Tudung Bawal CHE TA Cetus Fenomena, Bertatah Mutiara & Jual Harga ‘Marhaen’ Jadi Rebutan!

Amboi, tudung bawal Che Ta ‘laku keras’ di pasaran! Pelakon yang juga usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai dek tudung bawal keluaran baharunya yang bertatah mutiara laris di pasaran.

Mana tidaknya, tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi tersebut bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.

Khabarnya dalam masa kurang dua jam, sebanyak 20,000 helai tudung bawal Che Ta telah berjaya dijual!

Kredit Instagram @rozitachewan1
Kredit Instagram @rozitachewan1
Kredit Instagram @rozitachewan1

Tidak menyangka penerimaan pelanggan terhadap tudung tersebut meraih sambutan menggalakkan, usahawan berusia 50 tahun ini meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.”

Bawal Che Ta yang diperbuat daripada material cotton voile terdapat dalam pelbagai variasi warna menarik. Antaranya beige, kelabu, biru dan merah jambu.

Kredit Instagram @rozitachewan1
Kredit Instagram @rozitachewan1

Kredit Instagram @rozitachewan1

Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Che Ta menjual produk keluarannya dengan harga mampu milik.

Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin.

Difahamkan inai tersebut sudah terjual sebanyak 100,000 kotak.

IKLAN
Share