Kemunculan penuh bertenaga Ayu Damit dalam program hiburan popular, Gegar Vaganza semalam berjaya menarik tumpuan umum. Vokal mantap dan persembahan bersahaja yang ditonjolkan Ayu nyata membuktikan kredibilitinya sebagai penyanyi yang sudah 12 tahun bertapak dalam industri. Meskipun populariti Ayu tidak begitu bersinar namun ‘comeback’ yang selebriti ini malam tadi meraih sejumlah besar peminat seni tanah air. Tahniah!
Tidak sekadar bergantung harap dengan kerjaya seni, dalam diam Ayu juga sebenarnya usahawan tani berjaya. Selain sibuk menjalani rutin harian sebagai isteri, ibu tiga anak dan penyanyi, Juara One In A Million ini turut menguruskan perusahaan pertanian di samping suami tercinta. Bermula dengan tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu meluaskan tanaman di ladang seluas 4 ekar!
Terbuka berkongsi perniagaan pertanian ini bersama Nona tidak lama dulu, Ayu dalam nada merendah diri mengharapkan kisah kejayaan dia dan suami dijadikan pembakar semangat buat kaum wanita yang berhasrat mendalami bidang ini kelak.
Ads
“Alhamdulillah, Ayu dan suami mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama tiga tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir enam tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas.
Pun begitu, buat masa sekarang kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Tanaman kelapa masih ada cuma nanas je dah tak ada. Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain. Sebenarnya suami yang menggalakkan Ayu ceburi bidang ini sebab dia sangat berminat dengan pertanian. Memang dia di kampung pun dia suka bercucuk tanam.”
Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung. Namun sekarang alhamdulillah kami dapat menambah satu lagi tanaman iaitu kacang panjang. Selain tanaman sayur-sayuran berkenaan, Ayu turut mengeluarkan produk keluarannya sendiri seperti cili padi jeruk, cookies dan satay.
Soal pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami. Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara. Selain masih aktif bernyanyi, Ayu dan suami juga buat consultant untuk petani-petani baru.”
Ads
Pada 12 Julai lalu yang juga hari ulang tahun kelahiran Ayu, wanita berjiwa besar ini turut berjaya membuka satu lagi perniagaan baru iaitu Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Ads
Sebagai ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan.
“Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak. Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”
11 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (10 tahun), Sharifah Alya Adriana (8 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 4 tahun.
Kredit: Instagram Ayu Damit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Lisa Marie Presley pada 12 Januari 2023 membawa kesedihan yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan saudara terdekatnya. ‘
Punca kematian anak perempuan kepada Elvis Presley dan Priscilla ini khabarnya telah didedahkan.
Lisa Marie Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun. Menurut rekod dari County of Los Angeles Medical-Examiner, dilaporkan oleh E! Berita, dia meninggal dunia akibat komplikasi usus kecil tersumbat.
Halangan usus kecil adalah penyumbatan dalam usus kecil yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk hernia, penyakit radang atau tumor.
Rekod kesihatan juga menyatakan bahawa punca kematian Lisa Marie Presley adalah agak munasabah.
Pada 12 Januari, ibu Lisa Marie Presley Priscilla mengeluarkan kenyataan mengatakan anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital namun meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Dengan berat hati saya terpaksa berkongsi berita yang mendukacitakan bahawa anak perempuan saya yang cantik Lisa Marie telah meninggal dunia.
“Kami cuba untuk berhadapan dengan kehilangan yang mendalam ini. Terima kasih atas kasih sayang dan doa anda,” kata ibu Lisa Presley.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Syerif Los Angeles memaklumkan Lisa Marie Persley diserang sakit jantung di kediamannya di Calabasas. Namun, pemeriksa perubatan tidak menyenaraikan sebarang faktor sekunder lain.
Penyanyi lagu ‘Over Me’ yang dilahirkan pada tahun 1968 ini menjalani kehidupan yang tragis.
Ketika berusia 9 tahun, dia tiba-tiba kehilangan bapanya yang dikenali sebagai Raja Rock and Roll, Elvis Presley mengalami serangan jantung pada usia 42 tahun.
Sepanjang hidupnya, Lisa Marie Presley telah berkahwin empat kali, salah satunya dengan pelakon Nicolas Cage dari 2002 hingga 2004.
Satu lagi tragedi sedih apabila anak lelaki Lisa Marie Presley, Benjamin Keough meninggal dunia pada 2020 pada usia 27 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki Allah SWT hadir tanpa diduga. Jemputan ke Tanah Suci untuk melaksanakan rukun Islam kelima baru-baru ini nyata membuatkan Nur Liyana Abdul Rahman sebak dapat tunai haji. Apatah lagi dia menerima panggilan tersebut pada saat-saat akhir menuju 10 Zulhijjah.
Meskipun pada awalnya, usahawan jenama LeeyanaRahman ini ragu-ragu untuk berangkat ke Mekah kerana keadaan diri yang sedang hamil. Namun segala perasaan itu hilang selepas dia menerima kelulusan visa daripada kerajaan Arab Saudi.
Berkongsi momen sebelum berangkat ke sana di Instagram, ibu dua cahaya mata ini kelihatan berpurdah dan berjubah putih sambil ditemani suami tercinta, Muhamad Hafiz Abdul Hamid yang bakal mengerjakan haji bersama-sama.
Memanjat kesyukuran menjadi duyufurrahman tahun ini, kongsi Liyana, “Ya Allah, maafkan hati yang kadang kurang yakin, padahal semuanya telah engkau jamin.
Awal-awal berat hati nak sahut panggilan haji ni sebab fikir masih alahan. Tapi bila dapat tahu visa lulus, alahan hilang terus! Panggilan last minute yang sangat bermakna. Dia panggil tepat pada masanya, saat hati mental emosi tengah lemah.
Allah Maha Baik. Dalam pada dia bagi ujian berat yang tak mampu untuk ditanggung, tapi sebenarnya Dia selitkan 1001 hikmah dari ujian tu.”
Tambahnya lagi, “Saya mohon maaf sekiranya ada kesalahan / khilaf dari saya sengaja atau tak sengaja sepanjang kita kenal.
Saya juga mohon doa dari sahabat semua, mohon doakan semoga perjalanan haji kami dipermudahkan, dimakbulkan semua doa-doa, kandungan dipelihara Allah, balik dengan hati yang tenang dan mendapat haji mabrur.”
Liyana dan suami pada Februari lalu membawa kakitangan LeeyanaRahman mengerjakan umrah. Berkat niat murni dan tak lokek berkongsi rezeki, mereka berdua sekali lagi dijemput ke Tanah Suci kali ini bagi menunaikan ibadah haji.
Turut sama berangkat mengerjakan haji bersama Liyana ialah usahawan yang juga pengasas Minaz, Hafiza Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Pija.
Liyana kini hamil anak ketiga. Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun dengan Hafiz Abdul Hamid, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pereka fesyen tanah air, Melinda Looi bukan hanya kreatif menghasilkan rekaan fesyen unik dan eksklusif bahkan memiliki pelbagai idea untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Selain bergiat aktif membantu petugas barisan hadapan mencegah Covid-19 menerusi penghasilan kelengkapan perlindungan diri atau Personal Protective Equipment (PPE), Melinda Looi selaku Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA) turut tidak ketinggalan menyokong kempen Kanser Payudara yang diadakan sepanjang bulan Oktober ini.
Sebagai pemilik jenama Melinda Looi, wanita berusia 47 tahun ini menggunakan platform perniagaan fesyen yang diusahakan untuk membantu para pejuang kanser payudara. Sempena bulan kesedaran Kanser Payudara, Melinda menawarkan diskaun potongan harga sebanyak 50 peratus bagi setiap barangan merah jambu dari rangkaian koleksi sedia ada.
Pereka Melinda LooiAntara usaha Melinda sempena Kempen Kanser Payudara 2020Berkongsi PPE yang dihasilkan untuk para frontliners
Malah, pereka fesyen berjiwa murni ini turut melancarkan T-shirt dan kerongsang kempen kanser payudara edisi terhad di laman web e-dagang miliknya. Ujar Melinda, 50 peratus hasil jualan T-shirt dan 80 peratus jualan kerongsang PINK October akan disalurkan kepada Breast Cancer Campaign 2020 dari Estee Lauder Companies Malaysia dan MODA.
Sumbangan derma tersebut kemudian akan diserahkan kepada empat organisasi terlibat iaitu Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Cancer Research Malaysia, College of Radiology Malaysia dan National Cancer Society of Malaysia.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.