
Demi menyempurnakan misi memburu pingat emas pada penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei depan, penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak.


Anak kepada bekas penerjun wanita Sarawak, Victory Emmy itu bagaimanapun mengakui perkara itu sudah menjadi lumrah kehidupannya sebagai seorang atlet yang telah biasa berjauhan dari keluarga sejak berusia 14 tahun lagi.

“Tahun ini saya hanya diberi cuti selama dua hari (22 April dan 23 April). Jadi saya memilih untuk beraya di bilik di Bukit Jalil bersama rakan atlet yang tidak pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri.
“Saya hanya menyambutnya secara sederhana dengan menelefon keluarga tercinta di pagi Hari Raya dan membeli makanan di luar untuk makan bersama kawan-kawan.
“Namun, saya amat merindui masakan tempoyak oleh ibu dan kari ayam ayah saya di Sarawak,” katanya.

Nur Eilisha Rania turut memaklumkan telah kembali menjalani latihan semalam bersama jurulatih Li Jun Bai untuk memperkemaskan teknik terjunannya bagi memastikannya mampu memberikan saingan sengit di temasya dwitahunan itu.
Selain latihan, penerjun berusia 17 tahun ini turut menjadikan nasihat atlet senior sebagai pembakar semangat bagi membolehkannya mengikut jejak langkah mereka mencipta kejayaan di beberapa siri kejohanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik.

Nur Eilisha Rania yang akan berangkat ke Kemboja pada 5 Mei ini bersama skuad terjun negara, dijadual menyertai acara terjun 10 meter (m) platform wanita.
“Atlet senior seperti Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri ada memberikan nasihat supaya saya fokus dalam pertandingan dan jangan terlampau memikirkan tekanan yang ada semasa beraksi di sana (Sukan SEA).
“Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan membawa balik pingat emas untuk Malaysia. Walaupun saya akui ada sedikit tekanan (tiada penyertaan atlet senior), namun saya berharap semua pihak percaya pada (kebolehan) atlet muda,” katanya.

Pada temasya sukan SEA-32 di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini, skuad negara membariskan pasukan terjun pelapis untuk memburu kilauan pingat emas.
Pada edisi di Hanoi, Vietnam, skuad terjun menyapu bersih kesemua lapan pingat emas serta meraih tiga perak dan satu gangsa.
Sumber: Bernama, Facebook Eilisha Rania
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





Begitulah pentingnya wanita dalam hidup Dato’ Fazley Yaakob. Bukan hanya seorang sebaliknya 4 wanita yang menjadi tunggak kejayaanya selama ini. Kenali siapa 4 wanita yang dimaksudkan oleh penyanyi, hos dan cef selebriti terkenal ini.

Wanita seterusnya sudah tentu ibu saya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif yang menggalakkan saya untuk menceburi apa jua bidang yang saya minat walaupun kelulusan akademik saya dalam bidang berlainan.
DIGELAR ‘ANAK MAK’
Saya membawa beliau sebagai seorang ibu dan bukan sebagai seorang manager. Jadi, orang nampak saya seperti ának mak’. Saya korbankan imej ‘macho’ seorang artis yang berjaya kerana ada ibu di sebelah.
Namun dengan adanya ibu di sisi ia umpama benteng yang melindungi saya daripada sebarang gangguan, hinaan dan fitnah. Kesimpulannya, ibu berkorban dengan berhenti kerja dan saya pula berkorban dengan membawa ibu ke mana-mana walau ramai yang mengatakan itu tidak patut kerana orang lelaki tidak seharusnya ada ibu di sebelahnya jika ke mana-mana. Tapi itulah yang membawa kejayaan buat saya.”
Jangan pedulikan orang yang mencari salah kita. Kerana seorang superwoman adalah yang tangkas berjalan dan berlari bersama orang-orang yang mengasihi dan menyayanginya.
Untuk perkembangan terkini, Dato’Fazley bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi. Selain itu, Suka Sucre Bistro baru sahaja berpindah dan dibuka semula di Hartamas.
Dato’ Fazley juga kini rancak mengendalikan projek nyanyian, masakan dan yang terbaru sebagai hos.









