Terserlah kebahagiaan di riak wajah 3 artis jelita ini yang baru bergelar ibu. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang meraikan Syawal bersama bayi sulung mereka. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla juga nampaknya semakin berseri-seri! Jom jenguk koleksi foto mereka bersama yang tersayang.
Dari kiri: Tasha Shilla, Nur Fazura dan Zahirah Macwilson.
NUR FAZURA
Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.
ZAHIRAH MACWILSON
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.
TASHA SHILLA
Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.
Bila tiba hujung tahun, ramai yang terfikir hadiah istimewa untuk acara gift exchange. Walaupun ada yang bekerja dari rumah, aktiviti tahunan jangan dilupakan. Jangan gunakan alasan tak boleh berjumpa bersama-sama dek kerana PKPB sedangkan pembelian online hanya di hujung jari! Pesan sahaja dan hadiah akan sampai depan pintu rumah teman-teman.
Bagi yang meraikan Hari Natal pula, inilah masanya untuk membuat pembelian bijak. Terlalu banyak produk yang menawarkan hadiah berbentuk set pada harga yang sangat reasonable. Pilih sahaja yang sesuai dengan ‘jiwa’ orang tersayang, dan buat kejutan pada mereka di hari perayaan nanti. Jom tengok apa yang boleh kita senaraikan dalam wishlist anda nanti!
BECCA X BARBIE FERREIRA PRISMATICA FACE PALETTE
Palet yang boleh menghilangkan kebuntuan anda untuk ‘mewarnai’ wajah dan mata. Variasi warna yang sangat cantik dan moden ini sungguh versatil dalam shades yang berbeza. Dalam satu palet, anda boleh mendapatkan pembayang mata, highlight, pemerah pipi dan bronze.
BRIOGEO DETOX + RESTORE KIT: SCALP REVIVAL SCALP SCRUB SHAMPOO + DON’T DESPAIR REPAIR HAIR MASK
Jika anda mempunyai teman yang mungkin memerlukan sedikit penelitian untuk rambut, inilah hadiah terbaik untuknya. Untuk mendapatkan rambut yang lembut dan kulit kepala yang sihat, pemilihan produk rambut sangat penting. ia membantu mengurangkan kegatalan, iritasi dan kulit kepala berkuping. Malah, ia mengekalkan kelembapan kulit yang diperlukan.
MARIO BADESCU DEW IT FOR THE GLOW SKINCARE SET
Bukan wanita sahaja perlukan penjagaan kulit muka tetapi lelaki pun sama! Set ini memberi anda satu rahsia kulit wajah berseri dan begitu dewy. Bayangkan penerima hadiah ini akan mempunyai masa yang menyeronokkan kerana dapat membelai kulit dengan lebih baik. Dalam satu kit, rutin penjagaan wajah akan jadi lebih mudah.
NUDESTIX NUDEFIX CREAM CONCEALER
Krim penyelar noda atau concealer diformulasi daripada inovasi skin-loving botanicals dari Korea yang meminimakan tekstur dan membantu microbiome kulit untuk lebih seimbang. ‘Hilangkan lingkaran gelap bawah mata, cela pada kulit dan kemerahan yang menonjol pada wajah.
SATURDAY SKIN YUZU VITAMIN C SLEEP MASK
Seronoknya bila bangun tidur kulit terasa segar dan lembut. Masker wajah yang ringan dan melebpa ini membantu mengurangkan garisan halus, tanda-tanda penuaan, kulit kusam , liang roma dan kulit yang stress.
SMASHBOX PHOTO FINISH PRIMER TRIO SET
Jadilah orang yang kreatif untuk asas solekan anda. Bayangkan kulit wajah yang halus, lembut, lembap dan segar sebelum aplikasi warna pada wajah.
STILA DOUBLE DIP SUEDE SHADE AND GLITTER & GLOW LIQUID EYE SHADOWS
Edisi terhad ini adalah pembayang mata jenis cecair yang memudahkan anda untuk bersiap dengan lebih cepat. Solekan anda hanya memerlukan calitan ringkas dan ringan, baik unutk ke pejabat mahupun aktiviti sosial.
SUPERGOOP! READY.SET.PLAY – SKINCARE KIT LIMITED EDITION
Dengan SPF 50, kit ini sangat sesuai untuk kegunaan wajah, badan dan aktiviti seharian di bawah cahaya matahari. Set ini mempunyai PLAY Everyday Lotion SPF 50 with Sunflower Extract, PLAY Antioxidant Body Mist, PLAY Lipbalm dan Superscreen Daily Moisturizer.
TARTE CURL’S BEST FRIEND LASH CURLER SET
Kolaborasi duo yang terbaik untuk mendapatkan mata yang begitu menawan. Di datangkan dalam fizikal yang sangat femini, ia tentu menjadi hadiah paling bermakna.
TATCHA DEWY SKIN DUO
Ritual ringkas ini memastikan kulit wajah berseri-seri dan kompleksi kulit yang sangat diidamkan para wanita.
ZOEVA SHARE YOUR RADIANCE COCOTTE MAKEUP SET
Dream set yang sangat diimpikan wanita. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dan tentu pemberian ini mampu menceriakan mana-mana wanita! Ketiga-tiga items ini sangat penting untuk mendapatkan wajah berseri. Dalam bentuk mudah dibawa, anda boleh kelihatan cantik walau di mana sahaja.
Tuntutan bekerja dari rumah, menatap skrin komputer atau gadget berjam-jam lamanya, keletihan, kurang tidur dan banyak menangis merupakan antara faktor pemicu mata panda.
Sebagai wanita, bayang-bayang gelap di bawah mata ini tentu sekali membuatkan wajah tampak lesu bahkan kelihatan lebih tua dari usia.
Mata panda biasa berlaku di kalangan warga tua. Peningkatan usia menyebabkan kulit semakin nipis dan berkurangnya jaringan lemak serta kolagen. Akhirnya pembuluh darah akan menonjol sekaligus membuatkan warna kulit di bawah mata terlihat lebih gelap.
TIP MUDAH
Sempena musim perayaan ini, tentu kita inginkan wajah yang segar meskipun sekadar berfoto atau membuat panggilan video. Dua cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda ialah:
(1) Sapu Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener
Pengasas Fenty Beauty, Rihanna
Litupan maksimum dengan gabungan Fenty Skin Flashnap, Fenty Beauty Bright Fix dan Profiltr Concealer
Kesan sebelum dan selepas Bright Fix
Cara paling efektif menangani mata panda dengan segera. Teksturnya yang ringan berupaya melitupi bayang gelap dengan sempurna, sambil melembap, mencerah dan menyamarkan dengan sekata.
Hanya pupukkan sedikit di bawah mata dan ratakan dengan berus, span atau jari yang bersih. Tepuk perlahan hingga sekata dan boleh susuli dengan solekan seterusnya.
(2) Amalkan AHC Luminous Glow Eye Cream for Face setiap hari
AHC melancarkan krim mata baharu dengan kesan pencerahan dan anti-penuaan yang terbukti efektif. Ramuan glutathione, vitamin C dan asid hyaluronic mampu merangsang penghasilan kolagen sekaligus menyerikan bahagian bawah mata dengan cepat.
Amalkan pemakaian krim mata secara konsisten. Bahagian kulit bawah mata jauh lebih nipis daripada bahagian kulit yang lain jadi pastikan anda mengamalkan pemakaian krim yang khusus untuk menjaga kawasan ini. Krim yang baik juga dapat menyamarkan garis-garis halus atau melambatkan kedutan di sekitar mata.
PETUA MUDAH DI RUMAH
Minum air secukupnya.
Tuam mata dengan kain bersih berisi ais.
Tuam dengan uncang teh basah yang telah disejukkan.
Tinggikan posisi kepala ketika berbaring.
Elakkan kopi dan minuman berkafein.
Hadkan masa melihat skrin.
Tidur secukupnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
21 Disember lalu, Puteri Nur Aisya yang merupakan anak perempuan kepada pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan bekas isteri, Nor Aliah Lee selamat melangsungkan perkahwinan. Diraikan dalam sebuah majlis serba indah dan meriah, Puteri Nur Aisya sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Muhammad Hasif.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengantin perempuan yang berusia 25 tahun berkenaan tampil cantik berseri dalam persalinan perkahwinan indah rona putih gading.
Ibu Puteri Aisya, Nor Aliah Lee Tampil Anggun
Begitu juga ibu pengantin perempuan, Nor Aliah Lee yang kelihatan cukup anggun dalam busana tradisi warna beige.
Aktres filem Puteri Impian tersebut dilihat mengiringi anak perempuan tersayang ke pelaminan ketika majlis pernikahan.
Rata-rata warga maya merindui wajah jelita Nor Aliah Lee dan memuji penampilan awet muda selebriti wanita berkenaan. Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun namun pesona dan keanggunannya jelas terserlah.
Majlis pernikahan berlangsung sempurna apabila Puteri Aisya dinikahkan bapa kandung, Aziz M. Osman.
Nor Aliah Lee Syukur Anak Perempuan Sah Jadi Isteri
Pasangan mempelai turut diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat. Difahamkan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2024 yang lalu.
Dalam resepsi ini, Aziz yang juga bintang filem XX-Ray turut memuat naik gambarnya di samping anak perempuan tersayang.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.