Bila badan dah bagi signal ‘penat’ dengan rutin seharian pasti terbayang momen bercuti di tempat indah lebih-lebih lagi ditemani insan tersayang. Nak cari travel buddy ni bukan macam beli ikan kat pasar. Ingatkan kalau dah keluar mengembara dengan BFF mesti semua seronok namun kalau silap gaya semua akan jadi ‘mimpi ngeri’ kala bercuti.

Bagi Aziza atau lebih mesra disapa Za yang bekerja sebagai Penasihat Undang-undang di Institut Jantung Negara (IJN) cara untuk mendapatkan travel buddy yang ‘klik’ daripada perkenalan dan pergaulan seharian. Bila dah kenal pasti karekter seseorang makan keserasian akan timbul.

Ads
Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Kami dan Chychkan River

Kongsi Za yang kerap melancong dengan BFFnya, Hayati, “Sekiranya berlaku salah faham, penting untuk memberi sedikit ruang kepada kedua-dua untuk cool down. Travel buddy harus cepat melupakan sebarang salah faham atau perkara negatif yang berlaku supaya percutian tidak terganggu.

Kami juga tidak memperbesarkan perkara-perkara kecil yang mungkin akan merosakkan percutian kami. Selain itu, harus sentiasa sedia terima apa sahaja yang berlaku, baik dan buruk terutamanya ketika kami bercuti tanpa mengambil pemandu pelancong. Bila kami bercuti sendiri, kadang-kadang sesat, hotel yang saya atau BFF saya tempah tidak seperti yang dijangka.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Pemandangan dari atas bukit di Kyzyl Oi dengan Sungai Kokomeren dan Pergunungan Ala Too sebagai latar belakang

Ini semua kami kena terima dengan hati terbuka kerana kami berdua faham bahawa hanya bersandarkan maklumat yang tersedia di laman-laman web. Kami terima seadanya dan sentiasa percaya ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku atau tidak berlaku,” tutur wanita kelahiran Melaka ini.

Tambahnya lagi, “Perlu sentiasa peka emosi masing-masing supaya dapat memberi kata-kata semangat atau nasihat dan sama-sama membantu mengatasi sebarang emosi yang terganggu. Percutian kami selalunya 2-3 minggu jadi jadi jangka masa lama ini dan berjauhan dengan keluarga, macam-macam perkara boleh berlaku kadang-kadang emosi boleh jadi tidak stabil. Contohnya, ketika percutian kami ke Kyrgyzstan baru-baru ini, saya mendapat berita tentang kematian seseorang yang saya agak rapat dan juga berita tentang sahabat baik saya disahkan mengidap kanser,” kongsi graduan Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang ini.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Mendekati kambing biri-biri di perkampungan Kyzyl Oi

Baru-baru ini wanita ini telah memilih Kyrgyzstan sebagai destinasi pengembaraannya. Bila ditanya kenapa memilih Kyrgyzstan, “Saya belum pernah sampai ke negara Asia Tengah. Tambahan pula, destinasi pilihan saya sememangnya adalah negara-negara yang masih kurang diterokai dan kurang dikenali.

Negara-negara belum membangun ini membuat kita lebih menghargai kelebihan yang kita ada. Alhamdulilah, saya juga berharap dapat memperkenalkan negara ini dan berkongsi keindahan bumi ciptaan Allah di kawasan-kawasan berkenaan,” ungkap wanita yang gemar membaca ini.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Di hadapan yurt, khemah tradisional penduduk yang nomad di pergunungan

Coretan perjalanan Za ke Kyrgyzstan;

Hari Pertama: Osh
Kami bermula di Osh, bandar tertua dan kedua terbesar, terletak di bahagian selatan Kyrgyzstan berhampiran sempadan Uzbekistan. Lawatan singkat kami meliputi Sulaiman Too, kawasan paling tinggi di Osh dan merupakan tempat suci untuk penduduk tempatan.
Kami juga melawat Jayma Bazaar, salah satu bazaar tertua di Asia Tengah. Ia telah beroperasi dari tempat yang sama selama lebih daripada 2000 tahun di sepanjang Laluan Sutera. Kemudian pada hari itu, kami menuju ke Arslanbob, sebuah kampung yang mempunyai hutan walnut terbesar di dunia. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 4 jam. Kami bermalam di sebuah perkampungan bernama Gumhana di dalam rumah tradisional milik seorang wanita tempatan bernama Linara. Linara tidak fasih berbahasa Inggeris. Namun, kami masih dapat merasakan keramahan dan keikhlasan beliau. Dia bercakap dengan Damir dalam bahasa Rusia. Malam tersebut, Linara menghidangkan kami dengan makanan tempatan yang sangat sedap dan banyak, termasuklah beef stew, homemade jem rasberi, buah walnut segar yang baru dipetik, madu asli tempatan dan semestinya roti. Roti adalah menu wajib di sini. Saya baru tahu bahawa madu Kyrgyzstan adalah salah satu madu yang terbaik di dunia. Di sinilah juga kami diperkenalkan dengan cara meminum teh panas dicampur dengan jem rasberi. Sangat unik dan juga sedap!

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Kami di rumah Linara

Hari kedua: Arslanbob dan Empangan Toktogul
Sebelah pagi, setelah bersarapan oat dan lempeng cicah madu di rumah Linara, kami bersiar-siar di Arslanbob untuk mengenali dengan lebih dekat penduduk tempatan dan kehidupan mereka. Sambil itu, kami dapat melihat pokok walnut merata-rata serta juga penjual-penjual walnut di pekannya. Seronok dapat berinteraksi dengan penduduk tempatan walaupun melalui penterjemah tidak rasmi kami, Encik Damir Alymbek Uulu dari Kyrgyzstan Twins Adventures yang juga merupakan pemandu pelancong kami. Di sini kami dapat melihat wajah-wajah yang merenung kami, tertanya-tanya negara asal kami. Setelah makan tengah hari, kami bergerak ke Toktogul Dam yang terletak dalam 300km dari Arslanbob. Dari jauh saya dapat melihat satu pemandangan yang indah tersembunyi di antara gunung-ganang.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Toktogul Dam

Saat Damir beritahu ia adalah Empangan Toktogul, saya dan Hayati sangat teruja, terus rasa segar daripada kesan perjalanan yang agak jauh. Pemandangan sangat tenang dan damai. Pemandangan pertama sambil kami menuruni kawasan pergunungan menuju ke Empangan Toktogul masih kekal dalam ingatan saya. Bila semakin hampir, keterujaan saya bertambah bila nampak sekawan kuda sedang minum air di pinggir empangan tersebut. Pandangan pada masa itu sangatlah rare dan tenang kerana suasana redup lewat petang ditambah pula dengan keadaan sedikit berkabus seolah-olah di alam mimpi.

Ads

Empangan Toktogul yang terletak di Sungai Naryn adalah empangan terbesar di Asia Tengah dan merupakan sumber elektrik utama Kyrgyzstan. Ia adalah usaha utama Kesatuan Soviet untuk memodenkan Asia Tengah sekitar tahun 1973.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Naryn River, sungai terpanjang di Kyrgyzstan.

Hari Ketiga: Chychkan Gorge, Suusamyr Valley dan Kyzyl Oi
Pada hari ketiga, kami memulakan perjalanan ke sebuah kampung terpencil bernama Kyzyl Oi yng terletak pada ketinggian 1800m. Ia adalah salah satu perkampungan “Laluan Sutera”. Dalam bahasa Kyrgyz, Kyzyl- Oi bermakna mangkuk merah, mungkin kerana ia terletak di tengah-tengah lembah berwarna merah. Kami sangat teruja dengan persekitarannya yang tenang dan segar. Kami menghabiskan waktu petang dengan bersiar-siar di persekitaran kampung itu dan dapat bertemu beberapa penduduk kampung. Beberapa kanak-kanak bermain basikal dan 2-3 orang sedang mengembala kambing biri-biri untuk masuk ke kandang.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Di kawasan berbentuk mukabumi unik odw dari Arslanbob ke Empangan Toktogul

Ada pengembala yang berjalan kaki dan ada yang menaiki kuda. Perkampungan ini terletak di Laluan Sutera yang merupakan rangkaian laluan perdagangan zaman dahulu yang menghubungkan China dan Timur Jauh dengan Timur Tengah dan Eropah. Walaupun tuan rumah kami yang kami panggil “Aje” (kakak di dalam Bahasa Melayu) mahupun keluarganya tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, namun kami dapat merasakan keikhlasan mereka mengalu-alukan kedatangan kami.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Berkesempatan bersarapan di dalam yurt yang disediakan oleh homestay kami di Issyk Kol

Kami dapat melihat kesungguhan mereka untuk memastikan kami selesa dan tidak menghadapi sebarang masalah. Homestay yang kami duduki amat selesa dan baru. Damir beritahu kami bahawa kami adalah tetamu keenam di rumah tersebut. Kami juga terkejut apabila mendapat tahu rumah yang terletak di kampung terpencil tu mempunyai heater, pendingin hawa malah bathtub juga. Malah reka bentuk dan dekorasinya sangat moden and cantik. Berada di dalam rumah itu buat saya lupa bahawa sebenarnya saya berada di satu kampung terpencil di tengah-tengah kawasan pergunungan Ala Too.

Ads
Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Bersama-sama kanak-kank di sekolah

Hari Keempat: Issyk Kol Lake dan Bokonbaev
Kami terpegun melihat keluasan dan keindahan Issyk Kol. Kol bermakna tasik di dalam bahasa Kyrgyzstan dan Issyk Kol bermaksud “tasik yang hangat” kerana ia tidak pernah beku walaupun di musim sejuk. Ia berada pada tahap ketinggian pada 5,300 kaki (1,620 m) dan keluasan 2,400 meter persegi (6,220 km persegi), dan adalah tasik gunung kedua terbesar di dunia selepas Tasik Titicaca di Amerika Selatan. Saiznya yang sangat besar membuatkan saya sukar untuk percaya bahawa ia adalah sebuah tasik dan bukan laut. Ia menjadi pilihan untuk pelancong berenang dan berkelah di musim panas dan musim bunga.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Kami bersama-sama Nursultan, tuan punya helang dan Suluuke, -Golden Eagle- seberat 7 kg!

Manakala di sebuah kampung di kawasan pergunungan di Bokonbaev, saya berpeluang melihat demonstrasi helang memburu mangsanya. Pertama kali saya dapat melihat dengan dekat dan menyentuh “Golden Eagle” atau ‘Berkut’ dalam bahasa Kyrgyzstan yang beratnya mencecah 7kg. Sayapnya boleh mencecah 2 meter bila dikembangkan. Agak sukar untuk menegakkan lengan bila helang seberat itu berada di atas lengan saya. Saya juga kagum dengan kebolehan helang itu terbang dengan begitu laju dan melapah daging arnab yang ditangkapnya dengan pantas. Ia boleh menelan tulang arnab itu tanpa sebarang kesulitan. Helang ini diambil dari sarangnya sejak kecil dan dilatih dan dibela sehingga tempoh 20 tahun bilamana ia akan dilepaskan semula ke hutan.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Lanskap uni perjalanan dar Chychkan Gorge ke Kyzyl Oi

Ia adalah satu tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sejak beratus tahun dahulu. Pada zaman dahulu, helang dilatih untuk memburu binatang seperti musang, arnab untuk keperluan keluarga. Tradisi ini semakin pupus semenjak era Kesatuan Soviet. Sekarang, ia adalah hanya untuk demonstrasi kepada pelancong.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Saya di Fairy Tale Canyon

Hari Kelima: Fairy Tale Canyon/Tamga
Pada mulanya saya tidak berapa berminat untuk melawat Fairy Tale Canyon kerana canyon bukanlah tempat pilihan saya. Namun begitu, saya amat bersyukur kerana Damir memasukkan kawasan ini di dalam atur cara kami. Terdapat pelbagai bentuk dan formasi yang menakjubkan, kesan daripada hakisan ke atas lanskap berbatu di kawasan tersebut. Di antara bentuk formasi yang boleh dilihat adalah Tembok Besar China, ular, naga, gergasi tidur dan juga istana. Formasi-formasi inilah yang menyebabkan kawasan canyon ini dinamakan Fairy Tale. Dari canyon ini saya dapat melihat pemandangan panorama Tasik Issyk-Kul.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Fairy Tale Canyon panorama

Ia juga dikenali sebagai “Skazka Canyon”. “Skazka” bermaksud “fairy tale” di dalam bahasa Rusia. Disebabkan Kyrgyzstan pernah berada di bawah pemerintahan Rusia dan Kesatuan Soviet, bahasa Russia adalah bahasa rasmi kedua di negara ini. Kesan peninggalan era Soviet boleh dilihat di merata tempat tetapi ia lebih dominan di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Autumn colours di kampung Kyzyl Oi

Hari Keenam: Bishkek
Percutian kami berakhir di Bishkek yang terletak di utara Kyrgyzstan berhampiran sempadan Kazakhstan. Setibanya di Bishkek, saya merasa seolah saya berada di negara yang lain. Mungkin terutamanya bahasa Rusia banyak dituturkan di sini dan ia adalah sebuah bandar yang sangat sibuk berbanding dengan kawasan-kawasan kampung yang kami telah lawati sebelum Bishkek. Kami seperti mengalami sedikit kejutan budaya dengan perubahan suasana daripada nyaman dan tenang ke bandar besar dan moden. Saya tidak perlu masa yang lama untuk mula merindui suasana di kawasan-kawasan kampung tersebut.

Travel Dengan BFF Pun Kena Banyak SABAR, Silap Gaya Percutian INDAH Jadi HAMBAR
Kuda meragut rumput

Selalunya, saya tidak akan melawat bandar-bandar besar di sesebuah negara melainkan jika perlu untuk tujuan penerbangan. Seperti untuk percutian ini, kami perlu ke lapangan terbang Bishkek untuk penerbangan kami ke Tashkent, Uzbekistan. Kami berada di Uzbekistan untuk 8 hari. Kami bergerak sendiri tanpa pemandu pelancong kerana Uzbekistan adalah negara yang agak maju dan senang untuk ke sana-sini melalui pengangkutan awam.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI