Diam tak diam, perkahwinan Hazama dan isteri tercinta iaitu Genervie Kam mencecah usia enam tahun. Kedua-dua pasangan romantis ini berkecimpung dalam industri muzik dan berbakat besar sebagai penyanyi serta pemuzik.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bukan hanya terkenal kerana kemampuan vokal yang memukau. Bahkan dia juga berbakat dalam dunia lakonan. Sementara Genervie pula merupakan pemuzik tanah air yang mahir bermain piano, violin serta konduktor orkestra.
Kemunculan Genervie ketika final Gegar Vaganza All Stars baru-baru ini mencuri perhatian penonton. Hebat suri hati Hazama ni!
Meskipun kedua-duanya sibuk dengan kerjaya seni namun kemesraan suami isteri ini terjalin erat. Ke mana saja pergi, mereka akan saling menemani. Malah menyokong minat dan kerjaya masing-masing.
Ads
Pasangan ini selamat diijab kabul pada 15 Januari 2017. Bersempena ulang tahun perkahwinan keenam yang lalu, Genervie menitipkan ucapan penghargaan buat pelantun lagu Relakan Jiwa berkenaan.
“It is 6 years since we tied the knot. Where do I even begin. Life has been very colourful together. Your strengths have supported me and your weaknesses have changed me and groomed me tremendously.
Ads
Though it is a humbling journey, it has brought out the better in me. I learnt the meaning of surrender, perseverance, and how to love unconditionally. Though I failed many times, I got up stronger.
I love you Hazama. I hope to be a better wife every day. Thank you for accepting me as who I am. And sorry for all the pain I have caused you. Happy anniversary sayangku.”
Pasangan ini juga dilihat kian bahagia melayari alam rumah tangga walau belum dikurniakan zuriat. Tahun lalu, Hazama pernah mendedahkan mengenai hasrat dia dan isteri untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) namun menangguhkan sementara niat itu atas kekangan kerja.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam berkekalan sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Bila Sebut puteri raja, pasti akal fikiran kita terbayangkan susuk penampilan puteri yang cantik dengan busana dan mahkota yang cantik. Kalau Boleh, semua orang ingin bergelar puteri raja. Jika pada suatu ketika dahulu bahkan hingga sekarang, mendiang Puteri Diana yang menjadi inspirasi ramai wanita dan lelaki di luar sana.
Mana tidaknya, cantik, berkarisma, baik hati dan pemurah adalah kriteria yang dimiliki oleh beliau. Namun, sehingga kini, golongan puteri diraja tetap menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita tidak kira berdasarkan rupa paras yang cantik mahupun dari segi pencapaian karier. Oleh itu, Nona senaraikan 9 puteri diraja yang paling cantik di dunia pada zaman kini! Bukan sahaja cantik, tapi mempunyai latar belakang yang hebat-hebat juga!
1. PUTERI KATE MIDDLETON, DUCHESS OF CAMBRIDGE
Kate Middleton adalah salah seorang puteri diraja yang mendapat perhatian paling tinggi di dunia buat masa sekarang. Bukan sahaja cantik, malah beliau juga merupakan graduan dalam bidang sastera dari University of St. Andrews, dimana di situlah merupakan titik pertemuan beliau dengan Putera William pada tahun 2001.
Wanita cantik berusia 35 tahun ini juga, mempunyai dua orang anak bersama Putera William iaitu Putera George dan Puteri Charlotte. Selain selalu mendapat perhatian dengan gaya pemakaian yang selalu ‘up to date’, beliau juga terkenal kerana selalu melibatkan diri dalam aktiviti amal.
2. PUTERI CHARLENE (MONACO)
Charlene Lynette Wittstock atau dikenali sebagai Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik di Sydney pada tahun 2000 untuk Africa Selatan dan bersara pada tahun 2007. Wanita berusia 39 tahun ini merupakan isteri kepada Raja Albert II dan mempunyai dua orang cahaya mata bersama. Tak percaya umur beliau dah 39 tahun kan? Nampak macam 20-an lagi.
3. PUTERI AMEERAH BINT AIDAN BIN NAYEF AL-TAWEEL AL-OTAIBI
Puteri Ameerah Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983 dan merupakan puteri Arab Saudi.Beliau merupakan seorang puteri yang sangat pemurah dan mempunyai yayasan sendiri yang dikenali sebagai Al-Waleed bin Talal Foundation. Puteri ini juga mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan dari Universiti New Hevan dan merupakan bekas isteri kepada Putera Alwaleed Bin Talal.
4. PUTERI CHARTLOTTE MARIE POMELINE
Puteri Charlotte merupakan anak kedua kepada Puteri Hanover, Caroline dan Stefano Casiraghi yang merupakan orang Itali. Beliau merupakan pewaris kelapan yang bakal mewarisi takhta Monaco. Puteri yang berusia 30 tahun dan masih solo ini juga mempunyai latar belakang kerjaya dalam bidang kewartawanan. Beliau merupakan editor bagi majalah Above dan juga duta sukan untuk Gucci. Hebat betul!
5. PERMAISURI RANIA (JORDAN)
Permaisuri Rania merupakan isteri kepada Raja Abdullah Al Hussein dan mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Terkenal kerana menjadi sumber inspirasi wanita dunia dengan kecantikan dan gayanya, permaisuri Rania juga banyak melibatkan diri dalam hal-hal pendidikan negara dan juga menjaga kebajikan rakyat dengan baik. Beliau juga selalu dijemput untuk menjadi tetamu jemputan rancangan televisyen kerana selalu memperjuangkan hak wanita.
6. PUTERI SIRIVANNAVARI NARIRATANA (THAILAND)
Puteri Sirivannavari dilahirkan pada 8 Januari 1987 dan merupakan puteri tunggal kepada Raja Vajiralongkorn dan Sujarinee Vivacharawongse. Beliau sangat meminati sastera dan juga sukan. Puteri Sirivannavari juga pernah mewakili Thailand untuk acara badminton pada tahun 2005 di Filipina dan turut memenangi emas! Selain itu, puteri ini juga mempunyai label fesyen sendiri yang pernah dipamerkan di Paris juga.
7. PUTERI SALWA AGA KHAN
Puteri Salwa Aga Khan atau nama asalnya ialah Kendra Spears. Beliau memeluk Islam selepas berkahwin dengan Putera Rahim Aga khan pada tahun 2013. Pada tahun 2008, beliau memulakan kareer sebagai model di New York dan terus berkembang sebagai salah seorang model terkenal yang memperagakan pakaian dari Gucci, Lanvin dan Valentino.
8. PERMAISURI JETSUN PEMA (BHUTAN)
Jetsun Pema adalah permairusi Bhutan dan merupakan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.Baru saja berusia 26 tahun, wanita ini juga amat meminati bola keranjang dan melukis.
Di Bhutan, beliau dikenali dan selalu menjadi inspirasi wanita kerana cara pemakaian tradisional beliau. Walaupun selalu memakai pakaian tradisional, tetapi kejelitaan dan kelembutan beliau sering menjadi kegemaran penduduk Bhutan.
9. PUTERI KEISHA OMILANA (NIGERIA)
Wanita berkulit hitam yang cantik ini merupakan graduan dalam bidang fesyen dan juga seorang model dan terkenal di Amerika Syarikat. Beliau amat dikenali di sana selepas menjadi satu-satunya wanita berkulit hitam yang muncul dalam iklan Pantene di Amerika.
Selain itu, puteri ini juga pernah muncul dalam filem seperti Zoolander dan rancangan televisyen seperti 30 Rock dan SNL.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ok nak tanya. Masa ulang tahun anda yang ke-13 apa yang anda impikan sebagai hadiah? Mungkin seutas jam, sepasang kasut ataupun paling mewah handphone, bukan? Ibu bapa pun mesti sibuk memikirkan hadiah apa yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Tapi, tidak menjadi masalah bagi usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida untuk memilih hadiah untuk puteri kesayangannya.
Dato’ Seri Vida memberikan kejutan kepada anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-13. Kenderaan jenama Mercedes Benz CLA 180 yang diterima oleh Cik B itu dianggarkan bernilai hampir RM200,000! Wow, untungnya jadi Cik B. Umur baru 13 tahun dah dapat hadiah kereta mewah.
Video dua beranak itu dimuat naik Datuk Seri Vida dalam instagram peribadinya dan mendapat perhatian netizen.
Walaupun sebelum ini, Cik B pernah menyatakan hasrat kepada ibunya itu memiliki sebuah kereta mewah jenama Mustang, tapi Cik B tetap gembira dengan hadiah pemberian ibunya itu. Tak dapat Mustang, Mercedes pun ok Cik B.
Dalam satu video, Cik B turut dilihat memandu sendiri kereta mewahnya di sekitar kawasan jualan gudang milik Dato’ Seri Vida walaupun masih belum mempunyai lesen memandu.
Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!