Trend ‘Makeup Artist Segera’ Di Media Sosial, DATIN SAIDATULNISA Percaya Rezeki, Pengalaman Lebih 30 Tahun

Siapa tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang EVERGREEN DAN tidak keterlaluan.”

“Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral

selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.”

LAMBAKAN ‘JURUSOLEK SEGERA’
“Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kebanyakan pelanggan di luar sana tahu kelebihan jurusolek yang mereka pilih.

 

“Saya bukan terlalu memilih cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan, lebih-lebih lagi dengan selebriti ternama dan VVIP. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami.

“Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya agar tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”

 

Datin Saidatulnisa mewarisi bakat solekan daripada Nendanya yang pakar dalam solekan pengantin serta golongan diraja zaman dulu.

“Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.”

 

RAHSIA SOLEKAN
“Tiada rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan petua lama daripada Nenda. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more

’.

“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Paling penting, sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.

Kredit Foto: Instagram Datin Saidatulnisa Aminuddin

IKLAN
Share