedahkan wajah mahupun nama anak mereka kepada umum.
Rumah Tangga Lesti Kejora
Lesti yang berduet dengan biduanita Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Kumbang Bunga ini mendirikan rumah tangga dengan Rizky Billar pada awal tahun 2021 namun hanya mengumumkan pernikahan serta mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran pada 19 Ogos 2021.

Lesti Kejora melahirkan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Levian Al-Fatih Billar pada 26 Disember 2021. Anak kedua pula selamat dilahirkan pada 25 Januari 2025 iaitu Leshia Tivana Billar.
Semoga dengan kehadiran anak ketiga ini menyerikan lagi rumah tangga Lesti dan Rizky serta bahagia di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





