Kewibawaan Tan Sri Michelle Yeoh di dunia perfileman antarabangsa memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Selepas terpilih dalam filem, Star Trek Discovery, Crazy Rich Asians, Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of A Geisha James dan Bond Tomorrow Never Dies kini wanita kelahiran Ipoh, Perak ini sekali lagi terpilih untuk menyertai filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Wanita yang mempunyai ketinggian 163 meter ini telah menyuntik inspirasi apabila melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ walaupun sudah berusia 59 tahun. Ini sesuatu yang luar biasa bagaimana Tan Sri Michelle mengekalkan staminanya untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya.
Filem lakonan Tan Sri Michelle juga bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia. Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies yang disiarkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.
Walau bagaimanapun, dalam filem Crazy Rich Asian, Tan Sri Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Hendry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya. Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini sememangnya dikagumi.
Bukan itu sahaja, malah Tan Sri Michelle telah mencipta sejarah, apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC). Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ‘berbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.
Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Tan Sri Michelle juga teruja apabila melihat namanya tersenarai. “Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertaut dua jiwa, akhirnya puteri sulung Ustaz Akhil Hayy kembali jadi isteri, turut hadir ibu kandung menyerikan hari bahagia!
Tanggal 11 Mei 2025 merakam sejarah tersendiri dalam hidup Siti Nur Maisarah. Anak sulung kepada penceramah bebas yang juga suami kepada penyanyi nasyid, Waheeda tersebut menoktahkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan.
Berusia 28 tahun, Sarah yang merupakan seorang model Muslimah dan ibu tunggal memilih pengurus kafe, Zulhilmi Bin Mustapha Kamal, 31 tahun, sebagai suami. Pasangan ini bertemu di sebuah kafe atas dasar kerja namun takdir tertulis sebaliknya.
Biarpun Sarah seorang ibu tunggal, beliau tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan besar dalam hidup. Setelah hampir setahun berkenalan, Zulhilmi akhirnya bertemu dengan ayah Sarah, Ustaz Akhil Hayy, untuk memohon restu bagi perkahwinan mereka.
Keputusan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan ini dilakukan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang yang tulus. Kesungguhan Zulhilmi memikat hati Sarah dan lebih istimewa lagi kerana beliau berjaya menjadi figura bapa yang penyayang kepada anak Sarah, Syed Haydhar Mikhael.
“Alhamdulillah, sangat-sangat baik! Haydhar anak yang sangat susah untuk rapat dengan orang yang dia tak kenali, bahkan keluarga Sarah sendiri pun susah nak jaga atau pegang sebab dia memang taknak orang.
Tapi alhamdulillah suami seorang yang sangat pandai menjaga dan ambil hati budak budak sehingga anak pun lebih clingy dan rapat dengan suami,” luah Sarah tanpa berselindung.
MAJLIS
Majlis akad nikah mempelai ini berlangsung di Surau Damansara Perdana, berdekatan tempat tinggal mereka. Dengan sekali lafaz, Sarah dan Zulhilmi sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM301. Pengantin perempuan turut menerima wang hantaran RM5,000 dan seutas rantai emas.
Kehadiran keluarga kedua belah pihak, sahabat dan rakan artis turut memeriahkan suasana. Sarah turut berkongsi kegembiraan dikelilingi orang-orang tersayang termasuk Abah dan Mama, selain artis seperti Mawi, Radhi Khalid dan Ezlynn.
Turut kelihatan, ibu kandung Sarah yang juga bekas isteri Ustaz Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal menyerikan majlis bahagia puteri sulungnya.
Bakal mengadakan majlis resepsi tidak lama lagi, pasangan sama cantik dan sama padan ini sentiasa memegang nasihat ibu bapa agar saling menjaga, memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Ibu bapa Sarah juga menegaskan pentingnya menjaga agama dan keharmonian dalam rumah tangga. Mudah-mudahan perkahwinan pasangan ini mendapat barakah, sakinah dan mawaddah, juga kekal hingga ke Jannah.
Nampaknya, Pengasas V’ Asia, Datuk Azril Mohd Radzi bakal membuka cabang baharu dalam portfolio perniagaannya dengan memperkenalkan sebuah villa sebagai rumah rehat yang bakal dibuka kepada umum Januri 2023.
Pengeluar produk kosmetik dan kesihatan berasaskan herba asli jenama V’Asia Cosmetic and Healthcare ini berkongsi keterujuaan mengenai ‘cinta terbaharunya’ itu di laman Instagram miliknya semalam.
Alhamdulillah setelah lebih setahun pembinaan, sebuah villa saya dalam kampung berkonsep moden @theestatehulurening kini dibuka untuk tempahan bermula Januari 2023…. Villa dengan kapasiti 5 bilik ini mampu memuatkan sehingga 15 orang dalam satu masa terletak di Kampung Hulu Rening, Batang Kali. Nikmati & rasai suasana dalam kampung, bersebelahan sungai yang sangat jernih dengan kejiranan desa….
Untuk tempahan layari www.theestatemalaysia.com atau 012-2610022
Menurut Datuk Azril ketika dihubungi oleh NONA berkata, The Estate Hulu Rening merupakan villa percutian peribadi yang terletak di Batang Kali, kira-kira sejam memandu ke utara Kuala lumpur.
“Ia adalah retreat house persendirian yang terletak di atas tebing di dalam hutan. Seni binanya adalah berdasarkan topografi kawasan tersebut. Oleh itu, penginapan kami bukanlah hotel atau resort kontemporari yang memberikan keselesaan mewah,” ujar Datuk Azril membuka cerita mengenai villa miliknya itu.
Sambungnya lagi, villa tersebut memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan yang menginap di situ kerana ia menggabungkan alam semula jadi dan seni bina industri.
Bercerita mengenai dari mana tercetusnya inspirasi @theestatehulurening, menurutnya
inspirasi datang dari hobinya yang gemar melancong dan melihat bagaimana industri pelancongan ini berkembang dan memberi inspirasi untuk dirinya mencuba sesuatu yang baharu.
“Kebanyakan orang hanya mengenali saya sebagai usahawan kosmetk. Hakikatnya banyak bidang lain yang diceburi seperti hartanah, rekabentuk, hiasan dalaman dan lain-lain. Jadi ini adalah salah satu usaha saya untuk serius dalam bidang ini.”
Melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Datuk Azril, kelihatan villa persendirian tersebut nampak eksklusif, mewah dan elegan dalam persekitaran yang menghijau. Malah idea dekorasi dalaman juga datang dari ideanya sendiri yang menggunakan konsep industri serta menggabungkan bahan semulajadi seperti rotan, kayu, hasil tangan seperti mozek kayu dan makrami.
“Ada barang hiasan dari dalam dan luar negara. Antaranya karpet dari Istanbul yang dibeli ketika saya melancong ke sana selain perabot dan pasu kayu dari Jepara”.
Menyentuh tentang pembikinan villa ini, ia mengambil masa melebihi setahun untuk disiapkan. Bermula sejak 2020 namun ia terhenti disebabkan PKP. Menurut Datuk Azril, antara cabaran untuk membangunkan villa adalah pemilihan kontraktor disebabkan keadaan bentuk muka bumi yang terletak di cerun.
“Pentingnya kami mendapatkan nasihat kontraktor berpengalaman dan jurutera bertauliah bagi memastikan struktur kukuh dan selamat. Disebabkan terletak di cerun, kami menggunakan structure metal, steel & glass dan fasadnya disokong dari bahagian atas,” ujar Datuk Azril yang sememangnya jatuh cinta dengan keindahan villa tersebut.
Setiap bilik terletak di tingkat mempunyai pemandangan yang berbeza dan penginap boleh menikmati pemandangan ‘nature’ serta mengadap sungai. Penginap juga boleh turun ke sungai untuk beriadah dan bermandi manda.
Dilengkapi dengan utiliti dan kemudahan jacuzzi, bbq pit, ruang santai, firepit dan hammock. Jika musim buah-buahan, penginap juga boleh menikmati buah-buahan dari pokok yang tersedia.
Selain pilot project ini, beliau bercandang membuka beberapa lagi rangkaian The Estate Batang Kali rumah dusun dan setersunya The Estate Setiu yang menghadap pantai Penarik di Kampung Mangkuk .
Manakala pada tahun 2024 pula, beliau bercadang membuka The Estate Bentong yang berkonsepkan cottage farm house.Selain projek di dalam negara, beliau merupakan pemilik The Estate London yang terletak di Caird St W10.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak Covid-19 yang semakin menjadi-jadi kini telah mengakibatkan 63 kematian di Malaysia. Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk melawan takdir dan menahan diri dari kesedihan. Namun, jangan biarkan diri terlalu mengikut perasaan sedih itu.
Berita kematian sememangnya sukar diterima lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang. Namun, penerimaan berita kematian perlu diterima dengan redha kerana bimbang keadaan jiwa lebih terganggu jika tidak dikawal.
Saat berita kematian disampaikan, perasaan terkejut dan sedih bercampur baur. Diikuti dengan tangisan dan teriak yang ada kalanya diluar kawalan. Bagaimana anda menghadapai situasi ini? Apakah cara yang boleh membantu anda untuk mengawal kesedihan dan menenangkan jiwa dari terus dihurung perasaan sedih?
Lain orang, lain caranya
Anda boleh memerhatikan sekeliling. Setiap orang mempunyai cara berbeza menghadapi dugaan, apatah lagi yang melibatkan kematian. Semakin tajam pemerhatian anda, semakin tinggi tahap pemikiran anda untuk membuat kesimpulan apa yang terbaik boleh anda lakukan. Terus menangis? Bertenang? Atau ‘melepaskan’ dengan redha.
Luahkan emosi
Jangan pendam perasaan sedih itu. Menangislah semahunya tetapi jangan sampai berlebihan. Cari seseorang yang anda selesa untuk berdamping dan boleh menjadi pendengar yang baik. Rasulullah SAW sendiri turut menangis semasa kematian isterinya Sayidatina Khadijah.
Bersikap terbuka untuk bercerita, tetapi apabila anda betul-betul bersedia
Ramai yang menghantar kata-kata semangat melalui telefon dan emel. Ada juga yang bertanya khabar anda serta cerita di sebalik kematian yang anda hadapi. Anda boleh ambil masa untuk tidak membalas mesej itu. Berikan ruang dan masa untuk anda kembali tenang dan berceritalah sebaik anda sudah bersedia. Jangan bimbang, mereka pasti faham.
Perbanyakkan selawat dan zikir
Bagi anda yang beragama Islam, sentiasa basahkan bibir dengan zikir dan selawat. Cuba kawal perasaan dengan mendengar alunan al-Quran dan perbanyakkan membaca Al-Fatihah. Selain ketenangan untuk anda, bacaan ini juga sebagai sedekah untuk arwah. Jangan lupa, doa anak soleh akan sampai terus kepada kedua ibu bapanya.
Terima kunjungan sahabat
Benar anda sedang bersedih tetapi jangan sisihkan kawan-kawan yang datang menziarah. Malah tidak salah jika anda menghubungi mereka dan meminta mereka menemani anda seketika. You need a shoulder to cry on.
Tempeh tiket percutian
Anda boleh menempah tiket percutian ke mana-mana tempat pilihan untuk meredakan kesedihan. Lebih selamat jika anda membawa seseorang bersama. Ingat, yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu meneruskan kehidupan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.