Sekalung tahniah buat atlet badminton beregu wanita, M. Thinaah yang dipilih sebagai Olahragawati Selangor 2021-2022. Berusia 25 tahun, kejayaan anak muda ini mengharumkan nama negara di persada sukan dunia sememangnya layak dijadikan inspirasi.
Apatah lagi setiap kali turun ke gelanggang bersama rakan beregu iaitu Pearly Tan, mereka mempamer aksi semangat juang tinggi dan sentiasa menggentarkan pihak lawan.
Thinaah merupakan anak kepada pasangan Muralitharan dan Dr. Parimala Devi. Bapanya ialah seorang jurutera manakala ibu Thinaah pula seorang doktor.
Adik-beradik jaguh badminton ini juga bukan calang-calang. Selinaah Muralitharan misalnya bakal doktor dan jurulatih yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai penulis puisi terpanjang negara dan di Asia.
Ads
Dalam majlis penganugerahan yang berlangsung baru-baru ini, pemain badminton berkenaan bagaimana pun tidak dapat hadir kerana menyertai kejohanan di Singapura.
Pun begitu, bapa dan ibunya hadir menjadi wakil penerima anugerah. Antara senarai calon Olahragawati Selangor termasuklah atlet karate, Shahmalarani Chandran yang merangkul pingat emas Sukan SEA Kemboja yang lalu.
Tidak ada seorang ibu pun yang hidup di dunia ini akan membayangkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan bulan akan ‘pergi’ terlebih dahulu daripada dirinya buat selama-lamanya.
Rasa kasih seorang ibu tidak pernah bertepi dan akan tetap mengalir walaupun jasad sudah berpisah. Ramai yang sudah maklum Linda Rafar telah kehilangan anak tersayangnya, Rezaimen Kiflin Kifli sekitar tahun 2014 akibat penyakit kanser perut.
Linda telah berkongsi bersama pengikutnya di laman Instagram tentang perasaannya buat pertama kali dikhabarkan anak kesayangannya didiagnos kanser. “Saya bagi ubat-ubat, sayur dan ubat yang boleh mempercepatkan sel kanser tu mati. Kita percaya semua tu sampai kita sanggup bayar RM23,000 untuk ubat tu sahaja selama sebulan.
Lepas sebulan, ubat belum habis lagi Memen (nama panggilan – Rezaimen Kiflin Kifli) kena attact balik. Dia tak boleh bernafas, dada dia macam ada tumbuh kelenjar. Tiba-tiba ada bonggol.
Kita rasa macam biji angin tapi sebenarnya itu adalah kanser. So bila kita ke hospital balik doktor kata dah terlambat dan tak boleh diselamatkan, tapi kita try buat chemo.
Bila chemo pertama tu, dah darah dekat hidung, darah dekat telinga. So macam-macam dugaan la. Chemo kedua dia terus drop, buah pinggang rosak,” cerita kakak kepada Diana Rafar ini.
Namun Linda reda dan positif apabila anaknya ‘dijemput’ lebih awal darinya. ”
Ajal maut semua di tangan Allah SWT. Kanser tak semestinya mati dan hidup, tak semestinya yang sihat ni akan hidup lama. Kalau kita keluar rumah pun, kena langgar kereta, kita akan meninggal juga. Kita tidur pun, kalau Allah SWT nak ambil nyawa kita, kita akan pergi juga.
So kena ingat, kanser ni bukanlah penyebab untuk Memen pergi. Allah SWT lebih sayangkan Memen,” kongsi isteri kepada Syed Aiman ini.
Tambah Linda lagi, “Memen punya kanser ni tak kuat, biasa je. Saya bagi semangat dan dia dengar, dia ok. Dia positif dan dia sihat balik. Dia boleh berjalan, ketawa, bawa kawan-kawan datang hospital borak dengan dia.
Saya bawa dia pergi picnic, camping tepi laut bersama famili. Dia enjoy, apa dia nak semua saya bagi. Sebab saya tahu dia macam dah ‘tak lama’,” tutur Linda lembut.
Bercerita tentang kelainan yang berlaku pada anaknya sebelum pemergiannya, ”
Ada sebuah charity yang sering memberi hadiah buat para pesakit. Setiap katil dia akan tanya nak apa. Mereka akan datang setiap Khamis untuk hiburkan kanak-kanak di wad.
Tapi Memen akan ambil present semua yang underage. Dia akan ambil play doh dan lego. Dia ambil dan simpan belakang katil dia. Saya hairan dan tanya kenapa, dia hanya jawab sebab nak lego dan simpan.
Hari dia nak meninggal tu, dia panggil adik-beradik dia datang, dia bagi wasiat dan serahkan barang-barang yang dia simpan untuk adik-adiknya,” cerita Linda lagi.
“Dia memang anak yang tak pernah ada signal sakit, tak pernah admitted pun. Bila doktor cakap Memen ada ketumbuhan dalam perut. Itu yang buatkan saya bertanya ketumbuhan apa,” ujar salah seorang penyanyi kumpulan Elite ini.
Cerita Linda lagi, “Memen tak pernah sakit dan bila dia cakap sakit perut, macam maybe angin. Bila jumpa doktor, doktor cakap angin.
Dalam masa sebulan, Memen makin teruk, makin teruk tu bukan tak boleh bangun tapi dari segi dia muntah, makan tak boleh terima. Itu yang buatkan saya pergi ke hospital swasta nak tengok MRI.
Bila tengok melalui MRI memang ternyata ada ketumbuhan sebesar satu kilogram dalam perut dia. Itu yang buatkan Linda rasa macam Allah SWT nak bagi ujian yang besar. Linda cakap dengan doktor apa yang perlu dilakukan, doktor kata kena cepat operation untuk buang ketumbuhan tersebut,” kongsi Linda tentang anaknya itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercerita tentang kisah kejayaan pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor memang tak akan pernah habis. Terlalu banyak inspirasi yang diberikan anak gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini bukan saja dalam industri seni malah kehidupan sebagai seorang wanita atau lebih dekat lagi, wanita muslimah dan berkerjaya.
Satu per satu kejayaan ditempa Neelofa. Mungkin juga kerana berkat doa ibunda tersayang, Datin Noor Kartini yang merestui perjalanan usahawan cantik ini. Di samping sibuk memasarkan produk muslimah Naelofar Hijab, dia juga sering menjadi perhatian pengusaha produk lain untuk menjadi duta. Itu belum lagi dengan program belia dan keusahawanan yang disertainya. Aduh, macam manalah agaknya Neelofa bahagi masa.
Dan terbaru, dia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta jenama kosmetik antabarangsa, Lancome! Satu lagi jenama antarabangsa yang diwakili Neelofa selepas Swarovski. Lebih manis, angan-angan untuk menjadi ikon wanita muslimah ketika memenangi Dewi Remaja 2010 ternyata bukan omong kosong apabila Neelofa membuktikan dia adalah wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat menjadi duta Lancome Malaysia.
Berkesempatan menemu bual Neelofa sempena pelancaran koleksi hijab terbarunya, Helena baru-baru ini, aktres yang membintangi drama bersiri Red Velvet berkenaan amat berbesar hati berkongsi pengalamannya di Paris ketika mengikuti lawatan Lancome awal Oktober lalu.
“Layanan yang diberikan mereka kepada saya cukup istimewa sejak menjejakkan kaki ke bumi Paris sampai saya pulang ke Malaysia. Sepanjang pertemuan kami tidak kira ketika tea time, lawatan ke lab, ke muzium perfume dan sebagainya, mereka memang beri perhatian lebih kepada saya. Pada saya Lancome bukan saja brand tapi kini lebih daripada itu lagi. Appreciation saya terhadap produk ini juga semakin meningkat.
Jujurnya, saya happy to promote, to use the product and happy bila nama saya kini sinonim dengan Lancome Malaysia. Tambahan pula penerimaan mereka terhadap saya sangat baik sebagai seorang wanita yang berasal dari Malaysia, berhijab dan beragama Islam pula tu. Ia satu benda besar bagi saya kerana dapat bawakan bukan saja terhadap imej tetapi juga agama.”
Bertuah sungguh Neelofa. Bakat dan kemampuan dia diakui sampai ke luar negara. Selain memberi peluang kepadanya untuk menonjolkan kredibiliti diri kepada masyarakat luar, pastinya ini salah satu cara dan pendekatan Neelofa untuk mempromosikan budaya dan agama Islam di peringkat antarabangsa. Syabas Neelofa dan teruskan memberi inspirasi kepada para wanita di luar sana! SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Populariti pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman ini hadir tanpa diduga setelah berlakon dalam sebuah drama terus melayakkannya mendukung watak utama. Dalam masa yang singkat Mira Filzah meraih anugerah Artis Baru MeleTOP Era 2016 dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular.
Mira Filzah yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Mira ini akui tidak pernah terfikir bergelar seorang pelakon. “Saya bermula sebagai seorang blogger sebaik sahaja selepas tamat persekolahan.
Kemudian saya mula berjinak-jinak dengan dunia modelling dan sering menghiasi beberapa majalah popular. Saya mula mendapat perhatian ramai apabila saya dipilih sebagai Face of J Hijabs rekaan Jovian Mandagie. Selepas itu saya mula menjadi instafamous.
Ketika di semester akhir saya mendapat tawaran sebagai pengacara di HyppTV. Tidak terlalu terikat dengan jadual belajar saya sempat menghabiskan empat musim mengacarakan rancangan tersebut.
Saya mula serius dalam dunia lakonan selepas habis degree apabila mendapat tawaran berlakon drama Eksperimen Cinta sebagai pelakon pembantu bersama Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Selepas drama ini muncul di kaca televisyen tawaran demi tawaran datang menerpa.
Kemudian saya memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji menghidupkan watak sebagai wanita gedik. Namun, lebih ramai yang mengenali saya selepas muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner,” ungkap wanita lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.
Perjalanan karier seni benar-benar mematangkan wanita yang berusia 28 tahun ini. “Alhamdulillah, hidup saya kini lebih bahagia. Jika ditanya pencapaian terbesar dalam kerjaya, tahun 2019 adalah tahun yang intense. Semuanya back to back.
Banyak anugerah diterima tahun di 2019 seperti anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Meletop dan beberapa anugerah lain. It’s one of the peak career time. Dan pencapaian dalam hidup pula adalah apabila saya membuat keputusan untuk berkahwin. Dalam masa sangat singkat, saya menerima lamaran Emir untuk menamatkan zaman bujang.
Semuanya falls very nicely walaupun cepat. Ramai yang tanya, tak takut ke hilang populariti apabila sudah berkahwin kerana ketika itu kerjaya saya sedang memuncak. Tapi bagi saya, sentiasa ada rezeki yang Allah sediakan untuk kita. Mindset saya sebelum kahwin pun, jika tidak ada rezeki dalam lakonan, saya terima dengan hati terbuka,” ujar Mira Filzah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.