Beberapa bulan lepas, penulis bersama beberapa teman akrab bercuti ke Phuket, Thailand. Kononnya, hendak melepaskan lelah bekerja. Pada awalnya kami mahu ke pulau sekitar Malaysia saja tapi memandangkan tiket penerbangan murah, so berjalan jauh sikitlah.

Ads

Malam ketiga di Phuket, teman-teman lain semuanya sudah kepenatan. Mana tidaknya, seharian berjemur di pantai dan membeli-belah, lutut pun dah jadi lembik!

Dipendekkan cerita, penulis teringin melepak di kafe berhampiran tempat penginapan kami. Ada live band! Jee, seorang akauntan bank menawar diri untuk menemani. Pabila berteman, lagi seronok!

Di situ kami hanya memesan segelas jus. Suasana kafe sudah mula hingar-bingar dengan kehadiran pengunjung yang ingin melayan halwa telinga. Jee pun hanya melayan perasaan.

Wajah pan Asian miliknya menjadi tarikan beberapa lelaki di sana. Jee tak layan kerana dia seorang wanita yang berpendirian tegas, walaupun daripada zahir penampilannya cukup seksi. Di Phuket ni lagi seronoklah dia, hanya singlet dan hot pants!

Entah bagaimana, kami berborak mengenai masa depan. Kami sama-sama bujang tetapi Jee lebih bernasib baik kerana hidupnya mewah dek pekerjaan yang bagus serta perniagaan online yang dilakukan.

You bila nak kahwin? Rumah besar, kereta besar, rupa cantik, kerja bagus, mesti ramai orang nak,” straight forward soalan penulis.

“Kahwin dengan lelaki yang hanya pandang rupa paras? Dalam dunia ni, semua lelaki nak cari yang elok,” jawabnya seraya mengeluh panjang.

You tahu, hari ni I ambil keputusan untuk tutup apa yang patut,” sambungnya perlahan.

Ads

“Eh, tutup apa?” Pelik pula kata-kata Jee. Wajahnya juga nampak serius.

I nak berubah. I rasa selagi I tak ikut laluan yang betul, selagi itu hidup I bagai kosong. I bukan nak cakap besar, tapi hakikatnya, hidup I tak pernah sunyi dari kehadiran lelaki. They come and go. I perlukan suami yang boleh membimbing. Tapi I gagal.

Pernah satu ketika, I berkawan dengan seorang lelaki yang cukup baik budi pekerti. Solat tak tinggal! Tapi you taulah I, gatal tangan nak bermanja dengan dia. Tanpa segan silu, dia pula berlebih-lebih.

Ads

Balik ke KL nanti, I dah bersedia untuk berubah. I nak kembali kepada fitrah wanita Islam. I dah pun tender surat letak jawatan. I dapat kerja baru di sebuah hotel yang mengikut syariah. Gaji kecil sikit, tapi tak apalah.

I dah recce bagaimana cara kerja mereka di sana. Islamic compliance. I akan ke sekolah pondok malah I dah pun beli rumah wakaf di sana,” tegas Jee.

Itu azam Jee. Bagaimana pula kita… Masih banyak lagi amalan wajib yang tidak diikuti. Jika Jee boleh berubah… Kenapakah tidak kita? Azam baru, bukan sekadar di bibir tetapi diabadikan dalam hati, dipraktikkan setiap hari. InsyaAllah.

Kata-kata Jee itu menjadi peringatan dan nasihat untuk penulis renungkan. Semakin kita berhasrat untuk mengejar dunia, maka akan semakin terlena pula kita dibuatnya! KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI