Amboi, tudung bawal Che Ta ‘laku keras’ di pasaran! Pelakon yang juga usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai dek tudung bawal keluaran baharunya yang bertatah mutiara laris di pasaran.
Mana tidaknya, tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi tersebut bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Khabarnya dalam masa kurang dua jam, sebanyak 20,000 helai tudung bawal Che Ta telah berjaya dijual!
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Tidak menyangka penerimaan pelanggan terhadap tudung tersebut meraih sambutan menggalakkan, usahawan berusia 50 tahun ini meluahkan rasa syukur.
Ads
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.”
Bawal Che Ta yang diperbuat daripada material cotton voile terdapat dalam pelbagai variasi warna menarik. Antaranya beige, kelabu, biru dan merah jambu.
Ads
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Ads
Kredit Instagram @rozitachewan1
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Che Ta menjual produk keluarannya dengan harga mampu milik.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin.
Difahamkan inai tersebut sudah terjual sebanyak 100,000 kotak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekejaman terhadap kucing terutama kucing jalanan merupakan masalah yang memberi kesan bukan sahaja kepada haiwan malahan kepada orang yang mengambil berat tentang mereka.
Melihat kepada kepentingan sesebuah masyarakat membantu meminimumkan masalah kesihatan ekoran daripada masalah pengabaian yang berkaitan kucing jalanan dan tanggungjawab untuk tidak mewujudkan sebarang diskriminasi terhadap kucing jalanan, Sekretariat B.E.L.A.S. Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pameran Kucing Jalanan 2023, “Oyen: Cerita Tentang B.E.L.A.S.”.
Menurut Penasihat Utama Sekretariat B.E.L.A.S. yang juga pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan, Dr. Ainul Mohsein Abdul Mohsin, pameran ini bertujuan untuk menggambarkan realiti kehidupan harian kucing jalanan yang tidak mendapat pembelaan mahupun persekitaran kondusif bagi kelangsungan hidup.
“Pameran ini mengetengahkan bahawa pentingnya masyarakat sekitar terutama sekali institusi pengajian tinggi yang berwibawa seperti USM, untuk menangani isu kucing yang dianiaya dan juga kucing terbiar di kampus universiti sebagai masalah yang penting untuk ditangani dan diurus.”
Tambahnya, pameran ini bukan sahaja dibuka kepada pelajar dan pekerja di USM malahan terbuka kepada masyarakat luar untuk menyertainya. Kumpulan sasaran utama bagi pameran ini adalah terdiri daripada generasi muda yang sedang meningkat ke alam remaja atau dewasa kerana dilihat golongan ini merupakan golongan yang akan membentuk corak peradaban dan sahsiah generasi akan datang.
Ujar Dr. Ainul lagi, melalui amalan konsep perasaan belas kasihan atau ‘B.E.L.A.S.’ untuk kucing yang dianiaya dan kucing terbiar, generasi muda dapat membina sahsiah dan jati diri sebelum mereka meningkat dewasa. USM dengan moto “Kami Memimpin” muncul sebagai model persuasif dalam masyarakat.
Tambahan pula, falsafah HEBAT USM adalah untuk membangunkan pelajar yang bersifat holistik justeru, Pameran ini adalah pintu kepada pendedahan untuk generasi muda dan peluang untuk kucing di bawah perlindungan untuk dijaga dan dipelihara.
“Melalui Pameran Kucing Jalanan 2023, “Oyen: Cerita Tentang B.E.L.A.S.” ini, kami berhasrat untuk menyemai nilai B.E.L.A.S. yang terdiri daripada nilai Kepercayaan (Believe), Empati (Empathy), Cinta (Love), Kasih Sayang (Affection) dan Keselamatan (Salvation) dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda terhadap alam terutama sekali terhadap kucing jalanan.
“Selain daripada menanam nilai B.E.L.A.S. dalam diri masyarakat, pameran ini juga merupakan pameran yang membolehkan setiap lapisan masyarakat meneroka kapasiti mereka dalam menterjemahkan perasaan kasih sayang dalam bentuk tindakan yang dapat menyumbang dan memberi impak dalam membentuk sahsiah dan jati diri individu dan masyarakat,” tambahnya lagi.
Dr. Ainul menegaskan, usaha yang cuba diketengahkan ini selaras dengan nilai teras HEBAT iaitu BALANCED yang menunjukkan sifat proaktif, sanggup berkorban jati diri yang tinggi, bermoral, penampilan yang positif, berdikari, rendah diri dan empati yang menjadi salah satu elemen dalam agenda utama USM dalam melahirkan graduan dan modal insan berkualiti.
Terdahulu, pameran ini telah dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM.
Pameran ini bermula pada 16 Januari hingga 7 April 2023, Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM.
Herbalife Nutrition komited menyediakan penyelesaian masalah nutrisi seperti obesiti dengan memberi pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.
Herbalife Nutrition memulakan kempen sarapan sihat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu obesiti di Malaysia yang berada pada tahap tinggi. Kesedaran amat penting bagi memupuk tabiat makan yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia.
“Kadar obesiti di Malaysia kian meningkat saban tahun. Pentingnya kami membendung masalah ini, lebih-lebih lagi obesiti sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti sindrom metabolik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang mengurangkan kualiti hidup,” jelas Pengurus Besar Sub-Wilayah, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura iaitu Sridhar Rajagopalan.
Menurut Dr. Julian Alvarez, ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition, pengambilan makanan pertama setiap hari sangat penting. Mereka yang mengambil sarapan biasanya mempunyai tabiat makan yang sihat sepanjang hari. Ini memberi kesan positif terhadap keseluruhan kesihatan mereka termasuk pengurusan berat badan dan pencegahan penyakit yang lebih baik.
“Jumlah kilojoule yang disyorkan bagi menyediakan sarapan seimbang ialah 15%-25% daripada jumlah pengambilan tenaga harian. Julat ini berbeza mengikut umur, jantina, keperluan tenaga harian dan gaya hidup seseorang,” katanya.
Tidak mengambil sarapan boleh mengurangkan kualiti diet dan faktor risiko kardio-metabolik. Ia juga boleh menyebabkan makan secara berlebihan dalam sehari. Selaras dengan tujuan Herbalife Nutrition, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih kerap bersenam.
Salah satu penyumbang utama obesiti di Malaysia ialah kurangnya atau tidak terlibat dalam aktiviti fizikal. Walaupun kadar obesiti amat membimbangkan, perlu diingat ada cara untuk memeranginya. Dengan tabiat makan yang betul terutama semasa sarapan dan beraktiviti fizikal yang cukup, gaya hidup aktif sihat dapat dicapai.
Herbalife Nutrition melancarkan Pek Sarapan Sihat terdiri daripada Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, Herbal Aloe Concentrate Mix and Tea Mix. Pek Sarapan Sihat menyediakan kombinasi ideal kerana Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink yang berglycemic rendah merangkumi protein, serat dan karbohidrat berkualiti untuk memulakan hari.
Herbal Aloe Concentrate Mix pula membantu penyerapan nutrien serta menyokong sistem pencernaan yang sihat. Bagi kesihatan menyeluruh, Tea Mix yang mengandungi kafein semula jadi berfungsi sebagai alternatif rendah kalori untuk memberikan rangsangan tenaga. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Janna Nick sah bergelar isteri kepada aktor, Dini Schatzmann dengan hanya sekali lafaz tepat jam 8.35 pagi di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah binti Muner, 28.
Mereka dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.
Dalam majlis tersebut yang diadakan di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 sertas seutas rantai emas.
Dalam pada itu, ahli keluarga kedua belah pihak dilihat sedondon mengenakan busana berona putih.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut. Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah merekam Melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini. “Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah.
Sementara itu, Dini berkata, mereka memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe. Thailand. “Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu, katanya.
“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” katanya.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat. Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya.
Tahniah sekali lagi NONA ucapkan, dan selamat melayari alam berumahtangga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.