Wajahnya seayu namanya. Ayu Yoneda, kebelakangan ini menjadi sorotan di media sosial apabila terpilih sebagai angkasawan di Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) sekaligus membuktikan kemampuan wanita meneroka ruang angkasa.
Saat ditemui wartawan, Ayu Yoneda berkongsi kegembiraannya selain mengakui terkejut dengan pemilihan tersebut. Beliau mengungkap bahawa menjadi angkasawan membuatkan dirinya memiliki rasa tanggungjawab yang lebih besar.
Dua kali mendaftar di JAXA, usaha beliau akhirnya berhasil apabila mengalahkan calon peserta lain dengan rekod terbanyak tahun ini iaitu seramai 4,127 orang.
Selain Ayu Yoneda, turut terpilih adalah Makota Suwa yang bekerja di Bank Dunia lulus setiap ujian dengan cemerlang.
Ads
Ads
Ads
Berusia 28 tahun dan bekerja sebagai doktor bedah di Pusat Perubatan Palang Merah Jepun, Ayu Yoneda muncul sebagai angkasawan termuda di JAXA sekaligus memecah rekod sebagai wanita ketiga yang berjaya lulus dalam sejarah Negara Matahari Terbit itu.
Demi mengejar impiannya ke angkasa, beliau terpaksa meletakkan jawatan kerana perlu menyertai JAXA pada April 2023. Ayu Yoneda seterusnya bakal mendapat latihan di NASA sebelum diakui sebagai angkasawan rasmi sekitar Mac 2025 nanti.
Wanita hebat ini juga dikatakan bakal menyertai projek eksplorasi ke bulan bersama Makota dan tinggal di stesen angkasa lepas yang mengorbit bulan.
Satu pencapaian wanita yang patut dibanggakan. Syabas Ayu Yoneda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebelakangan ini heboh diperkatakan mengenai konsert program Famili Duo apabila penyanyi Sissy Iman tidak dapat menahan air mata apabila menerima kritikan pedas daripada juri Mas Idayu. Komen tersebut jelas mengguris perasaan dan membuatkan penyanyi muda itu gagal menahan sebak di atas pentas.
Sissy juga meluahkan kekecewaannya di media sosial dan dilihat seakan sudah berputus asa dengan bidang muzik selepas insiden memalukan yang terpaksa dihadapinya dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu.
Ramai rakan selebriti dilihat memberikan semangat buat Sissy agar tidak berputus asa dan teruskan berjuang dalam bidang muzik kerana dia memiliki keunikan tersendiri.
Mengambil keputusan untuk berdiam diri dan bertenang dengan keadaan yang menggemparkan seluruh peminat muzik tanah air itu, Sissy Iman akhirnya memuat naik kenyataan bersama sekeping fotonya bersama Naim Daniel, dengan kata-kata ini.
“Hari ni, hari rabu. Selama 6 minggu sebelum ni, hari inilah hari di mana kita dah finalize concept persembahan. Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan & pastikan deck yang kita buat bersama dah siap supaya production dah boleh present pada props, stylist dah boleh cari baju.
Dan hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari isnin kita dah siap arrange form.
Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong.
Tak ada lagu. Tak ada visual.
Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.
Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.” Sissy Iman
Berusia 27 tahun, anak jati Kuala Lumpur itu merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Selain berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano dan biola, Sissy juga merupakan seorang guru muzik serta penulis lagu berbakat besar.
“Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan who i left in the dark as i am, stuck in the dark too.
Jangan risau. InsyaAllah i’ll be back. Beri sissy sikit ja masa lagi ya? Sayang semuanya.”
Bagi anak seni yang sudah mula mendalami bidang muzik secara serius sejak kecil, pastinya komen yang memalukan sebegini ‘mendera mentalnya’ secara halus.
“Music has always been my first love dan betul, dalam seni, sedar diri & sedar ruang itu perlu ada. Maybe i didn’t realize that. Or maybe I didn’t realize enough.
I can’t ever see myself stopping doing music but tonight it feels that, something that i’ve been learning and loving since i was 5, doesn’t love me anymore. I never thought that through something i really love, i ended up hurting so many people by singing terribly.
I am sorry, everybody.” Sissy Iman
Dalam konsert yang mencetus kontroversi itu, Sissy Iman atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil bergandingan dengan sepupu, Naim Daniel menyanyikan lagi Jampi nyanyian asal Hael Husaini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini, pengacara Nana Mahazan atau nama komersilnya Nana sangat terkenal dengan penampilannya yang moden dan urban. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan langsing membuatkan penampilannya sentiasa kelihatan ‘sempurna’ dan terletak.
Pakai apa pun nampak kena. Bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini juga dianggap salah seorang artis wanita yang fashionable mengikut trend semasa.
Setelah bertudung penampilannya berubah secara total. Memilih penampilan yang sederhana dan ringkas dengan pemilihan warna yang sejuk mata memandang. Pakaian pun longgar lengkap berstoking. Masya-Allah, suka sangat tengok penampilan terbarunya sejak berhijrah (bertudung). Malah, penggayaan tudung pun ringkas saja namun sangat sesuai dengan bentuk wajahnya yang tirus.
Aktif bersesi siaran langsung (Live) di Instagram, ibu kepada Althea dan Aaqib ini dilihat semakin bahagia dan tenang dengan penampilan terbarunya itu. Setiap kali berkongsi di akaun media sosialnya pasti mencuri perhatian para followers. Malah, mereka turut memberi kata-kata semangat dan sokongan buat Nana agar terus istiqamah.
Tertarik dengan satu posting dimuat naik oleh Nana yang menggambarkan kesyukurannya ke atas perubahan tersebut dan Allah telah memakbulkan doanya selama ini untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
“Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap…. makbul doanya.”
Menurut isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini, perubahan itu bukanlah sesuatu yang diraikan sebaliknya sesuatu yang menggembirakan. Sebab itulah Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan hanya berkongsi tentang permulaan journey penghijrahannya itu di saluran Telegram bersama circle yang setiasa bersamanya selama ini.
Semoga Nana kekal istiqamah, bahagia dengan kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat. Yakinlah, bila kita sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan Allah Maha Melihat dan Mendengar suara hati kita. Dia pasti akan makbulkan pada masa yang tepat. Dialah sebaik-baik Perancang.
Selain itu, Nana juga dilihat ligat mempromosikan bisnesnya iaitu Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana.
Kredit Foto: Instagram @nanamahazan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pasti ramai mengenalinya kerana namanya pernah gah di persada antarabangsa sebagai penyanyi dan penulis lagu, satu ketika dahulu.
Kini sejak sekian lama melakukan penghijrahanya, berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pereka fesyen yang juga ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia ini banyak menghabiskan masa untuk mendalami ilmu agama dan menyertai majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.
Malah, menerusi sebuah muatnaik video yang dikongsikan menerusi akaun pengguna @menjadidewasa.my di aplikasi Tik Tok baru-baru ini Mizz Nina telah berkongsikan pengalamannya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.
“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” katanya.
“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambahnya lagi.
Selain itu, Mizz Nina berkata perkara itu yang membuatkan dia gembira dan seronok sebelum ini. Bagaimanapun, setelah acapkali melakukan perkara sama, dia mula merasa bosan hingga nekad dan mengambil keputusan untuk meninggalkan semua keseronokkan itu dan memutuskan untuk berhijrah demk mendalami erti sebenar kehidupan serta mendambakan ketenangan yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.
Sekadar info, Mizz Nina telah dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan diatas bakti dan sumbangan telah dilaksanakan menerusi misi kemanusiaan sehingga ke luar negara.
Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang kurang kemampuan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.