Umur 34, Ada Helikopter & Bank Sendiri, Mewahnya Maharani Kemala Sampai Digelar Crazy Rich Bali!

Cantik dan kaya-raya, kemewahan yang dimiliki tycoon kosmetik Indonesia bernama Kadek Maharani Kemala Dewi atau Maharani Kemala ini nyata bukan biasa-biasa. Pada usia 34 tahun, beliau memiliki banyak perniagaan hebat termasuk syarikat menyewa helikopter peribadi di Pulau Bali.

Cukup viral di TikTok kerana gaya hidup mewahnya yang mengejutkan, Maharani Kemala sering menjadi perhatian netizen.

Selain kerjaya, sosok jelita ini rajin ber-OOTD dalam persalinan mahal, koleksi barangan kemas, himpunan Hermes dan pelbagai kenderaan seperti supercars serta helikopter miliknya.

Maharani Kemala dikelilingi jenama mewah kesayangan

 

Liburan di pelbagai destinasi peranginan terkemuka dunia

 

Gaya profesional ke tempat kerja

 

Berlatarkan helikopter kepunyaannya

 

Gaya unggul Crazy Rich Bali

 

 

Dilahirkan pada 3 September 1988, wanita Bali berusia 34 tahun ini bukanlah pewaris kekayaan keluarga, sebaliknya beliau bekerja keras dari bawah untuk membangunkan empayar perniagaan.

Sebelum menjadi usahawan, wanita lulusan Fakulti Teknologi Pertanian dari Universiti Udayana, Bali ini juga pernah bekerja di sektor perbankan.

Segalanya bermula apabila Maharani Kemala menubuhkan perniagaan kosmetik bersama Sandy Purnamasari iaitu MS Glow.

Dalam tempoh yang singkat, produk MS Glow mula meniti bibir pengguna Indonesia, berkat promosi rancak termasuk iklan-iklan di dalam kapal terbang.

Bangunan Urban Company

 

Pasangan usahawan berjaya Bali

 

Pengasas kosmetik MS Glow

 

Rajin mempromosikan sendiri produk MS Glow

 

SUMBER KEKAYAAN

Masih tidak puas dengan kejayaan MS Glow, Maharani Kemala yang merupakan isteri Dewa Gede Adiputra dan ibu kepada Dewa Gede Darren Mahaputra mengambil keputusan untuk membuka MS Glow Aesthetic Clinic.

Beliau juga menubuhkan kilang kosmetik sendiri iaitu Urban Indo Manufactur di Tangerang, Banten.

Satu persatu usahanya mula menampakkan hasil. Di bawah empayar Urban Company, Maharani Kemala sebagai Ketua Pegawai Eksekutif semakin ligat menyusun rentak.

Syarikat ini menaungi beberapa perniagaan seperti MS Glow, CV Tub Beauty, CV Urban Bali Property, PT Urban Indo Manufactur dan CV MS Glow Aesthetic Clinic.

Sentiasa mengambil tahu operasi syarikat

 

Memetik temu bual wanita inspirasi ini dari Tribun Bali, beliau akui bahawa hidupnya sangat beruntung. Namun ia juga disertai kerja keras, sikap pantas membuat keputusan dan pasukan yang handal kerana semuanya tak akan terwujud seorang diri.

“Ketika baru bermula, saya cuma bermodalkan sebuah motosikal untuk berulang-alik ke pejabat dan COD barang-barang. Sebagai reseller yang menjual produk orang lain, saya sendiri bertindak menghantar barang ke pelanggan.

Itu cerita sekitar lima tahun lalu. Sekarang saya diberikan anugerah yang luar biasa oleh Tuhan, kasih sayang dari ramai orang, termasuk ibu bapa, suami, rakan niaga yang akrab, seller-seller yang hebat serta keluarga Urban Company yang sangat peduli terhadap saya.” Maharani Kemala

Kediaman indah mencerminkan cita rasa penghuninya

 

Salah satu sudut menarik di kediaman beliau

 

Gaya oriental sempena sambutan Tahun Baru Cina

 

Santai di laman rumah

 

Ketika dunia dilanda pandemik, Maharani Kemala membuat keputusan besar membangunkan Urban Air, sebuah syarikat perkhidmatan sewa helikopter di Bali.

Bertujuan membantu merancakkan industri pelancongan di pulau peranginan terkenal itu, Urban Air sering menjadi langganan VVIP serta artis terkenal di sana.

Syarikat menyewa helikopter Urban Air

 

Kenderaan persendirian mereka

 

Impian beliau untuk mempunyai sebuah bank sendiri turut menjadi kenyataan apabila Bank Urban Bali dilancarkan pada tahun 2019.

Maharani Kemala turut menubuhkan sebuah yayasan iaitu Maharani Kemala Foundation yang khusus untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pembukaan rasmi Urban Bank Bali

 

Suasana interior bank kepunyaan Maharani Kemala

 

Tiada impian yang mustahil jika kita berusaha gigih dan komited mengejarnya. Kejayaan Maharani Kemala ini benar-benar menjadi inspirasi!

IKLAN
Share