Sebut sahaja nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pasti ramai mengenalinya kerana namanya pernah gah di persada antarabangsa sebagai penyanyi dan penulis lagu, satu ketika dahulu.
Ads
Kini sejak sekian lama melakukan penghijrahanya, berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pereka fesyen yang juga ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia ini banyak menghabiskan masa untuk mendalami ilmu agama dan menyertai majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.
Mizz Nina Akui Dia Kini Sedang Mencari Erti Hidup!
Malah, menerusi sebuah muatnaik video yang dikongsikan menerusi akaun pengguna @menjadidewasa.my di aplikasi Tik Tok baru-baru ini Mizz Nina telah berkongsikan pengalamannya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.
“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” katanya.
“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambahnya lagi.
Selain itu, Mizz Nina berkata perkara itu yang membuatkan dia gembira dan seronok sebelum ini. Bagaimanapun, setelah acapkali melakukan perkara sama, dia mula merasa bosan hingga nekad dan mengambil keputusan untuk meninggalkan semua keseronokkan itu dan memutuskan untuk berhijrah demk mendalami erti sebenar kehidupan serta mendambakan ketenangan yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.
Sekadar info, Mizz Nina telah dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan diatas bakti dan sumbangan telah dilaksanakan menerusi misi kemanusiaan sehingga ke luar negara.
Ads
Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang kurang kemampuan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kesempatan duduk di rumah sepanjang PKP 2.0 ini seharusnya dimanfaatkan. Selain menjalankan amanah terhadap keluarga dan kerjaya, ambil kesempatan yang ada untuk menambah ilmu seperti yang diamalkan oleh puteri Sultan Selangor, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah ini.
Umum mengetahui puteri Selangor ini juga berjiwa pendidik dan merupakan seorang guru Bahasa Inggeris bertauliah. Hobi gemar membaca juga amat sinonim dengan YAM Tengku Zatashah dan beliau sendiri suka menekankan kepentingan membaca dalam kehidupan kita.
Justeru bagi memulakan bulan pertama 2021, YAM Tengku Zatashah berkongsi azam untuk membaca 90 buah buku tahun ini. Sebanyak 4 buku novel tebal setakat ini telah berjaya dihabiskan melalui perkongsiannya di media sosial. Hobi ini jelas menginspirasikan rakyat dan followers beliau terutamanya.
CABARAN MEMBACA 2021
“Tahun ni saya nak tingkatkan cabaran membaca saya kepada 90 buku. Ramai yang cadangkan 100 tapi bimbang kalau kebanyakan buku yang akan dibaca nanti tebalnya melebihi 1000 halaman. Jadi bagi saya bukan kuantiti tapi kualiti yang lebih penting,” tulis beliau.
Di antara buku-buku yang telah habis dibaca sejak 1 Januari 2021 adalah The Secrets We Kept (Lara Prescott), Such A Fun Age (Kiley Reid), City of Girls (Elizabeth Gilbert) dan Born A Crime (Trevor Noah). Seronok baca review YAM Tengku Zatashah terhadap buku-buku tu, terinspirasi dan buat kita pun rasa nak baca sama!
Semoga puteri berjiwa rakyat ini terus mengalirkan inspirasi kepada semua melalui perkongsian-perkongsiannya. YAM Tengku Zatashah juga gemar bersenam di rumah dan aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan di sekitar Selangor.
Anuar Zain tidak pernah gagal melontarkan suara penuh emosi dan penghayatan. Karisma penyanyi yang terkenal dengan lagu balada ini terserlah dengan kematangan suara walau sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Sumbangan Anuar terhadap bidang nyanyian tidak perlu disangkal lagi. Kini Anuar melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan pula.
“Kehadiran tahun baru ini saya mengharapkan akan membawa lebih banyak rezeki di dalam bidang nyanyian dan rezeki yang melimpah-ruah dalam bidang perniagaan. Ada juga perancangan untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur tetapi semuanya masih di peringkat perancangan. Selain itu saya mahu melebarkan empayar perniagaan tudung saya iaitu Shawl Awanbyaz.
Tahun ini juga saya akan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan, bermula Alleviér Anti-Aging and Whitening Serum By ‘Anuar Zain’. Serum ini sangat istimewa buat saya kerana sangat membantu untuk melembapkan kulit secara semula jadi. Formulasinya pula saya garapkan dengan bahan-bahan istimewa yang terbaik untuk kulit. Doakan semoga serum saya ini dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Ramai juga yang bertanya kenapa saya memilih perniagaan tudung dan mengeluarkan produk penjagaan kulit. Bagi saya perniagaan begini jarang diceburi oleh kaum Adam. Saya suka melihat wanita memakai selendang (walau apa cara stail yang digayakan), bertudung dan turban. Indah dan menarik bila dipandang. Penjagaan kulit itu juga penting buat saya, terutama sekarang, untuk itu saya ceburi bidang perniagaan penjagaan kulit dengan mengeluarkan serum pertama saya,” tutur Anuar penuh semangat.
Anuar yang pernah berlakon dalam filem Bintang hati ini menjadikan kaum keluarga dan sahabat-sahabat juga mendorong saya untuk meneruskan cita-cita untuk berniaga. “Saya selalu terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri selain daripada bidang nyanyian.
Idola saya dalam memperluaskan empayar perniagaan sudah tentu Neelofa. Beliau sangat kuat dan tabah di dalam melakukan kerja sebagai anak seni serta sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani. Salute! Malah ramai juga anak seni yang berjaya di negara kita dan tahniah buat mereka semua.
Anuar juga sempat berkongsi kenangan terindah yang dikecapnya tahun lalu. “Banyak kenangan indah pada tahun 2018, antaranya adalah kejayaan konsert ‘Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018’ dan saya membuka akaun Instagram peribadi saya. Dan sudah tentu mengadakan sesi penggambaran sampul hadapan untuk majalah Nona bersama kakak saya, Ziana Zain. Apa yang tidak dapat dicapai pada tahun 2018? Bercuti ke luar negara tidak dapat saya lakukan kerana kesibukan kerja. But busy with work is good,” bicara Anuar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keluarganya mungkin sentiasa terpalit dengan kontroversi, dari penyebaran video lucah kakak sulungnya sehinggalah kepada keputusan ayahnya untuk menukar jantina. Namun kesemua drama ini tidak membataskan impiannya untuk menjadi seorang wanita yang berjaya atau lebih molek penulis gelar gadis kerana usianya yang masih muda.
Kylie Jenner merupakan anak bongsu keluarga Kardashian-Jenner membuktikan dia juga boleh berdiri sama hebat dengan wanita lain yang berjaya. Mungkin ada di antara anda yang menonton rancangan realiti tv ‘Keeping Up With The Kardashian’, anda pasti ingat dengan telatahnya yang manja sebagai anak bongsu. Kini seiring dengan kedewasaan, dia merupakan seorang usahawan berjaya di dalam bidang kecantikan.
Kylie Bersama Kakaknya Kendall Jenner(Kiri Sekali) Yang Merupakan Seorang Peragawati Terkenal Dan Khloe Kardashian(Tengah) Yang Merupakan Seorang Pengacara.
Lebih kurang setahun setengah yang lalu dia mengeluarkan rangkaian kosmetiknya sendiri Kylie Cosmetics dimulai dengan jualan Kylie Lip Kit yang hadir dalam tiga warna berbeza. Mengejutkan produk ini habis dijual di pasaran hanya dalam masa sejam ia dilancarkan. Sejak dari itu rangkaian kosmetiknya yang terus sampai kepada pengguna ini mengeluarkan beberapa lagi jenis barangan kecantikan seperti pembayang mata, pemerah pipi, berus solekan dan juga highlighters atau lebih popular dengan nama Kylighters.
Bersama Donatella Versace Di MET Gala 2017.
Rabu lalu, telah diumumkan bahawa Kylie Cosmetics yang mana Kylie merupakan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai pemasaran dan ketua pegawai kreatif telah menjana jualan sebanyak USD480 juta bersamaan lebih kurang RM2 billion dalam masa 18 bulan. Ini menjadikan dia lebih berjaya jika hendak dibandingkan dengan usahawan kecantikan Amerika lain walaupun mewarisi syarikat turun temurun keluarga dan kebanyakan mereka berusia tiga kali ganda umur Kylie. Nampaknya gadis berusia 20 tahun ini benar-benar bijak menggunakan populariti dan juga kecantikannya dalam membangunkan sebuah jenama yang berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara...