Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menerhadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. NONA kongsi 5 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.

Ads

KUASAI BUSANA BASIC
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.

Ubah Gaya Lesu Dengan Kuasai 5 Tip Fesyen Mudah IniPILIH CORAK GELAP
Pattern semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih stail yang memiliki latar gelap atau corak yang bertona.

Ubah Gaya Lesu Dengan Kuasai 5 Tip Fesyen Mudah IniBIJAK PILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa satu-satu busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah pengetahuan yang perlu ada buat setiap fashionista! Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan ‘terseksa’. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau sutera dan cotton blends.

Ads

Ubah Gaya Lesu Dengan Kuasai 5 Tip Fesyen Mudah IniALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ngam-ngam tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang ‘yes’! Peraturan yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek. Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalam pendek. Jika memakai cropped jacket sebaiknya labuhkan top anda.

Ads

Ubah Gaya Lesu Dengan Kuasai 5 Tip Fesyen Mudah IniJANGAN OVER!
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sophisticated, beringat apabila beraksesori. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI