Negeri Kelantan Darul Naim sememangnya terkenal dengan sifat rajin golongan wanitanya mengusahakan perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan kosmetik, barangan runcit mahupun barangan eksklusif seperti barang kemas, kegigihan dan semangat wanita Kelantan dalam mengusahakan perniagaan sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

IKLAN
Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !
RUANG TAMU DILATARI RONA KEEMASAN

Krew majalah NONA baru-baru ini berkunjung ke Kelantan dan bertemu lady boss  Karisma Empayar Sdn Bhd dan Karisma Gold & Jewellery,  Tinie Sulaiman di kediamannya yang terletak di sebuah Kawasan perkampungan di Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan. Dari jauh villa seluas 11350 kaki persegi kelihatan megah berdiri, lambang kejayaan wanita ini yang gigih mengemudi perniagaan sambal dibantu oleh suami tersayang.

Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !
RUANG TAMU KEDUA LEBIH BERSIFAT SANTAI

Kunjungan kami disambut mesra oleh Tinie yang turut memberi ruang eksklusif untuk kami meneroka segenap ruang villa yang mengetengahkan konsep modern English Glam Luxury.

“Saya memang menggemari konsep modern English Glam Luxury kerana ia nampak elegan dan bersesuaian dengan gaya hidup saya dan keluarga. Apatah lagi elemen warna keemasan sememangnya menyerlahkan gaya mewah dan eksklusif,” ujar Tinie yang menggemari konsep keemasan, bersesuaian dengan logo empayar perniagaannya yang menggunakan rona emas sebagai elemen utama.

Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !
RUANG MAKAN MENGHADAP KOLAM RENANG

Ditanya mengenai pemilihan perabot dan dekorasi keseluruhan kediaman, Tinie turut mendapatkan perkhidmatan pereka hiasan dalaman Idaman Deco yang bertanggungjawab memastikan dekorasi kediaman tersebut bersesuaian dengan gaya hidup Tinie sekeluarga.

Melangkah ke tingkat atas kediaman,penulis tertarik dengan ruang rehat keluarga yang terdapat di kediaman ini. Mana tidaknya, bagi ibu yang mementingkan keselesaan serta hubungan kekeluargaan, dia sanggup mengeluarkan bajet untuk menyediakan ruang anjung kediaman yang bukan sahaja menempatkan sebuah meja snooker, malah ia turut mempunyai mini golf untuk mereka sekeluarga bersantai.

Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !
Ruang Anjung Jadi Ruang Kegemaran Keluarga

“Ruang anjung ini sememangnya istimewa untuk saya dan keluarga kerana ruang ini agak unik dan tidak banyak kediaman mempunyai konsep ruang anjung seperti ini. Ruang anjung ini menjadi lokasi kami sekeluarga bersantai dan bermain snooker atau mini golf terutamanya di waktu malam kerana cuaca lebih nyaman berbanding waktu petang,” ujarnya yang memperuntukkan sejumlah bajet untuk merealisasikan ruang anjung yang lain dari yang lain.

IKLAN

Selain ruang anjung untuk keluarga bersantai, Villa Karisma turut dilengkapi kemudahan gimansium yang lengkap serta kolam renang untuk keluarga ini beriadah dan berkumpul terutamanya ketika hujung minggu. Kolam renang yang terletak di garaj yang menempatkan beberapa koleksi kereta mewah kesayangan Tinie dan suami  dilengkapkan dengan dekorasi laman yang menghijau serta mendamaikan. Tidak dilupakan, Tinie turut membina sebuah bilik berhawa dingin untuk menempatkan dua ekor kucing kesayangannya.

Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !
Antara Koleksi Kereta Mewah Miliknya

Tambah Tinie lagi, sebagai empunya empayar perniagaan yang snetiasa sibuk dengan urusan perniagaan di dalam dan luar negara, kediaman yang selesa, tenang dan mengikut citarasanya amat penting untuk merehatkan minda selepas pulang dari urusan perniagaan.

IKLAN

Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !

“Saya amat mementingkan keselesaan terutamanya villa yang baharu diduduki ini. Saya ingin menjadi insporasi untuk wanita di luar sana Berjaya dalam bidang perniagaan, tidak kira apakah jenis perniagaan yang dijalankan kerana saya juga memulakan segalanya dari bawah. Jadi, Villa Karisma ini begitu istimewa kerana ia menjadi lambang kegigihan saya dalam usaha merubah kehidupan yang lebih baik,” ujar Tinie seraya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI