Mengenang musibah banjir yang melumpuhkan sebahagian besar negeri Pulau Mutiara hari ini, Nona sendiri turut berdebar menantikan perkembangan demi perkembangan semasa tentang nasib mangsa di sana.
Satu persatu video rakaman orang awam dan foto-foto yang dirakamkan mereka sebelum berlakunya hujan luar biasa sejak jam 2 petang Sabtu (4 November 2017) menimbulkan rasa bimbang, bertembung pula dengan fenomena air pasang yang menyebabkan banjir kilat di negeri tersebut.
Sayu melihat hampir keseluruhan kawasan rendah di sana dinaiki air, pokok-pokok tumbang dan kerosakan harta benda yang dahsyat kepada penduduk setempat. Malah sampai ke detik ini, dikhabarkan banyak rumah-rumah yang keputusan elektrik dan terpaksa bergelap sejak siang tadi.
Dengar video bunyi angin ini memang menyeramkan.
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Lebuh Carnarvon, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir di George Town, Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Feringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Perai.
Selain kawasan perumahan, hospital awam, hotel dan pelbagai tempat tumpuan pelancong juga menerima tempiasnya. Bukan saja pesakit, malah tetamu hotel dan pelancong juga kini dikatakan masih terperangkap di lokasi masing-masing.
Ads
Ads
Terdahulu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana keadaan terkini masih terkawal.
Katanya, darurat hanya akan diisytihar oleh kerajaan negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.
Banyak dakwaan yang sampai ke telinga Nona mengaitkan bencana banjir ini sebagai satu peringatan Tuhan terhadap kerakusan pembangunan di Pulau Pinang. Antaranya pembinaan bangunan di lereng-lereng bukit serta pelbagai aktiviti meratakan kawasan tinggi.
Ads
Marilah kita meletakkan iktikad bahawa apa yang berlaku adalah perancangan dan kehendak Allah yang menghendaki kita berfikir sebaik-baiknya.
“Ya Allah, tidaklah Engkau jadikan semua bencana dan malapetaka ini suatu yang sia-sia melainkan ada sesuatu di sebaliknya, Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka”.
Sama ada musibah atau pun hikmah, kedua-duanya harus dipandang secara serius oleh semua pihak. Semoga air banjir cepat surut dan tiada kemalangan jiwa berlaku rentetan bencana alam ini. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Facebook (Page Penang Kini & Penang La Nii)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian yang ada dalam diri penyanyi berusia 38 tahun ini yang menepati selera peminat seni.
Di sebalik pujian yang diterima, Zazzleen tidak terlepas daripada menerima kecaman khalayak. Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata ini cekal menempuh ranjau sebagai anak seni.
Apatah lagi, ibu tersayang iaitu Datin Normala Omar pernah ada hasrat untuk menjadi penyanyi namun impian tersebut tidak kesampaian.
Zazzleen Sertai OIAM Banggakan Ibu Datin Normala Omar
Yang pasti, kemampuan Zazzleen untuk layak bertanding di pentas OIAM sudah cukup membanggakan ibu dan keluarga. Seolah-olah menghidupkan kembali cita-cita Datin Normala suatu ketika dulu.
Antara individu yang menjadi penyokong tegar Zazzleen pastinya adik-beradik terutama kakak tersayang, Dr Norzizi Zulkifli yang merupakan pensyarah dan pelakon berbakat besar.
Kongsi Dr Norzizi sewaktu hadir menyaksikan persembahan adiknya, “All about love. Kita hadirkan Mama buat pertama kali di studio dan semua ahli keluarga turun untuk memberi sokongan padu untuk Zazzleen Zulkafli. Aku juga pakai cincin arwah papa, khas buat kau!
Menang kalah itu cerita kemudian, yang utama kau telah membuat mama papa begitu bahagia dan kau telah menjadi nyawa yang menghidupkan segala impian mama yang tak terlaksana!”
Sementara itu, Zazzleen turut bersyukur kerana ibu tersayang sentiasa berada di belakangnya dan pernah berkongsi pentas dengan Datin Normala Omar untuk satu persembahan tidak lama dulu.
“Another beautiful momen untuk saya di mana dapat berduet bersama mama saya sendiri. Seniwati Normala Omar. Walaupun duet-duet manjah but dapat sepentas dengan beliau bukan senang ya.
I’m proud sebab bakat nyanyian mama turun pada saya. Makin rasa nak buat showcase tentang mama makin dapat peluang dengan dia. Teringin nak nyanyi semua lagu mama depan mama and all her fans.”
Allahyarham Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar mempunyai lima orang cahaya matai aitu Dr Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkenal sebagai trendsetter kepada produk coklat dan bijirin di dalam balang serta telah mempelopori pasaran sejak tahun 2014, produk crispy chocojar viral, NIMS kini tampil dengan pembungkusan baharu iaitu di dalam tub plastik. NIMS The Best Crispy Choco Tub menjadi signature product kepada pasaran makanan snek tempatan.
Kredit Foto: IG @nims.hq
Sempena meraikan para usahawan yang berjaya mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun 2021, NIMS ADELICIOUS SDN BHD menganjurkan majlis makan malam istimewa, NIMS Starpreneur bertemakan pesona malam dan kilauan bintang di Hotel EQ Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
60 usahawan NIMSpreneur yang diraikan menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Turut diraikan bersama ialah 200 usahawan NIMS. Tengku Nurhanira Tengku Othman dinobatkan sebagai Top 1 Millionaires Achiever dengan jumlah re-stock sebanyak RM6.6 juta. Para pemenang menerima sijil penghargaan, trofi, dan replika cek. 5 Master leader NIMS turut menerima replika kunci jenama idaman masing-masing sebagai bonus pencapaian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan sejak 8 tahun lalu. Hari ini NIMS mempunyai 2 buah kilang di Klang dan Bangi yang merupakan kilang memproses, mengeluar dan mengedarkan produk-produk makanan snek di bawah jenama NIMS.
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman.Kredit Foto: IG @hanim.nims
Pertengahan Februari lalu, sebuah pusat pengedaran dibuka di Kota Kinabalu, Sabah bagi merapatkan jurang dan mengurangkan kos penghantaran dari Semenanjung seterusnya memberikan lebih nilai kepada reseller NIMS yang berada di Malaysia Timur. Sepanjang tahun 2021, NIMS merekodkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 3 juta unit dengan purata 300 ribu unit sebulan. Tahun ini, NIMS bakal mengeluarkan rangkaian produk baharu bagi memenuhi permintaan pasaran.
Penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz pada majlis makan malam bagi menghiburkan para tetamu dengan 3 buah lagu.
Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz. (Kredit Foto: IG @nims.hq)
Kemuncak majlis ini adalah pengumuman duta produk NIMS, Iman Troye yang merupakan artis muda berbakat besar. Kemunculannya bermula dengan sketsa video mempromosikan produk raya edisi terhad NIMS. Iman turut menyumbangkan 3 buah lagu termasuk single terbarunya, Harum Sundal Malam.
Artis muda berbakat besar, Iman Troye. (Kredit Foto: IG @nims.hq)
Harapan NIMS, untuk menyemarakkan lagi pembangunan usahawan yang bernaung di bawah jenamanya. NIMS mensasarkan seramai 10 ribu bakal usahawan baharu yang akan menerima manfaat daripada produk serta pelan bisnes yang disediakan di NIMS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai perjalanan Pencarian NONA Superwoman, USANITA SDN BHD terpanggil membantu usahawan terutama golongan B40 dan M40 untuk membangunkan mereka dalam era Industri 4.0 menerusi penjenamaan dan pendigitalan terutamanya di kalangan usahawan B40 dan M40.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan, melalui program ini, USANITA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan bergerak seiring membantu usahawan yang terjejas. Di samping itu, USANITA turut mendapatkan kerjasama dari Datuk Rosyam Nor untuk merealisasikan objektif pengukuhan semula ekonomi golongan berkenaan.
Bercakap mengenai penjenamaan, Datuk Rosyam Nor menyifatkan dalam kehidupan seharian seharusnya mempunyai penjenamaan terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam perniagaan. Menurut usahawan selebriti ini lagi, era digital sudah sampai ke kemuncak apatah lagi apabila Covid-19 menyerang, ia banyak mengajar setiap individu erti kepayahan baik hidup mahupun bisnes tetapi pada masa yang sama ia mendidik tentang erti transformasi.
“Selari dengan aspirasi kerajaan mengenai Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, USANITA cuba menyuntik semangat usahawan IKS B40 dengan program dan webinar bagi mereka dalam mendepani cabaran pandemik. Hubungan baik di antara USANITA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selamaini juga memberi banyak peluang dan sokongan buat wanita yang terkesan akibat Covid-19 dalam menceburi bidang perniagaan.
USANITA mensasarkan untuk membantu seramai 50 orang usahawan untuk mendalami ilmu penjenamaan dan pendigitalan di bawah bimbingan USANITA dan disokong oleh usahawan selebriti Datuk Rosyam Nor.
.Turut hadir di majlis sidang media tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyokong usaha yang dijalankan oleh USANITA yang menyediakan platform khas untuk membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.
“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall @KPLB bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,” ujar beliau semasa memberi ucapan perasmian semalam.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penghibur terkenal tanah air, DAyang Nurfaizah yang mendendangkan dua buah lagu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!