Hikmah selepas rumah tangga diuji dan kembali berbaik dengan suami, populariti Lesti Kejora makin melonjak dan kerjaya seninya kian bersinar. Ini terbukti apabila penyanyi dangdut Indonesia berkenaan berjaya merangkul empat anugerah dalam SCTV Music Awards 2023 yang berlangsung pada Mei lalu.
Lebih manis, Lesti membolot kesemua kategori yang mencalonkan namanya. Antara kategori yang dimenangi Lesti ialah Penyanyi Dangdut Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop, Lagu Dangdut Paling Ngetop, dan Penyanyi Paling Socmed Berdasar Poling Tertinggi.
Yang pasti, penampilan Lesti Kejora di majlis anugerah berkenaan turut dinanti-nantikan peminat seni Indonesia. Luar biasa penangan Lesti!
Kongsi Lesti, “Terima kasih Allah SWT, atas anugerah yang masyaAllah luar biasa diberikan kepada saya. Semua tidak lepas dari doa, reda dan dukungan dari sosok yang luar biasa iaitu suami, anak, orang tua. Juga kerja keras dari keluarga besar Lestilovers, Leslarlovers kali kaliann luar biasa keren. MasyaAllah.
Semua kebaikan kalian di balas Allah SWT. Mohon doa mudah-mudahan ke depannya saya bisa terus berkarya, selalu dalam keadaan sihat dan selalu dalam lindungan Allah SWT.”
Dia mula mencipta nama selepas memenangi Dangdut Academy pada tahun 2014. Waktu itu Lesti baru menginjak usia 14 tahun dan kelunakan suaranya memukau para penonton. Termasuklah selebriti ternama di sana.
Ads
Hasil kemenangan tersebut, dia menerima hadiah wang tunai 100 juta Rupiah dan sebuah kereta. Bertitik tolak daripada kemenangan tersebut, Lesti turut mendapat kontrak dengan Trinity Optima Production dan berjaya menerbitkan single pertama.
Selain berbakat dalam nyanyian, dia juga boleh berlakon dan pernah membintangi drama bersiri seperti Kejora, Merpati Tak Pernah Galau dan Kejora 2.
Memetik laporan media Indonesia, sejak awal kariernya sampai kini, nama Lesti dikenali dalam kalangan penyanyi dangdut yang berjaya dan berbakat besar. Sekaligus mengubah nasib keluarganya.
Ads
Namun di sebalik populariti dan kemasyhurannya hari ini, Lesti atau nama penuhnya Lesti Andriani yang berasal dari pedalaman Cianjur ini bukanlah berasal dari keluarga kaya.
Ayah Lesti iaitu Endang Mulyana pernah bekerja sebagai pemandu sementara ibunya, Sukartini pula menjual mi ayam di depan rumah mereka.
Media Indonesia sebelum ini pernah mendedahkan keadaan rumah lama yang dihuni Lesti sekeluarga di Cianjur hanya berdindingkan anyaman buluh.
Walau kini dia menjalani hidup mewah dan terkenal namun anak kedua daripada tiga beradik ini tidak lupa asal-usul dan berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
19 Ogos 2021, Lesti sah bergelar isteri kepada selebriti Rizky Billar. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Pada September tahun lepas, pasangan ini diuji konflik rumah tangga namun Lesti kembali kepada suami tercinta demi anak tersayang.
Semoga segala urusan Lesti dan Rizky Billar dipermudah dan berjalan lancar.
Walaupun sudah lama tidak muncul dalam drama mahupun filem namun penampilan Datin Lisa Surihani yang sopan buat sejuk mata memandang.
Pelakon filem Istanbul Aku Datang ini masih mencuri tumpuan orang ramai. Lebih-lebih lagi setelah mengambil keputusan berhijab makin berseri-seri wajah isteri kepada Datuk Yusry Abd Halim ini.
Foto: Instagram @lisasurihani
Baru-baru ini ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mencuri tumpuan ramai apabila hadir di majlis pengisian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah ustaz Wadi Anuar di kediaman Penghibur No.1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Perkongsian tersebut dimuatnaik pelakon berusia 36 tahun itu menerusi satu video memaparkan dirinya dari menjejakkan kaki keluar rumah sehingga sesi ceramah berkenaan bersama rakan selebriti lain.
Selebriti yang pernah mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor ini sering dilihat menyertai majlis ilmu bersama rakan selebriti lain untuk kekal istiqamah.
“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketaqwaan), Al-‘Afaaf (terjaganya kehormatan) dan Al-Ghinaa (rasa cukup)
“HR Muslim No 2721 dari sahabat Abdullah bin Mas’ud RA,” tulisnya di laman media sosial miliknya itu dengan berkongsi sebuah hadis.
Dalam majlis di kediaman Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, Datin Lisa Surihani tampil sopan dengan kaftan labuh berwarna Maroon. Cukup manis dan sejuk mata memandang. Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji imej dan penampilan Lisa selepas penghijrahannya.
Dalam sibuk menguruskan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai seorang ibu, Datin Lisa Surihani kini mengorak langkah menjadi usahawan wanita.
Foto: Instagram @lisasurihani
Datin Lisa Surihani telah muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri. Bermula dengan kisah masalah rambutnya sendiri, Datin Lisa Surihani berkongsi formulasi yang membantu mengatasi rambut bermasalah.
Suri merupakan pilihan Datin Lisa Surihani sebagai jenama produk sulungnya itu. Datin Lisa Surihani juga beruntung apabila suami sentiasa menyokong perjalanannya untuk bergelar usahawan. Semoga terus sukses dalam bidang baharu yang diceburinya ini.
Foto: Instagram @lisasurihani
Datin Lisa Surihani juga sangat menyayangi dan rapat dengan ibunya. Jika dahulu ibunya yang akan menguruskan segala perjalanan seni Datin Lisa Surihani.
Malah sampai sekarang hubungan anak-beranak ini rapat disebabkan Datin Lisa surihani adalah satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik-beradik. Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik.
Sejak ‘penghijrahannya’ pada Ogos 2021 yang lalu, nama Nana Mahazan mula menjadi perhatian ramai. Pengacara, penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia musmi ke-6 ini suatu ketika dulu terkenal dengan imej daring kini berubah secara total. Penampilan yang cukup menyejukkan jiwa!
Walaupun kini tampil sederhana dengan berpakaian longgar mengikut syariat, gaya tudung yang ringkas, solekan tipis tapi Nana tetap nampak fashionable. Cantik sangat!
Selain itu, sejak bertudung rezeki Nana dalam dunia bisnes kian mencurah-curah dengan adanya jenama sendiri iaitu Selauk Nana dan Nana Mahazan Beauty. Percayalah, kalau kita berubah ke arah yang lebih baik secara tak langsung ia turut menjemput rezeki yang tak disangka-sangka.
Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumahtangga dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Cina-India. Mereka bernikah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahayamata, Althea dan Aaqib. Tahun ini masuk tahun ke-13 usia perkahwinan mereka.
Dalam satu posting di akaun Instagramnya, Nana pernah berkongsi ungkapan ringkas buat suami tersayang sebagai menghargai pengorbanannya selama ini.
Tulisnya di ruangan kapsyen:-
“Penguat semangat, walaupun kadang dia pun terbeban ngan kerja dia yg banyak. But tetap la dia sentiasa ada bila diperlukan. Dari pelbagai sudut. Xpernah penat. Dia pernah penat tapi dia buat jugak. Sayangnya dia pada bini dia yg baik lagi menawan.. aderrrr.. i luv u chomby..”
Walau sibuk dengan karier dan bisnes, Nana juga seorang yang mengutamakan keluarga. Nana dilihat rajin ke dapur untuk memasak dan menyediakan hidangan buat yang tersayang. Salah satu menu yang dipelajari oleh Nana dari ibu mentuanya ialah Laksa Sarawak.
Semoga Nana terus istiqamah dan kekal bahagia bersama suami dan anak-anak sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Nana Mahazan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fenomena selebrti mengusahakan sebuah perniagaan bukan suatu yang baharu. Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk empayar yang dibina. Anak kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil ini telah berjaya mempertaruhkan perniagaan berasaskan makanan tambahan menerusi KILAFIT.
Artis cantik ini juga telah membuktikan dirinya berjaya bergelar usahawan dan menyuntik inspirasi kepada warga muda untuk berjuang dalam perniagaan sepertinya. Penyanyi lagu Put The Word In ini sempat berkongsi bahawa ibunya merupakan pencetus kepada usahanya untuk bergelar usahawan wanita berjaya.
“Apabila mama berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan saya tidak mahu hal sama terjadi kepada orang lain dan menjadi mangsa. Sebab itu saya bangkit memulakan perniagaan sejak setahun lebih yang lalu untuk memberi solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan.
Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya berjaya turun berat badan dengan selamat,” kongsi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini.
Nama Kilafairy tidak pernah terlepas dari tempias perkataan seksi. Namun, rupanya penyanyi dan pelakon yang berusia 27 tahun ini dalam diam telah mengubah imejnya. “Step by step, insyaAllah. Berkat doa ibu bapa dan sempena tahun baharu ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.
Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri,” kongsi Kilafairy yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.
Kilafairy juga merupakan selebriti yang peka dengan perkembangan semasa. “Saya seorang yang sayangkan haiwan. Krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini begitu menyentuh hati saya. Saya turut bersimpati dan mengambil berat isu umat Islam Uighur di China yang ditindas serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini menyatakan kebimbangannya tentang obsesi wanita menjaga penampilan. “Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititik-beratkan.
Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.
Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan,” bicara Kilafairy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.