Bereksperimen dengan lipstik yang dioles atas bibir, daripada mainan rona garang seperti oren sehingga natural dan lembut menciptakan keindahan.
Lipstik pink akan kembali bersinar pada tahun ini. Bibir pinkish yang meronai di bibir akan mencipta penampilan segar dan ceria dalam masa yang sama mempertegaskan tampilan natural.
Tekstur lipstik juga akan berubah trendnya pada tahun ini. Jika beberapa tahun lalu lipstik matte menguasai pasaran lipstik dan menjadi pilihan wanita seantero dunia, tapi tahun ini akan beralih kepada lipstik glossy.Yes, lip gloss is back!
LA Splash Lipstick
Ads
Make Up For Ever Artist LiquidStila Star Studded
Permainan lipstik glossy dengan pigmentasi warna masih bermain dengan rona natural seperti nude, pink dan peach. Jelas penampilan segar yang ditonjolkan oleh lipstik glossy bakal menguasai penampilan tahun ini. Hamizatul Maizan Mohamed
Wujudkan solekan fresh look dengan langkah demi langkah ini.
Ads
Langkah 1: Sebelum menyapu bibir dengan lipstik, sapu dengan pelembap bibir.
Ads
Langkah 2: Lukis bibir dengan pensel bibir bagi membentuk bibir yang dikehendaki.
NARSYSL
Langkah 3: Sapu lipstik glossy mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.
Langkah 4: Untuk kesan lebih natural, kemaskan hujung bibir dengan sapuan berus yang lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat pasangan mempelai, Nur Syafiqah Muhammed Azlie dan Amirul Amri Badlishah yang selamat melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Ternyata resepsi mewah dan serba eksklusif pasangan suami isteri bukan hanya menjadi bualan ramai. Malah warga maya terpegun dengan kejelitaan wajah pengantin perempuan.
Difahamkan Syafiqah ialah lulusan Universiti Teknologi Malaysia dan kini bertugas sebagai juruukur bahan. Anak sulung kepada Datin Fazleen Mat Taha ini juga berusia 24 tahun.
Manakala suami tercinta, Amri berumur 29 tahun merupakan pengedar kereta import di Cahaya Bumi Sdn Bhd dan mendapat pendidikan di Scotland, United Kingdom. Amri juga anak sulung kepada pasangan Aniza Adnan dan Badlishah Borhan. Ibunya pernah mengusahakan bisnes kecantikan dikenali sebagai Kosmetik Sri Mawar.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan pada 18 Januari lalu di Boathouse, Ampang yang menyaksikan Syafiqah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM88,000. Dia dinikahkan oleh bapa kandungnya, Muhammed Azlie dan menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.
Istimewanya, sentuhan jurumekap Thailand iaitu Natpakorn Hansri berjaya menyerlahkan seri wajah Syafiqah yang sememangnya memiliki rupa paras menawan. Kedua-dua pengantin tampil sedondon dalam busana nikah rona putih. Persalinan eksklusif Rizalman Haute Couture menyerlahkan lagi penampilan Syafiqah.
Sementara itu, majlis resepsi gilang-gemilang Syafiqah dan Amri diadakan pada 19 Januari di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Untuk majlis tersebut, pengantin perempuan ditatarias jurusolek ternama, Razzi Musa dan mengenakan persalinan Rizalman Haute Couture.
Majlis nikah dan persandingan mereka diuruskan oleh Weddings by Emma.
Syafiqah turut mengulas konsep majlis resepsinya, “Konsep resepsi saya bertemakan ‘celestial wedding’ atau ‘starry wedding’ dengan gabungan tema galaksi gelap yang elegan. Ia berkonsepkan bulan dan bintang, melambangkan keindahan dan keabadian cinta.
Selain keindahan langit malam, tema ini juga diinspirasikan oleh warna kegemaran Amri iaitu biru yang sangat sesuai dengan suasana magis dan mewah tema ini.”
Seramai 700 tetamu menghadiri majlis berkenaan dan lebih meriah hadirin dimeriahkan dengan persembahan memukau Amy Search.
Bercerita detik perkenalan, tanpa berselindung Syafiqah membuka cerita. “Pada tahun 2023, segalanya bermula apabila ibu bapa kami yang sudah lama mengenali antara satu sama lain semakin rapat selepas ibu saya dan ibu Amri mula bersenam bersama.
Suatu hari, ibu saya menjemput ibu Amri serta keluarga mereka ke rumah kami. Lucunya, Amri tiada pada waktu itu, jadi kami tidak berjumpa. Namun, takdir punya cerita.
Beberapa minggu selepas itu, Amri secara tiba-tiba mengikuti saya di Instagram, dan dari situlah bermula segala-galanya! Kami bercinta selama setahun sahaja dan terus merancang untuk bertunang pada bulan Jun 2024 dan berkahwin pada 18 Januari 2025. Kami percaya bahawa apabila niat kita baik, segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudah insyaAllah.”
Tambahnya lagi, Syafiqah terpikat dengan keperibadian suami tercinta. “Suami saya sangat istimewa kerana dia seorang yang lembut dan penyabar. Sifat-sifatnya yang tenang dan penuh kasih sayang membuatkan saya rasa dihargai dan selesa di sisi beliau. Dia sentiasa memberi sokongan dan sangat memahami saya.”
Siapa yang tak tahu kelihatan awet muda. Bila kelihatan lebih muda daripada usia sebenar dapat meningkatkan keyakinan diri. Lebih penting peningkatan usia pelbagai penyakit dan daya tahan melawan penyakit semakin menurun mula datang menjengah.
Langkah yang paling mudah adalah mencegah sebelum parah. Bagaimana meningkatkan ketahanan tubuh untuk menentang penyakit berbahaya?
Amalan mudah dari sekarang
Tiada istilah terlambat dalam hidup untuk berubah. Andai ada niat dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik mulakan langkah daripada sekarang.
(a) Berjalan setiap hari
Senaman yang paling sesuai untuk adalah berjalan. Berjoging tidak digalakkan kerana boleh mencederakan lutut. Hanya 30 minit dalam sehari untuk meningkatkan kadar denyutan jantung. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus menjadi yang terbaik. Mulakan perlahan-lahan sehingga mencapai sasaran sebenar. Sasaran yang anda perlu capai adalah 10,000 langkah sehari.
Kenapa? Jantung anda lebih sihat (bersenam lima kali seminggu dapat mengurangkan 46 peratus serangan jantung), juga kurang risiko mendapat dementia dan osteoporosis.
(b) Senaman pelvis
Senaman ini penting untuk mengelakkan anda mengawal penyakit lemah kawalan kencing. Senaman ini mudah dilakukan tetapi kita sering terlupa untuk melakukannya. Idea yang mudah jika terlupa untuk melakukan senaman ini adalah dengan; setiap kali membuang air kecil, berhenti, tahan beberapa saat dan kemudian lepaskan. Ulang. Begitu juga jika setiap kali anda mahu ke tandas, cuba bertahan selama 10 saat. Lakukan setiap hari sehingga anda mampu bertahan sehingga dua minit atau lebih.
Kenapa? Latihan setiap hari senaman ini dapat menguatkan lantai pelvis dan mampu mengelakkan hampir 70 peratus masalah lemah kawalan kencing.
(c) Memberus gigi dua kali sehari
Cuba memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Anda juga boleh menggunakan flos yang lebih senang dan mudah digunakan.
Kenapa? Kebersihan mulut dan gigi membantu mengatasi masalah gigi yang boleh mengakibatkan gusi bengkak dan sebagainya yang menyumbang kepada bakteria. Masalah ini secara tidak langsung berkaitan dengan masalah jantung, diabetes, Alzheimer dan kanser pankreas.
(d) Dapatkan cahaya matahari secukupnya
Cahaya matahari pagi kaya dengan vitamin D yang tidak boleh diperoleh melalui pemakanan. Mulai sekarang cuba dedahkan diri kepada cahaya matahari terutamanya waktu pagi sekurang-kurangnya selama 10 minit. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi harus berhati-hati dan gunakan krim tabir suria jika terlalu lama terdedah pada cahaya matahari.
Kenapa? Matahari adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan vitamin D untuk keperluan tubuh. Kebaikan vitamin D ini adalah untuk penyerapan kalsium bagi tulang yang sihat adalah melalui pendedahan pada cahaya matahari.
(e) Taburkan kulit kayu manis
Selain enak untuk masakan kulit kayu manis boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah terutama bagi pesakit diabetes tahap II. Hanya campurkan satu sudu teh kulit kayu manis dalam makanan harian. Ia lebih baik diambil waktu sarapan pagi untuk mengawal pemakanan manis dalam satu hari.
Kenapa? Satu sudu teh serbuk kulit kayu manis mengandungi sama dengan 80gm beri biru antioksidan. Satu sudu teh oregano mengandungi sama dengan secara anggur merah atau brokoli kandungan antioksidannya.
(f) Hiasi pinggan makan
Mungkin sebelum ini pinggan anda lebih banyak nasi berbanding lauk-pauk dan sayur-sayuran. Kini, separuh dari pinggan dipenuhi dengan sayur pelbagai warna, suku pinggan dengan protein, suku pinggan dengan kanji, seperti pasta atau nasi.
Kenapa? Sasaran memilih lebih makanan dengan rendah kalori tetapi masih boleh mengenyangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
30 Mac lalu genap 15 tahun usia puteri tunggal Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya. Meniti usia remaja, Aleesya dilihat saling tak tumpah mewarisi kejelitaan ibunda tersayang. Bahkan dia juga gemar melakukan aktiviti lasak sama seperti primadona cantik berkenaan.
Bersempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-15 baru-baru ini, kedua-dua ibu bapa meluangkan masa meraikan hari istimewa anak tunggal mereka. Malah, potret mereka bertiga yang dikongsikan Engku Emran di media sosial meraih perhatian ramai.
Tidak kurang juga yang memuji tindakan ibu bapa ini yang tetap menjalin hubungan baik meskipun sudah berpisah.
Menerusi luahan Engku Emran, bapa berusia 49 tahun ini menzahirkan rasa terima kasih kepada Erra kerana menjadi ibu terbaik buat Aleesya.
Malah, dia turut mendedahkan kisah di sebalik pemilihan nama Aleesya selepas cahaya mata mereka ini selamat dilahirkan kira-kira 15 tahun lalu.
“Aleesya was a name chosen by her mother 15 years ago which means ‘yang dilindungi’ in Arabic. It was the only name option she chose, and I was forced to agree. I remember we had a friendly argument about it hoping she would offer 2 more names for us to choose from.
In Malay we have this term called ‘naluri seorang ibu’ and the mothership knew the child she was bearing needed that name.
Alhamdulillah till this day, our daughter is always surrounded by people who really love and care for her wellbeing.”
Ujarnya lagi, “Semoga anak ayah terus dilindungi Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan. Sometimes when I get too worried about her, I take a little comfort that her name is Aleesya.
Thank you Erra Fazira for always being the mother that our daughter needs. It’s not easy being a co-parent but I think we are doing ok for showing up every day.
And to Aleesya, both mom and ayah love you so dearly. It means the world to us that you know this because we tell you every day that we love you. Keep soaring to greater heights my love!”
Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya.
Namun jodoh mereka tidak bertahan lama apabila bercerai pada 18 Februari 2014.
Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.