
Bekerjaya dan sukses Gauri Khan! Oktober nanti, suri hati Shah Rukh Khan ini bakal menginjak usia 54 tahun. Kian matang dan berpenampilan anggun, Gauri sering menjadi perhatian khalayak di India khususnya dalam kalangan peminat suaminya.
Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, ibu tiga cahaya mata ini juga bijak mengasah potensi diri dan mengusahakan empayar perniagaan sendiri. Meskipun Shah Rukh Khan seorang pelakon terkemuka di India namun figura ini memilih untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada suami.
Gauri Khan Berdikari Bina Empayar Niaga

Difahamkan, wanita gemar berfesyen berkenaan merupakan usahawan syarikat hiasan dalaman. Gauri atau nama penuhnya Gauri Chibber dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India dan mula mengenali bintang Bollywood itu pada tahun 1984.
Hubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi.
Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.
View this post on Instagram



Kini, hasil perkahwinan selama lebih tiga dekad mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan. Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya.
Latar Belakang Gauri Khan
Memetik laporan portal India Today, Gauri merupakan graduan Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus pendek seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut diambil memandangkan bapa Gauri adalah pengusaha pakaian.

Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia turut bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama suami tercinta.
Terbiasa dengan rutin harian yang sibuk, Gauri turut meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs iaitu sebuah syarikat hiasan dalaman yang menawarkan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran termasuk hotel dengan penataan dekorasi serba glamor dan klasik.
Antara personaliti yang pernah menjadi kliennya ialah isteri lelaki terkaya Asia, Nita Ambani, Aishwarya Rai, Kajol, dan beberapa selebriti Bollywood lain. Pandai Gauri mengurus dan membahagikan masa untuk keluarga juga kerjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


https://www.nona.my/bahagia-17-tahun-kahwin-selain-ligat-bisnes-khai-rosma-ada-badan-amal-sendiri-bantu-orang-memerlukan/
















