Alhamdulillah, bertambah lagi usia Tun Dr Mahathir Mohamad tahun ini. Genap berusia 98 tahun pada 10 Julai lepas, pemimpin terkenal dunia tersebut sentiasa berada di ingatan rakyat termasuk para selebriti yang menyanjungi jasa dan bakti beliau.

IKLAN

Dalam usia hampir mencecah seabad, Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik dan tampil ceria. Seperti diketahui umum, beliau cukup menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Terharu menerima ucapan dan doa daripada masyarakat bersempena ulang tahun kelahiran ke-98, Tun Dr Mahathir menerusi media sosial miliknya mengucapkan penghargaan atas ingatan berkenaan.

VIDEO UCAPAN TUN M ATAS INGATAN HARI LAHIR BELIAU 

Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial

“Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Jadi yang ke-98 bagi diri saya. Saya amat hargai ingatan tuan dan puan berkenaan dengan umur dan hari lahir saya.

Thank you very much for your comments, support, and criticisms. I hope to continue being of service to those who still support me.”

Meskipun sudah meniti usia emas namun kegigihan Tun Dr Mahathir membangunkan tanah air tidak pernah pudar. Beliau sentiasa memantau perkembangan negara dan terkenal dengan sikapnya yang mencintai ilmu.

Sepanjang mentadbir negara lebih dua dekad, kredibiliti Tun Dr Mahathir dipandang tinggi banyak pihak termasuk dari luar negara.

Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial

Lebih membanggakan, anak kelahiran Kedah ini merupakan satu-satunya pemimpin yang dilantik sebagai Perdana Menteri dua kali iaitu Perdana Menteri keempat dan Perdana Menteri ketujuh.

IKLAN

Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Nama Tun Dr Mahathir Mohamad terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia.

Beliau juga berjaya membuktikan bahawa usia hanyalah angka! Bapa Pemodenan ini kekal sihat dan mampu bergerak aktif pada usianya sekarang dan merupakan bapa kepada Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukriz, Maizura dan Mazhar.

IKLAN
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial

Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada Ogos 1956 yang menyaksikan usia perkahwinan mereka bakal mencecah 67 tahun. Pun begitu, kemesraan suami isteri ini tetap kelihatan meskipun ketika berada di khalayak. Ke mana saja mereka pergi pasti Tun Siti Hasmah menemani dan saling erat memimpin tangan.

21 Jun lepas, Tun M melawat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersama isteri tercinta.

Tun M juga menerima pengiktirafan daripada Bosnia atas keprihatian pemimpin ini terhadap negara berkenaan yang dilanda pergolakan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial
Tun Dr Mahathir Cecah 98 Tahun, Rakyat Banjiri Media Sosial ‘CHEDET’ Doa Keafiatan Bekas PM Ini!
Kredit Instagram @chedetofficial

Monumen yang terukir nama Mahathir bin Mohamad di Kemal Monteno Park di Sarajevo dengan arca burung merpati adalah simbolik kepada kesungguhan Tun M membawa keamanan di peringkat global.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI