Jika kita ada sebarang keraguan tentang apa jua masalah kehidupan lebih baik bertanya daripada tersesat jalan. Bertanya biarlah kepada mereka yang tinggi ilmunya dan juga daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 ini, banyak sekali persoalan mengenai masalah kesihatan dan hukum dalam Islam yang kurang pasti di kalangan masyarakat.

Tertarik dengan persoalan wawancara PU Azman bersama selebriti cantik manis Mira Filzah. Tanya Mira Filzah kepada Ustaz PU Azman, “Mati disebabkan COVID-19 ni, mati syahid atau tidak?”

PU Azman Jawab Soalan Mira Filzah, Betul Ke Korban COVID-19 Mati Syahid?

Jelas PU Azman, “Sebahagian ulama yang meletakkan kategori COVID-19 adalah wabak, maka ia dikategorikan sebagai mati syahid. Dalam satu hadis, Nabi ada sebut antara syahid itu ialah tho’un. Tho’un ini didefinasikan sebagai penyakit menular. Jadi COVID-19 adalah salah satu bentuk penyakit menular, insyaAllah siapa yang wafat dalam COVID-19 ini mati syahid.”

Menambah lagi huraian tersebut, PU Azman turut menyatakan, “Ada satu lagi hadis, Nabi kata kelebihan orang yang duduk di rumah tidak keluar ketika penyakit wabak, bersabar dan berusaha elak penyakit dan berharap ganjaran Allah, insyaAllah dia akan dapat pahala syahid,” ujar PU Azman.

PU Azman Jawab Soalan Mira Filzah, Betul Ke Korban COVID-19 Mati Syahid?

Oleh karena itu, orang yang bersabar menghadapi wabak penyakit dan sampai meninggal itu digolongkan sebagai orang yang mati syahid. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa beliau pernah bertanya pada Rasulullah mengenai wabak penyakit atau tho‘un. Rasulullah saw. memberi isyarat demikian:

أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا، يَعْلَمُ أَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ» تَابَعَهُ النَّضْرُ، عَنْ دَاوُدَ

Ertinya:

(Tho‘un) itu azab yang Allah timpakan pada siapa saja yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya rahmat bagi Mukminin. Tidaklah seorang hamba yang di situ terdapat wabak penyakit, tetap berada di daerah tersebut dalam keadaan bersabar, meyakini bahawa tidak ada musibah kecuali atas takdir yang Allah tetapkan, kecuali ia mendapatkan pahala seperti orang yang mati syahid. Hadis ini diperkuat riwayat al-Nadhr dari Daud (HR Bukhari).

Semoga kita bersama-sama terus berada di rumah dan berdoa supaya Allah SWT menghapuskan wabak COVID-19 ini dan kembalikan kesihatan yang buat semua umat manusia.

Ya Allah, Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit serta segala bala yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta… Aamiin. Kiffy Razak #doayangbaikbaik #stayathome #dudukrumah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI