Setiap tahun apabila tibanya musim haji pastinya ramai umat Islam yang akan pergi ke tanah suci Mekah bagi melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Hanya insan-insan yang terpilih saja berpeluang menjadi tetamu Allah SWT dan kali ini giliran Dato’ Nurulhidayah menjadi antara umatNya mendapat peluang untuk mengerjakan haji.
Apa yang menariknya, Dato’ Nurulhidayah bukan sahaja ditemani suami tercinta, Dato’ Saiful Nizam, bahkan madunya Datin Bahazanariah dan ibu mertua Fatimah Hamid turut bersama-sama dalam perjalanan ini.
Seronoknya dapat mengerjakan haji bersama-sama insan tersayang dalam hidup. Walaupun hidup bermadu, Dato’ Nurulhidayah dan Datin Zana dapat menyesuaikan diri dengan baik dan mereka dilihat seperti adik-beradik. Tidak seperti kehidupan bermadu pasangan lain yang sentiasa berperang mulut untuk ‘merebut’ suami dan tunjuk siapa yang paling hebat.
Ads
Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini turut berkongsi perjalanan mereka ketika berada di Mekah di laman instagram miliknya.
Nona mengucapkan semoga semua urusan kalian di sana dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Doa-doakan kami juga yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Segalanya tak mustahil kalau ada kemahuan dan kesungguhan.
Nama Zed Zaidi sememangnya tak asing lagi di kalangan penggiat seni tanahair. Pelakon, guru lakonan serta Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini baharu saja menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Kepimpinan dan Pengurusan) dari City University Malaysia baru-baru ini.
Zed menyifatkan kejayaannya itu adalah berkat sokongan keluarga, isteri, anak-anak serta ibu yang menjadi sumber kekuatannya untuk terus tabah menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian.
Memetik perkongsian Zed kepada Kosmo!, dia yang kini berusia 43 tahun memulakan sesi pengajian Ijazah Sarjananya itu ketika negara berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Saya mula belajar ketika PKP dengan banyak cabaran dan halangan ketika itu. Syukur hari ini dapat juga habiskan pengajian berkat sokongan keluarga, isteri, anak-anak dan juga ibu saya,” kongsi Zed yang pernah bergelar juara Hero Remaja 2001 ini.
Menurut pemilik nama penuh Rozaidi Abdul Jamil ini, ibunya adalah tunjang utama serta pembakar semangat untuk dia terus berjuang dalam akademik.
“Ibu tunjang utama kekuatan dan dia pembakar semangat untuk saya terus berjuang mencapai impian meraih pendidikan setinggi mungkin.”
Zed turut menyifatkan Ijazah Sarjana yang diterimanya itu sangat relevan dengan tanggungjawabnya sebagai guru lakonan dan ahli NGO.
“Akhirnya saya dapat menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang yang dekat dengan kerjaya saya. Lega rasanya apabila mampu menamatkan pengajian satu tahun itu.
“Pencapaian ini amat dekat dengan apa yang saya perjuangkan, kepimpinan dan pengurusan ini sangat penting untuk saya memandangkan saya ahli NGO dan guru lakonan.”
Pada masa sama, pelakon filem Pontianak Menjerit itu berharap agar pencapaian tersebut menjadi contoh kepada anak-anak serta ahli bawah didikannya.
“Tujuan saya antara lain ialah menjadi contoh kepada insan sekeliling. Maksudnya kepimpinan melalui teladan.
“Jadi, apabila saya boleh buat (sambung belajar) Ahli Jawatankuasa NGO dan anak-anak saya akan terinspirasi dengan pencapaian ini.”
Zed juga mengharapkan agar kejayaannya itu menjadi pencetus semangat kepada masyarakat untuk terus mencapai kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
Untuk info, sebelum berada dalam industri seni Zed Zaidi pernah bergelar pegawai perbankan. Setelah berjaya menjadi juara pencarian Hero Remaja 2001 kehidupannya mula berubah sehinggalah kini diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh dengan penulisan pengacara terkenal, Fedtri Yahya sempena ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini di media sosial. Keikhlasannya menzahirkan rasa syukur dan bahagia melayari rumah tangga menerusi penulisan tersebut nyata berjaya menyentuh hati mereka yang membacanya.
Tanggal 28 Mei lepas genap 15 tahun usia perkahwinan Fedtri Yahya dengan suri hati kesayangan, Nur Anati Ismail.
Mengimbau kembali detik disatukan, personaliti televisyen yang juga penulis lirik ini tampil segak berbusana sedondon putih di sisi isteri tercinta yang merupakan seorang guru.
Sempena ulang tahun perkahwinan, Fedtri berkongsi momen ijab kabul pada 2011 dan tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta.
“28 Mei. Alhamdulillah. 15th anniversary. Syukur ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan dalam membina bahagia bersama isteri dan anak-anak.
Jatuh cinta memang mudah. Perkara biasa bagi manusia. Namun untuk bangunkan cinta saat jatuh dalam hidup, memerlukan seni kesabaran yang tinggi.
Hidup tak semuanya indah. Ujian adalah sahabat untuk mendewasakan insan, sekalipun bertalu tanpa pesan dan isyarat.
Syukur Allah kurniakan seorang isteri yang sanggup berkorban demi melihat rumah ini terus bercahaya dengan suapan kasih, belaian ikhlas, keringat ujian, tirai sabar dan hamparan setia.”
15 tahun hidup bersama bukan satu tempoh yang singkat. Sudah pasti sepanjang tempoh itu, pelbagai suka dan duka dilalui pasangan ini namun berkat kesabaran mereka mampu mengharungi dugaan dengan baik.
Dedah Fedtri, “Ada waktu, fasa hidup berputar laju. Anak-anak membesar pantas. Kerjaya sentiasa penuh ritma. Lelah dan lesu. Namun, kefahaman itulah yang menjadi jambatan untuk bertahan sekalipun tidak disuarakan. Tiada jalan lain, hanya kesabaran.
Isteri saya selalu cakap, dia dahulukan saya dalam setiap doanya. Itulah antara asbab ada saja rezeki untuk kami sekeluarga.
Saat saya berkejar mencari rezeki, Allah hadirkan kekuatan untuknya mengalun simfoni rumah tangga dengan pelbagai rentak kerenah anak.”
Kesederhanaan Fedtri Yahya dan Nur Anati membentuk keluarga kecil mereka cukup memberi inspirasi. Enggan melihat kekurangan sebagai satu kelemahan, kedua-duanya tenang melalui kehidupan di samping cahaya mata kesayangan.
“Semua yang ada di rumah sederhana kita, adalah permata. Tumpahan air, koyakan di dinding, susun atur yang tidak selari hiasan.
Tak mengapa. Itu tanda rumah kita hidup. Bukan muzium sepi yang berteman debu. Semua suara dan riuh di rumah kita adalah bahasa langit untuk kita raikan. Semoga cinta ini diberkati selalu.”
Fedtri Yahya mendirikan rumah tangga bersama Nur Anati Ismail pada 28 Mei 2011. Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Semoga rumah tangga Fedtri dan Ananti sentiasa dalam lindungan Allah serta bahagia berpanjangan sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki datang tanpa disangka. Siapa sangka Mariah Idrissi melakar sejarah tersendiri bergelar hijabi pertama yang menghiasi kempen jenama high street H&M.
Pada tahun 2015 wanita yang berusia 30 tahun ini telah menjadi bualan orang ramai apabila muncul sebagai hijabi pertama terpilih untuk menghiasi majalah tersebut.
Selepas muncul dalam kempen yang bergelar “Close The Loop” yang menampilkan koleksi daripada ulang siar pakaian lama. Model hijabi ini terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Bukan hanya sebagai model malah sebagai aktivis kemanusiaan.
Wanita yang mempunyai nama sebenar Lalla Maria Derissy ini telah dilahirkan di England dan memulakan karier modelling sejak usia 14 tahun lagi.
Rezeki datang tanpa disangka sejak daripada itu Mariah Idrissi telah muncul dalam pelbagai iklan video dan bercetak untuk kempen iklan. Ekoran daripada itu, nama Mariah tular dan mendapat liputan meluas daripada media-media Utama British dan majalah ternama, Elle, Marie Claire dan Teen Vougue.
Namanya sekali lagi tular pada tahun 2016 apabila apabila berjaya memasuki agensi modelling ternama Inggeris dan Eropah, Select Model Management. Beliau dikatakan sebagai model pertama yang memakai hijab yang membuat kolabrasi dengan agensi model tersebut.
Selain cemenrlang dalam bidang modelling wanita ini juga aktif sebagai speaker. Pada tahun 2016 beliau muncul di persidangan TEDxTeen di London membahaskan tentang isu ‘Changing the Face of Fashion’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!