Pelakon terkenal Liza Soberano mungkin tidak asing di bumi Filipina. Manakan tidak, Liza yang merupakan selebriti wanita berkacukan Filipina-Amerika ini cukup berbakat besar selepas muncul dalam siri Forevermore. Selepas itu, populariti Liza dilihat semakin menyerlah apatah lagi dikurniakan penampilan dan raut wajah yang sangat jelita.
Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.
Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh anda aplikasikan.
Ads
Hidrasi itu penting!
“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”
Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.
Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”
Ads
Tanggalkan solekan secepat mungkin.
Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.
Ads
Elak mekap jika boleh
“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.
Liza bersama dengan teman lelakinya, yang juga seorang pelakon popular, Enrique Gill
Kulit anda juga perlukan bantuan
Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”
Fenomena drama sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini. Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing-masing masih bergelar anak dara turut membuatkan ramai jejaka di Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua. Seiring
peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina yang kini memegang status isteri dan ibu dua anak masih terserlah dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan pilihan hati, Rendy Aditwa Gunawan, Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah sekitar tahun 2017 lalu. Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya dengan tudung bawal!
Awal Januari 2019, Revalina selamat melahirkan anak keduanya iaitu Rajendra Satya Razzani yang dilahirkan secara pembedahan. Walau sudah beranak dua namun selebriti Indonesia ini tetap bijak menjaga penampilan diri. Memperlahankan aktiviti seni sejak sudah berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun aktif menjana pendapatan sendiri melalui beberapa perusahaan yang dijalankan. Antaranya bisnes pakaian kanak-kanak, Tifle’s by Revalina S Temat.
Terbaru, wanita berusia 33 tahun ini juga dilihat rancak mempromosikan hijab di bawah jenama Revalinastory by Revalina S Temat. Paling mencuri tumpuan setiap kali melihat Revalina adalah gaya muslimahnya. Mengintai fesyen pilihan aktres ini jelas menggambarkan peribadi Revalina yang gemar memakai jubah dan bertudung labuh.
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina. Biarpun agak jarang muncul di kaca TV, kelibat selebriti cantik ini sering ditemui dalam majlis sosialit Indonesia terutamanya ketika acara pelancaran produk kosmetik muslimah, kanak-kanak-kanak dan hijab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.
TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas seharian berada di luar dan perlu melakukan banyak tugasan sehingga pulang lewat malam, tidak ada yang lebih nikmat lagi daripada dapat merebahkan diri di tempat tidur. Keadaan diri yang terlalu letih membuatkan seseorang wanita itu menjadi malas untuk membersihkan solekan yang ada di wajah selepas pulang ke rumah. Terasa macam diri dah melekat di katil kesayangan sehingga nak bangun pun tak larat.
Secara sengaja atau tidak sengaja, akhirnya mereka memilih untuk terus beradu tanpa membuang secalit pun make up yang anda di wajah. Kulit wajah yang sihat dan segar akan memberikan efek cantik dan tampil awet muda. Namun, jika tidur dengan solekan masih di wajah akan memberi kesan buruk dan boleh mencelakan kecantikan kulit wajah. Hal ini kerana, bukan tubuh badan saja yang perlu tidur dah rehat yang secukupnya, kulit wajah anda juga memerlukan hal yang sama.
KULIT WAJAH SUKAR BERNAFAS
Tabiat buruk ini akan membuatkan kulit wajah sukar untuk bernafas dan sukar diperbaharui. Make up yang tidak dibersihkan juga akan mengakibatkan liang pori tersumbat seterusnya akan timbul masalah seperti jerawat dan kulit berminyak.
BIBIR
Kesan gincu yang tidak ditanggalkan sewaktu tidur boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan seterusnya merekah. Lagipun, tidur dengan gincu masih dibibir akan meninggalkan kesan kotoran pada alas tempat tidur. Satu hal pula nanti kena cuci cadar dan sarung bantal.
MASKARA
Tidur dengan maskara boleh menyebabkan bulu mata gugur dan kegatalan.Jika tabiat ini berterusan, mata akan menjadi bengkak dan seterusnya dijangkiti kuman. Selain itu, eyeliner yang tidak dicuci juga akan membuat mata menjadi merah akibat jangkitan kuman.
IRITASI
Produk solekan yang sedia ada di pasaran sekarang mempunyai banyak bahan-bahan kimia ditambah lagi pula dengan kesan debu, habuk dan asap yang telah melekat pada wajah setelah seharian melakukan aktiviti luar. Jadi, bila wajah tidak segera dibersikan, akan timbul rasa selesa dan gatal pada wajah dan sekitar leher. Selain itu, hal ini juga akan menyebabkan kulit kemerahan dan kelembapan kulit akan terjejas.
sumber: hellosihat.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.