Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri Arni Nazira ni. Macam kembar pun ada. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Terpesona dan tak jemu mata memandang!
Puteri Aleeya Antasha, anak sulung Arni yang kini berusia 21 tahun. (Kredit Foto: Instagram @aleeyantasha)Puteri Aleefa Antasha yang berusia 19 tahun. (Kredit Foto: Instagram @aleefaantashaa)
Menurut perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Nona, Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management. Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Kredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaa
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Awie namun mereka bercerai pada tahun 2006.
Wajah terkini Arni Nazira yang masih cantik dalam usia 42 tahun.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Ayesha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
Bahagia bersama suami dan 3 anak. (Kredit Foto: Instagram @arninazira)
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik. Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.
Ads
Kredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleeyantasha
Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.
Kredit Foto: Instagram @aleeyantasha
Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kasar’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”
Kredit Foto: Instagram @aleefaantashaaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaa
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua kecantikan yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
Ads
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang. Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 42 tahun.
Pasangan bahagia dan romantik! (Kredit Foto: Instagram @arninazira)
Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.
“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp. Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah. Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga.”
Ads
Kredit Foto: Instagram @arninazira
Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Kredit Foto: Instagram @arninaziraKredit Foto: Instagram @arninazira
Sekitar tahun 90an, Arni popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’ serta memiliki raut wajah yang lembut dan ayu. Kini hampir 12 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada tahun 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram @arninazira @aleeyantasha @aleefaantashaa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ezzah Aziz Fawzy antara nama besar dalam industri penyiaran negara. Berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran, Ezzah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit. Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.
Bakal mencecah usia 60 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.
Pada era kegemilangan tersebut, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita bahkan dia turut pernah mengendalikan program popular seperti Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 dan pengacara wanita Jejak Rasul.
Kredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzy
22 Januari lepas, figura jelita ini berkongsi momen pertunangan anakanda tersayang di media sosial miliknya. Tampil anggun dalam persalinan kurung dan tudung polos rona kuning cair, kejelitaan Ezzah meraih pujian ramai. Hanya mengenakan solekan ringkas pun tetap terserlah kecantikan wanita kelahiran Kluang, Johor ini.
“Alhamdulillah. InsyaAllah Kak Ezzah dan Abang Rezal terima menantu lagi tahun ni. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan,” kongsinya.
Meskipun tidak lagi aktif muncul di kaca televisyen, aura Ezzah masih menjadi bualan. Mana tidaknya, pada usia mencecah 60 tahun dia masih kelihatan sihat bertenaga.
Walau sudah bergelar nenek dan mempunyai tiga orang cucu, penampilannya sentiasa anggun dalam kelas tersendiri.
Aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang, Ezzah juga gemar bercucuk tanam. Buktinya, taman di kediaman personaliti ini dihias indah dengan pokok-pokok bunga mawar yang tumbuh mekar.
Enggan mensia-siakan pengalaman dan bakat yang ada, Ezzah pada Oktober 2021 telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hebat!
Ezzah Aziz Fawzy mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya matai aitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati tak keruan saat membelek wajah di cermin. Melihat bintik-bintik hitam yang degil, jengkel dan memalukan mengundang tidak yakin diri. Sudah penat berusaha cegah bintik-bintik hitam ini timbul tetapi kehadiran yang tidak di undang ini seperti tidak mahu beralih. Tidak mahu bintik-bintik hitam ini terus mencacatkan penampilan, ayuh singkir bintik-bintik hitam daripada terus melekat di lapisan luar kulit agar kelihatan cantik dan berseri.
KELUPAS DENGAN SODA BIKARBONAT
Pori-pori yang tersumbat sebenarnya merupakan punca terjadinya bintik-bintik hitam ini. Soda bikarbonat mampu menyingkirkan segala bintik-bintik hitam umpama membuat rawatan micro dermabrasion di pusat rawatan kecantikan. Caranya sangat mudah dengan mencampurkan soda bikarbonat dengan air sehingga membentuk seperti tekstur pes. Sapukan di wajah terutama di kawasan yang mempunyai bintik-bintik hitam. Jika sering dilakukan dapat menyingkir segala bintik-bintik hitam di wajah.
PORE STRIPS
Pore Strips telah diangkat sebagai hero untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam yang melekat di wajah. Telah digunakan sejak dahulu lagi dan ternyata terbukti keberkesanannya. Tidak perlu bersusah payah, cuma beli pore strips di kedai atau farmasi. Basahkan kawasan yang mahu dirawat dan letak pore strips di situ, biarkan selama 15 minit. Apabila sudah kering tarik pore strip serentak. Tarik dengan lembut agar tidak menyakitkan kulit. Hasilnya, bintik-bintik hitam akan melekat keluar mengikut pore strips. Kemudian, jangan biarkan pori-pori terus terbuka, sapu pelembap untuk mengelak kerengsaan kulit.
CLAY MASKS
Topeng muka yang berasaskan tanah liat mampu menyedut keluar ketidaksempurnaan kulit umpama sebuah mesin penyedut. Tanah liat umpama magnet yang boleh menyingkirkan bintik-bintik hitam atas kulit. Selagi kerap membersihkan wajah dengan topeng muka berasaskan tanah liat ini, anda pasti teruja dengan hasilnya. Sebaik-baiknya guna topeng muka ini seminggu sekali dengan menyapu ke seluruh bahagian wajah. Biar seketika dan bersihkan dengan air suam sehingga bersih.
SALICYLIC DAN GLYCOLIC ACID
Jadikan kedua-dua jenis asid ini sebagai BFF. Ketika memilih untuk membeli pencuci muka dan penyegar, pastikan kedua-dua jenis asid ini terpampang di label kandungannya. Salicylic acid adalah lipophilic mampu menarik lemak atau minyak di lapisan kulit. Bukan itu sahaja konsentrasi asid ini boleh membersihkan liang pori-pori kulit. Penggunaan secara konsisten boleh membantu mengelakkan bintik-bintik hitam hadir dan membantu kulit yang sihat dan cantik. Manakala glycolic acid pula merupakan alpha hydroxy acid (AHA) berkuasa menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran di atas kulit. Kombinasi kedua-dua asid ini boleh membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam daripada terus menular.
RETINOIDS
Biasanya retinoids ini akan di pek bersama vitamin A untuk mendapat kesan yang optimum pada kulit. Retonoids ini membantu memperbaiki pertumbuhan kulit agar jerawat tidak muncul. Malah ia juga boleh membantu menyingkirkan sel kulit mati dengan berkesan. Ketika pertama kali menggunakannya kulit akan mengelupas seperti selepas melakukan proses pengelupasan. Selepas dua atau tiga minggu kulit tidak akan mengelupas dan akan menjadi lebih cerah dan cantik secara semula jadi. Boleh memilih produk mengandungi retinoids yang dibeli di farmasi atau mendapatkan preskripsi doktor yang bertauliah.
JANGAN PICIT
Seperti biasa apabila terdapat bintik-bintik hitam atau jerawat di wajah pantas sahaja tangan hendak memicitnya keluar. Jangan sekali-kali memicit bintik-bintik hitam dengan tangan lebih-lebih lagi jika terdapat bakteria yang tidak kelihatan di tangan. Memang tidak sabar melihat bintik-bintik hitam di wajah tetapi tindakan memicit keluar hanya akan memburukkan lagi keadaan sahaja. Biar sahaja mereka yang pakar sahaja mengeluarkan bintik-bintik hitam itu. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik paras rupa, bahkan Datin Sri Sasha juga peramah dan berbudi bahasa orangnya. Meskipun baru mengenali Datin Sri Natasha Rosa namun perwatakan dirinya cukup menyenangkan.
Tanggal 12 Disember lalu, genap lima tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Sepanjang mendirikan rumah tangga, suri hati pelakon kacak ini bijak menjaga sisi peribadi dan menjaga baik nama suami.
Berkongsi momen indah sempena ulang tahun perkahwinan, wanita berketurunan Serani ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik.
“Here we are after 5 years my teddy bear Eizlan Yusof. With Bee Zaelynn Rosa by our side and mom. Thank you for everything you always do for us and all your love.”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof berkenaan mendedahkan sisi suami tercinta.
“Abang ni sebenarnya sangat-sangat kelakar. Dekat luar orang tengok dia very friendly, itu memang betul. Tapi yang orang tak tahu, dia punya kelakar tu… kelakar tak ingat dunia.”
Sementara itu ditanya sejak bila mengenali Dato’ Sri Eizlan dan keistimewaan suami di matanya, ini pengakuan Datin Sri Sasha.
“Kami kenal sejak 2015, kenal sebagai kawan dulu. Saya tertarik sebab abang kelakar, seorang yang baik hati dan senang bercakap dengan dia sebenarnya. Dia seorang listener yang bagus.
Pastinya kita sebagai pasangan, nak suami yang sanggup mendengar (luahan) baik buruk kita dan dapat share apa yang betul dan tak,” jelasnya.
Datin Sri Sasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.
Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai kakitangan pengurusan hotel bertaraf lima bintang di ibu negara dan dilamar Dato’ Sri Eizlan pada September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.