Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira umur mahupun status. Puncanya juga berbeza-beza antaranya keturunan, perubahan bentuk fizikal, persekitaran, tabiat pemakanan dan gaya hidup.
Jika anda disahkan menghidap tekanan darah tinggi maka jangan ambil mudah. Ini kerana tekanan darah tinggi yang serius ada hubung kait dengan penyakit jantung, gangguan otak, mata dan ginjal. Maka, tekanan darah tinggi perlu ditangani lebih awal dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya mengamalkan buah-buahan setiap hari. Semoga ikhtiar ini menjadi penawar demi memiliki kesihatan yang baik.
Berikut 6 buah-buahan dipercayai mampu menormalkan tekanan darah tinggi:
PISANG
Buah yang lazat lagi berkhasiat ini kaya dengan sumber kalium yang bermanfaat dalam kawalan tekanan darah. Golongan dewasa disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 4.700 miligram kalium sehari. Selain membantu menstabilkan tekanan darah, kalium juga baik untuk kesihatan ginjal. Manakala kandungan potassium juga membantu mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah.
Ads
KIWI
Kajian menunjukkan bahawa kiwi dapat membantu mengurangkan tekanan darah pada penderita tekanan darah tinggi. Amalkan makan tiga biji buah kiwi setiap hari selama 8 minggu secara konsisten, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
DELIMA
Merujuk kepada jurnal Plant Foods for Human Nutrition (2012), meminum secawan jus buah delima selama 28 hari secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kesan kandungan antioksidan di dalamnya yang membantu menurunkan tekanan darah dalam jangka masa yang singkat.
Ads
TEMBIKAI
Kajian Journal of Hypertension (2012) menunjukan bahawa memakan ekstrak buah tembikai dapat membantu menurunkan tekanan darah pada golongan dewasa, dengan pra-hipertensi atau hipertensi ringan. Penurunan tekanan darah yang terjadi pada pergelangan kaki dan arteri utama lengan atas.
Ads
APRIKOT
Merupakan sumber kalium dan vitamin A yang sangat bagus untuk badan. Kandungan kaliumnya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi agar kembali normal. Selain itu, aprikot turut membantu dalam mengawal kadar kolesterol dan lemak.
UBI BIT MERAH
Meminum jus ubi bit merah (beet fruit) turut dipercayai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam jangka masa pendek. Kajian oleh Dietary Nitrate Provides Sustained Blood Pressure Lowering in Hypertensive (2015) menunjukkan dengan meminum 250ml jus ubi bit merah selama sebulan secara berturut-turut membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain dibuat jus, ubi bit merah juga boleh dicampur bersama salad atau dijadikan kudapan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang mengenakan kanta lekap sebenarnya mengundang risiko tertentu terhadap kesihatan mata. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi realitinya sudah ramai di antara mereka mengalami masalah penglihatan akibat kesan penggunaan kanta lekap yang tidak diiktiraf dan kurang peka terhadap aspek kebersihan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan Jennifer Cope iaitu pegawai perubatan di Waterborne Disease Prevention Branch of the Centers for Disease Control and Prevention dan pasukannya mendapati 81 peratus belia dan 88 peratus orang dewasa terjebak dengan sekurang-kurangnya satu kesalahan penggunaan kanta lekap sekali gus meningkatkan risiko jangkitan mata.
“Amalan kebiasaan yang dilakukan kebanyakan individu sehingga mengalami jangktian mata termasuk tidur dengan kanta lekap, tidak menggantikan bekas dan kanta lekap itu sendiri dengan cara yang betul di samping gemar memakai kanta lekap ketika berenang,” ujar Jennifer.
Penggunaan kanta lekap sebenarnya tidak membahayakan pengguna namun langkah pencegahan daripada terkena jangkitan mata harus diutamakan. Ini kerana pemakaian kanta lekap adalah cukup sensitif terhadap mata lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal kebersihan. Cara terbaik untuk melindungi mata anda dan memelihara penglihatan adalah menerusi rutin penjagaan kanta lekap yang sempurna.
Cara Untuk Memastikan Kanta Lekap Selamat Dipakai
Jika terasa jangkitan pada mata, segera tanggal kanta lekap. Mata merah, sakit dan gatal merupakan antara tanda berlakunya jangkitan pada mata. Elakkan memakainya selama beberapa hari dan jika masih mengalami perkara sama, segera berjumpa pakar mata
Jangan sesekali tidur bersama kanta lekap. Ia antara penyebab utama yang mengundang jangkitan. Meskipun hanya tidur sebentar dalam keadaan masih memakai kanta lekap, ia tetap meningkatkan risiko jangkitan sehingga enam ke lapan kali ganda. Ingat, mata memerlukan oksigen dan kegagalan menanggalkannya sewaktu tidur mengehadkan kemasukan oksigen untuk mata
Tukar kanta lekap ikut tempoh ditetapkan. Jika ‘jangka hayat’ kanta lekap hanya sesuai dipakai untuk seminggu atau pun 30 hari, pastikan anda tidak menggunakannya melepasi tempoh tersebut. Penggunaan kanta lekap lebih lama daripada yang sepatutnya akan menggalakkan pembiakan bakteria dan meningkatkan risiko jangkitan
Jangan basuh kanta lekap dengan air sinki. Ini kerana ia mengandungi parasit yang mampu menjejaskan penglihatan dikenali sebagai acanthamoeba keratitis. Untuk langkah selamat, elakkan mandi atau basuh muka anda ketika masih memakai kanta lekap. Situasinya sama jika membasuh kanta lekap dengan menggunakan air sinki. Tangan juga harus bersih dan kering sebelum menyentuh kanta lekap
Jangan memakai kanta lekap ketika berenang. Kepelbagaian mikroorganisma yang hidup dalam air kolam renang adalah sama seperti yang ditemui dalam air sinki. Untuk itu, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum berenang.
Cara membersihkan kanta lekap yang salah
Guna fresh solution setiap hari. Jika lihat cecair pembersih kanta lekap dalam bekas berkurangan, jangan hanya menuang dan menambah cecair tersebut ke dalamnya semata-mata. Sebaliknya, anda perlu pastikan bekas itu kosong dan bersih terlebih dahulu setiap kali menanggalkan kanta lekap dan isikan dengan cecair baru apabila ingin menyimpannya ke dalam bekas semula.
Tukar bekas kanta lekap secara berkala. Sebaiknya, tukar bekas kanta lekap yang baru apabila tempoh penggunaan kanta lekap sudah tamat. Ia baik untuk mengelakkan pembiakan bakteria di dalamnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi peminat penyanyi nombor satu negara. Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi ini sempena Konsert Sentuhan Kasih Diraja Perlis yang bakal berlangsung pada 6 April 2019 yang akan datang.
Sambil berhibur , konsert yang dianjurkan untuk mengutip dana untuk empat badan bukan kerajaan di Perlis iaitu Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah, Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra, Persatuan Pandu Puteri cawangan Perlis dan Persatuan Pengakap Malaysia negeri Perlis.
Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan termasuklah Dato Seri Siti Nurhaliza, Dato Yusni Hamid, Adibah Noor,Deja Moss dan Khai Bahar. Lebih istimewa, konsert ini turut mengundang penyanyi popular dan evergreen dari Indonesia, Harvey Malaiholo untuk turut serta memeriahkan konsert amal yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan artis-artis ini akan dipimpin oleh konduktor muzik tersohor, Dato’ Mokhzani serta Orkestra RTM.
Tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa ini boleh didapati pada harga RM2000, RM800, RM400 dan RM250. Semoga sumbangan dari para peminat dapat membantu empat badan bukan kerajaan di Perlis ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari penganjuran majlis tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak adalah generasi masa depan dan kesihatan mereka harus sentiasa dilindungi agar mereka dapat mencapai potensi sebenarnya.
Inilah yang mendorong jenama farmaseutikal Appeton melancarkan pembungkusan baru rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ bersama duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.
Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia ke angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton. Pengalaman beliau yang bekerja keras untuk menjadi seorang doktor tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan boleh menjadi inspirasi terbaik pada golongan cilik.
Ceritanya sewaktu kanak-kanak, beliau sentiasa terpesona dengan dunia angkasa lepas yang menakjubkan. Mujurlah ibu bapanya menyokong dari awal lagi, mereka memupuk minat, memberi galakan serta memastikan zaman kanak-kanaknya sihat.
“Kini sebagai seorang bapa kepada empat cahaya mata, saya pula berusaha agar anak-anak saya sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia.
Maka apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya terus berkata ya. Jadi saya berharap penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘memiliki impian besar’, serta mengingatkan ibu bapa agar memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi. Siapa tahu suatu hari nanti, mereka juga dapat mencapai bintang-bintang!” ujarnya.
Acara pelancaran di Damansara itu menyaksikan ibu bapa dan anak-anak menyertai pelbagai permainan pentas, kuiz, seni pasir, seni dan kraf serta teka-teki abjad. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya turut dipaparkan dalam iklan TV serta papan iklan Dream Big Appeton di sepanjang lebuh raya terpilih di seluruh Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Dari kiri: Angkasawan Negara, Datuk Dr. Syeikh Muszaphar; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah; dan Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma, Cheah Ming Loong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.