Wajah Cantik Bintang ‘La Usurpadora’ Ini Pernah Jadi Bualan, GABRIELA SPANIC Kini 48 Tahun!

Jatuh cinta tengok kecantikan aktres kelahiran Venezuela ini Ketika membintangi telenovela popular, La Usurpadora ini sekitar tahun 1998. Kemunculan Gabriela Spanic yang melakonkan dua watak utama, Paulina Martinez dan Paola Bracho waktu itu meninggalkan kesan di hati penonton hingga ke hari ini.

Kini selepas 24 tahun berlalu, Gabriela Elena Spanic Utrera atau lebih dikenali sebagai Gaby terus mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan nyanyian.
Malah, dia turut mempamerkan bakat tarian dalam sebuah pertandingan. Serba boleh!

Rupa paras cantik Gaby ketika telenovela La Usurpadora
Rupa paras cantik Gaby ketika telenovela La Usurpadora

Dilahirkan pada 10 Disember 1973, Gaby bakal mencecah usia 49 tahun. Dia merupakan model, penyanyi dan pelakon kelahiran Venezuela. Gaby juga mempunyai kembar bernama Daniela Spanic, adik perempuan Patricia Spanic dan seorang adik lelaki, Antonio Spanic.

Mereka ialah keturunan Venezuela-Croatia dan anak kepada pasangan Casimiro Spanic dan Norma Utrera. Bapa mereka berasal dari Croatia manakala ibunya pula kelahiran Venezuela. Datuk, nenek dan bapa Gaby berhijrah dari Croatia ke Venezuela pada tahun 1947.

Prevnews melaporkan selebriti ini pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi tetapi pengajiannya terganggu dek kerana Gaby mahu meneruskan karier lakonan.

Gaby (kanan) di samping kembarnya, Daniela

Kerjaya seni Gaby bermula selepas dia menyertai pertandingan Miss Venezuela pada tahun 1992 yang menjadi batu loncatan kepadanya untuk menceburi bidang lakonan.

Dia muncul dalam telenovela pertamanya, Morena Clara dengan melakonkan watak antagonis, Linda Prado. Selepas kejayaan membintangi beberapa telenovela di negara kelahiran, Gaby melebarkan sayap ke Mexico dan diberi kepercayaan melakonkan dua watak utama dalam telenovela Mexico, La Usurpadora pada tahun 1998.

Ia sekaligus menjadi langkah permulaannya untuk ke peringkat antarabangsa.

Gaby Spanic
Wajah terkini Gaby
Wajah terkini Gaby
Wajah terkini Gaby
Bersama anak tersayang

Tidak dinafikan, penangan telenovela La Usurpadora mencetus fenomena tersendiri di Malaysia. Kerana rupa paras dan bakat para pelakon serta jalan cerita yang menarik, penonton sanggup mengikuti sehingga 102 episod!

Pada tahun 2008, Gaby melahirkan seorang anak lelaki dinamakan Gabriel de Jesus Spanic.

 

IKLAN
Share