10 Jun lepas genap 39 tahun usia Sharifah Amani Syed Zainal Rashid. Pada usia menghampiri 40 tahun, aktres berbakat besar ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada dirinya. Mendirikan rumah tangga ketika berumur 36 tahun, dia bersyukur memiliki jodoh yang terbaik dan seorang suami yang bertanggungjawab.

Anak kepada Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin dan Fatimah Abu Bakar ini sah menjadi isteri Ahmed Faris pada 10 September 2022. Berita pernikahan Sharifah Amani menjadi perhatian peminat kerana hubungan cintanya selama ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

Sharifah Amani Syukur Usia 39 Ada Keluarga Bahagia

Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah! Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah!

Kira-kira dua tahun melayari perkahwinan, doa dan impian untuk bergelar ibu akhirnya dimakbulkan. Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga anak lelaki diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris pada 26 Jun 2024.

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-39, adik kepada penyampai radio Sharifah Aleya ini menzahirkan rasa terima kasih dan terharu atas kurniaan rezeki yang ‘membaluti’ kehidupannya hari ini.

“Spent my 39th birthday with the handsomest boys in the whole wide world. Thank you everyone for your lovely doas and wishes. Your girl still can’t believe she gets to live her answered prayers. MasyaAllah. Syukur alhamdulillah.”

Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan Sharifah Amani meraikan hari bahagia itu di samping anak dan suami tercinta dengan mengenakan persalinan sedondon warna hitam.

Ads

Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmed Faris Amir (@med_faris)

Tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat pelakon filem Sepet ini ialah suami tercinta, Ahmed Faris.

“To the woman who makes the best fish curry in the world, my safe place and my favourite chaos. Happy birthday. Thank you for being my storyteller, the one who sees

Ads

the world differently and helps me see it better too. Mohsein and I wish you all the beautiful things in the world. We love you.”

Artikel https://www.nona.my/isteri-menangis-terharu-dapat-kereta-idaman-kejutan-black-hanifah-rai-jasa-isteri-dipuji-3-tahun-dia-jaga-bisnes-kami/

Sharifah Amani turut dilihat diraikan seisi keluarga di sebuah restoran seperti yang dikongsikan adiknya iaitu Sharifah Aryana di Instagram.

Ads

Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah! Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah! Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah! Usia 39 Tahun Ada Suami Penyayang & Anak Lelaki Comel, Sharifah Amani Syukur Doa Dimakbulkan Allah!

Bahagia sungguh tengok kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 ini sejak berkahwin dan menggalas tugas seorang ibu.

Sharifah Amani merupakan anak kedua daripada empat beradik yang turut aktif dalam industry lakonan termasuk Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana.

Menelusuri kerjaya seni figura ini, dia membintangi banyak filem antaranya Sepet, Gubra, Gol dan Gincu dan Cinta.

Semoga kehidupan dan rumah tangga Sharifah Amani dan Ahmed Faris sentiasa dilindungi Allah SWT.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI