Tunai Haji Bukan Hanya Ditemani Suami, Madu Pun Ada Sekali. Untung DATO’ NURULHIDAYAH

Setiap tahun apabila tibanya musim haji pastinya ramai umat Islam yang akan pergi ke tanah suci Mekah bagi melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Hanya insan-insan yang terpilih saja berpeluang menjadi tetamu Allah SWT dan kali ini giliran Dato’ Nurulhidayah menjadi antara umatNya mendapat peluang untuk mengerjakan haji.

Apa yang menariknya, Dato’ Nurulhidayah bukan sahaja ditemani suami tercinta, Dato’ Saiful Nizam, bahkan madunya Datin Bahazanariah dan ibu mertua Fatimah Hamid turut bersama-sama dalam perjalanan ini.

Seronoknya dapat mengerjakan haji bersama-sama insan tersayang dalam hidup. Walaupun hidup bermadu, Dato’ Nurulhidayah dan Datin Zana dapat menyesuaikan diri dengan baik dan mereka dilihat seperti adik-beradik. Tidak seperti kehidupan bermadu pasangan lain yang sentiasa berperang mulut untuk ‘merebut’ suami dan tunjuk siapa yang paling hebat.

 

Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini turut berkongsi perjalanan mereka ketika berada di Mekah di laman instagram miliknya.

Nona mengucapkan semoga semua urusan kalian di sana dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Doa-doakan kami juga yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT itu.

IKLAN
Share