Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.
Disember ini, pasangan romantis berkenaan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Tak dinafikan, raut wajah cantik dan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex.
Meniti usia 34 tahun, Leuniey Natasha gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikai lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.
18 November lalu, anak kedua Apek dan Leuniey iaitu Khaleel Emir menyambut ulang tahun kelahiran ke-10.
Ads
Titip ibu jelita ini, “Happy 10th birthday my little gentleman Khaleel Emir.”
Bisnes Leuniey Natasha
Dalam kesibukan urus keluarga dan suami, Leuniey Natasha juga rancak mengusahakan bisnes tudung miliknya iaitu Luni. Difahamkan sambutan para hijabi terhadap tudung berkenaan cukup menggalakkan.
Kongsi Leuniey, “Alhamdulillah Mashallah Tabarakallah, Luni nak ucapkan banyak banyak terima kasih buat Luni Sisters. Sepanjang ‘Dalal series’ release tak henti-henti permintaan dari Luni Sisters yang minta selalu Luni restock Dalal.
Ads
Dalal series standard and mini size adalah essential shawl everyday Luni dari material yang sangat premium iaitu Rayon cotton jersey comes with matching inner cap. And kalau siapa yang kenal Luni years ago memang this type of shawl memang staple Luni.
Since 2017 Luni dah sebati pakai cotton shawl from many types of brands. And I’m so proud Luni boleh keluarkan from Luni punya sendiri.”
Ads
Mengimbas kembali momen ijab kabul Leuniey dan Apex pada 28 Disember 2012, jelitawan ini ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal tersebut yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey mencuri tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap yang hidup pasti akan mati. Meskipun hati rasa ‘berat’ dan kosong namun Datin Emylia Rosnaida reda dengan pemergian arwah ibu tersayang, Rokiah Ibrahim. Ratu hati pelakon ‘Anak Mami the Movie’ ini dilaporkan kembali ke rahmatullah pada usia 79 tahun, 23 Februari lalu.
Sebagai anak yang sentiasa ada di sisi ibu tersayang, Datin Emylia akui cukup terkesan dengan dugaan sukar yang sedang dilaluinya saat ini.
Bukan hanya hilang doa daripada seorang ibu bahkan dia turut hilang teman berbual, penyokong setia ketika susah dan senang serta sumber kekuatannya selama ini.
Datin Emylia Rosnaida Reda Pemergian Ibu
Menerusi perkongsian di media sosial, isteri Dato’ AC Mizal ini meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham yang sudah genap sebulan meninggal dunia pada 23 Mac lepas.
Kongsi Datin Emylia, “Hari ini genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Sekejap je masa berlalu, terasa macam mama ada je.
Mama meski engkau telah tiada, cintamu akan selalu hidup dalam hatiku. Setiap kenangan bersamamu adalah anugerah yang tak akan pernah pudar. Mama, meskipun kau telah pergi, kasih sayangmu tetap abadi untuk setiap langkahku.
Di setiap doa, aku selalu menyebut namamu, berharap engkau mendapatkan tempat terbaik di sisiNya. Mama, engkau adalah sumber kekuatanku dan kenangan tentangmu akan selalu menyertai perjalanan hidupku.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kami, Allahyarham Rokiah binti Ibrahim.”
Kehilangan Ibu Cukup Terkesan Di Hati Datin Emylia Rosnaida
Dalam perkongsian Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid di media sosial sebelum ini, kakak kepada pelakon Emelda Rosmila berkenaan pernah memuat naik video memaparkan arwah ibunya terlantar sakit di hospital selama tiga bulan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.
Bagaimana pun Datin Emylia tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai pemergian arwah ibu tersayang kepada umum.
Figura jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kehilangan ibunda tersayang iaitu Datin Mariah Khamis pada 24 Oktober lalu.
Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah, Allahyarhamah ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 88 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada 2.45 pagi.
Jenazah ibu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Ketika ditemui media, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kelihatan sebak tatkala ditanya kenangan di samping allahyarhamah sambil menyifatkan ibu tersayang merupakan tulang belakang kepada kejayaannya sebelum ini.
Datuk Seri Dr Wan Azizah turut ditemani anak perempuan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Allahyarhamah Datin Mariah Khamis meninggalkan empat orang anak perempuan termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki.
Dalam pada itu menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Seri Dr Wan Azizah memaklumkan, “Dengan penuh keinsafan, rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa ibu kami tercinta Mariah Binti Khamis telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.45 pagi kerana sakit tua.
Saya sebagai anak Almarhumah bagi pihak keluarga ingin menyampaikan permohonan maaf zahir dan batin serta mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata dan perbuatan jika ada kepada semua yang mengenalinya sepanjang hidupnya.
Kisah Wan Azizah, tokoh inspirasi Malaysia yang sarat ketabahan, kasih sayang dan sejarah kepimpinan. Artikel ini meraikan perjalanan hidup Wan Azizah yang penuh kekuatan dan kelembutan.