Sejak lebih seminggu lalu, Dato’ Sri Eizlan Yusof aktif memerah keringat dan menabur bakti kepada para petugas barisan hadapan yang terlibat menangani pandemik Covid-19. Meskipun beliau boleh sahaja duduk di rumah, memantau situasi semasa dan memberi sokongan moral kepada frontliners menerusi media sosial atau sebagainya, namun ia belum cukup membuatkan aktor ini berpuas hati. Sebagai rakyat berjiwa prihatin dan public figure yang telah diberi kepercayaan untuk sentiasa menyokong serta membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dato’ Sri Eizlan tampil membantu.
Menariknya, beliau yang segak mengenakan uniform rasmi pegawai APM turut membawa isteri tercinta bersama untuk menjayakan usaha murni ini yang juga merupakan anggota APM. Daripada perkongsian Dato’ Sri Eizlan di Instagram miliknya jelas kelihatan beliau sangat selesa bertugas di lapangan bersama beberapa rakan artis lain yang turut menyertai APM.
Katanya, “Masa untuk kita semua rakyat Malaysia berganding bahu bersama bagi memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak. Bantulah apa yang termampu untuk kita.”
Selain mengagihkan sumbangan berupa makanan kepada kakitangan hospital, anggota polis dan tentera dalam memastikan mereka tidak kelaparan sepanjang bertugas melancarkan operasi, Dato’ Sri Eizlan termasuk pegawai dari kalangan artis dan penggiat seni (Briged Kesenian) turut menghadiri mesyuarat pengurusan bersama para pegawai tertinggi setiap pagi.
Ads
Ads
Antara rakan artis yang terlibat termasuk pelakon Adam Shahz, penerbit terkenal Dato’ A. Aida dan Maznah Zolkifli. Hujung minggu lalu, Dato’ A. Aida dilihat komited menyediakan masakan untuk para frontliners sambil dibantu cef popular, Chef Zam.
Alhamdulillah, ramai selebriti yang turun padang membantu.
Sementara itu, ratu hati Dato’ Sri Eizlan iaitu Datin Sri Natasha Rosa Boudville yang setia berkhidmat untuk masyarakat sepanjang Covid-19 ini turut menzahirkan penghargaan kepada frontliners terlibat.
Ads
Ujarnya, “Terima kasih KKM dan PDRM atas dedikasi dan pengorbanan anda semua supaya kami dijaga dan selamat. Tidak dilupakan juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Putrajaya yang tidak putus semangat dan tenaga bersama Eizlan Yusof, Adam Shahz dan Dato’ A. Aida. ”
Mengimbas kembali pembabitan Dato’ Sri Eizlan bersama APM, bapa kepada tiga anak ini telah menerima pentauliahan Leftenan Kolonel (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam pada April 2018. Sejak pengurniaan lantikan tersebut, beliau aktif berkhidmat bersama APM dan tahun lalu Dato’ Sri Eizlan bersama Adam Shahz serta pasukan APM telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selepas mengharungi laluan laut sepanjang 718.57 kilometer. Ia merupakan pelayaran Ekspedisi Amphibious Craft dari Melaka ke Langkawi selama enam hari membabitkan 133 peserta.
Kredit project 2pi
Dato’ Sri Eizlan Yusof menamatkan zaman dudanya bersama Datin Natasha Rosa Boudville dalam majlis pernikahan serba indah di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada tanggal 12 Disember 2019. Datin Natasha merupakan wanita cantik berketurunan Serani yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. Beliau memeluk Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar pelakon kacak tersebut pada September 2019.
Moga perkahwinan selebriti romantis ini berkekalan hingga ke syurga dan terus menjadi inspirasi dalam usaha mengajak masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan serta kebajikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam, rupa-rupanya Dr Soo Wincci mencipta satu lagi kejayaan akademik apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Produksi Muzik, Teknologi dan Inovatif di Berklee College of Music, Sepanyol. Perkhabaran gembira ini dikongsikan sendiri Wincci di laman Instagramnya semalam. Dengan penganugerahan sarjana dan majlis graduasi tersebut, menjadikan ia Master kedua yang diperolehi Wincci setakat ini. Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat anak seni tanah air!
“Konvo untuk Master Ke 2 Wincci daripada sekolah idaman Wincci @berkleevalenciacampus , kali ni seorang kat Spain. Jutaan penghargaan atas ucapan daripada anda semua. Akhirnya, Master kedua dalam Muzik Produksi, Teknologi & Inovatif. Projek Master Wincci, Wincci berjaya mencipta sesuatu yang baru iaitu 2D 360 Muzik Video. Ia akan dilancarkan 08/08/2018! Nantikanlah!
Selain graduasi, Wincci juga dipilih untuk Post Master Fellowship, Wincci akan menetap kat Spain satu tahun lagi untuk projek Wincci!” tulis penyanyi, pelakon dan bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia.
Kagum dengan semangat Wincci yang tak pernah ‘puas’ mengejar dan menggali ilmu. Pada usia 33 tahun, wanita cantik ini sangat komited merealisasikan setiap impian hidupnya. Moga kejayaan yang diraih Wincci ini mampu menyuntik sumber inspirasi buat semua wanita tidak kira dalam bidang kerjaya mahupun akademik.
Sumber: Instagram Dr Soo Wincci
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam kelmarin berlangungnya majlis penutup temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang diraikan penuh gilang gemilang di mana menyaksikan Johor muncul juara Sukma buat kali pertama selepas mengutip 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa pada temasya dwi tahunan itu.
Upacara yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menyaksikan kehadiran jaguh lumba basikal tanah air, Datuk Azizulhasni bersama-sama legenda badminton, Datul Lee Chong Wei serta ratu skuasy, Datuk Nicol David diberi penghormatan untuk menyerahkan trofi kepada atlet terbaik lelaki, wanita serta juara keseluruhan edisi kali ini iaitu kontinjen Johor.
Menerusi hantaran di Instagramnya tadi, Azizul memanjatkan kesyukuran dan berkongsi rasa gembira dan bangga apabila pertama kali berdiri di pentas sama dengan dua legenda sukan negara, Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Nicol David.
“Malam tadi saya berkesempatan berkongsi pentas dengan dua lagi legenda sukan Malaysia @nicoldsquash @leechongweiofficial pada majlis penutup Sukma. Sentiasa seronok dapat melihat dua rakan saya ini dan kami sempat berbual bersama.
“Tahniah kepada Johor kerana menjadi juara keseluruhan untuk edisi kali ini dan saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada negeri lain untuk bekerja lebih gigih dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
“Kepada semua pemenang, syabas, terus bekerja keras dan kekal konsisten. Kepada mereka yang tidak berjaya mendapat sebarang pingat, lakukan perubahan yang diperlukan, jangan berputus asa dan berusaha untuk menjadi lebih baik,” katanya di laman sosial miliknya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menitipkan kata dan rasa bangga mereka apabila melihat ketiga-tiga legenda sukan yang berbeza disatukan dalam satu gambar serta pentas yang sama. Perkara sama turut dikongsi Lee Chong Wei di laman sosialnya yang turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang menyertai edisi Sukma kali ini.
Penghidap autisme dari Filipina, Karla Majam diumumkan sebagai Miss UniWorld 2023 dalam Pertandingan Miss UniWorld yang diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di ibu kota.
Kredit foto: Instagram @criticalbeautyph
Gadis berusia 17 tahun itu yang berasal dari Santa Rosa, Laguna itu juga turut mencipta rekod sebagai wanita pertama dari Filipina yang memenangi gelaran Miss Uniworld. Karla disarungkan dengan mahkota bergemerlapan Ratu Kilimanjaro selepas panel juri sebulat suara menobatkannya dengan gelaran tersebut.
Pertandingan ini menyaksikan 25 peserta mewakili negara masing-masing berentap bagi merangkul gelaran Miss UniWorld. Dalam pusingan akhir Top 5, Majam berdepan saingan sengit daripada empat rakan pencabarnya dari Turkiye, Jerman, Latvia dan Georgia.
Bagaimanapun ketika sesi soal jawab yang menguji topik isu semasa dan komunikasi peserta, Majam yang juga penghidap autisme ternyata menonjol, memperlihatkan kebijaksanaannya menjawab soalan dengan begitu tenang sekaligus memberi kesan di hati penonton, terutama sekali juri.
Misi pertandingan Miss UniWorld diadakan bagi meningkatkan keunggulan pertandingan ratu dunia itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Walau pun memiliki sedikit ketidakupayaan berbanding peserta-peserta lain, kejelitaan, keanggunan, kepintaran dan ketabahannya sepanjang menyertai pertandingan ini ternyata menambat hati juri sekaligus memutuskan Majam paling layak dipakaikan mahkota Ratu Kilimanjaro. Pada malam itu, Majam menerima hadiah serta wang tunai bernilai RM460,000.
Kredit foto: Instagram @drewfranciscow
“Saya amat berbesar hati menyandang gelaran Miss UniWorld 2023 dan memakai mahkota Ratu Kilimanjaro. Kemenangan ini bukan setakat pencapaian peribadi tetapi lebih besar maknanya. Ia juga menjadi satu janji untuk mengangkat martabat Miss UniWorld dan menawarkan khidmat dalam usaha membawa perubahan positif,” jelasnya menerusi sumber Mstar.
Tahun lalu, Niousha Roohbaksh dari Iran diumumkan sebagai pemenang. “Walaupun didiagnosis secara klinikal menghidap autisme, perjalanan hebat Karla menepis halangan sekaligus membuktikan impian boleh menjadi kenyataan tak kira apa jua dugaan yang mendatang,” kata organisasi Miss Uniworld Filipina dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.