Kini, semakin ramai wanita berhijab yang bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daipada mengikuti trend fesyen terkini. Bagi wanita yang berhijab, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej berhijab agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian muslimah moden, berikut merupakan tip fesyen terkini khusus untuk wanita berhijab.
IKLAN
(1) PEMILIHAN RONA
Rona gelap adalah rona terbaik buat anda. Ia bukan sahaja memberi kesan yang lebih langsing buat tubuh anda, malah rona gelap juga dapat membuatkan penampilan anda kelihatan lebih elegan dan eksklusif. Selain rona gelap, anda juga boleh memakai pakaian berona pastel dan lembut.
(2) MEMAKAI OUTERWEAR
Sekiranya anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan T-shirt kegemaran anda, anda boleh memadankannya dengan memakai outerwear. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti kardigan, jaket, kimono top dan sweater. Namun, harus diingatkan, bergayalah mengikut kesesuaian gaya dan personaliti anda.
(3) MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL
IKLAN
Kini terdapat banyak koleksi busana muslimah moden yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Pentin untuk wanita berhijab untuk memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.
IKLAN
(4) KELONGGARAN BUSANA
Anda boleh bergaya dengan koleksi busana muslimah seperti kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan longgar dan trendy. Koleksi busana seperti ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan bersama celana, malah cukup menarik untuk dipadankan bersama skirt labuh.
Nama pereka fesyen kacukan British-Jepun, Hana Tajima, terus menjadi sebutan kerana karya skarf dan stail hijabi yang dihasilkan memberi definisi baru kepada cara generasi muda berpakaian.
Meskipun identiti Hana Tajima kini tidak lagi berhijab seperti dulu, namun beliau tetap meneruskan minat dan kerjaya seninya dalam fesyen.
Mahu keluar dari kepompong rekaan Islamik dan lebih berpaksikan gaya moden, hala tuju Hana walau bagaimanapun tetap kelihatan sopan serta tidak terlalu mendedahkan kulit.
Buktinya melalui koleksi dress HANA TAJIMA FOR UNIQLO 2022 Spring/Summer ini, beliau selesa dengan potongan separas betis, ringkas dan selesa.
Hana Tajima
Dress HANA TAJIMA FOR UNIQLO 2022 Spring/Summer
Dress HANA TAJIMA FOR UNIQLO 2022 Spring/Summer
“Helaian dress ini seharusnya menjadi pakaian paling mudah dipakai dalam dunia. Saya mahu membuat pemakainya berasa seronok dan selesa menyarung dress ini.” Hana Tajima
Berusia 36 tahun, wanita yang pernah diangkat sebagai ikon hijab sejak sedekad lalu dilihat seperti sedang ‘berjuang’ mempertahankan prinsip dirinya sekarang.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa ‘kurang senang’ dengan tindakan beliau yang seharusnya menjadi inspirasi, khususnya di kalangan Muslimah.
Tak kurang juga yang memberi kata-kata semangat dan berharap beliau kembali istiqamah dengan imej hijab.
Majoriti peminat Hana Tajima merupakan followers beliau sejak dahulu lagi serta menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi fesyen hijab mereka.
“So this is me…”
Penerangan Hana Tajima di Instagram
So this is me… These are difficult things to say, and I have gone back and forth about how best to explain, but let me put it all out there. When I cover my hair, I don’t always cover my ears or my neck. I don’t always cover my hair. I don’t always cover my hair completely.
Finding my own balance with hijab has not been easy, but it’s something I have thought a lot about.
I can understand why hijabi role models on social media have decided to stop wearing the headscarf. You invite so much pressure. A perfection that is under scrutiny all the time. So much so that you can begin to question, “am I just doing this to keep other people happy?” It’s not easy. Especially if you live in a country where wearing a headscarf is stigmatized. But I love my scarf, and am learning to love it more now that it’s less a costume or a part of an outward identity, and more a part of me. Someone who is conflicted and still trying to figure it out.
Moreover I firmly believe that as far as being Muslim goes, wearing a headscarf gets so much more focus than it deserves. People do good things, and bad things, but a head covering alone does not tell you the weight or value of a person’s character.
So please think about those things sincerely before you type or tell someone how they should look. We really don’t need more ways to police women’s bodies.
In writing this I am choosing to accept myself as I am, accepting the grey area, and contradictions that make us human. To know that I can do better still, but to turn my focus away from the headscarf as a measurement of ‘better’.
That’s not all there is to say, but it’s a start.
ISTIQAMAH
Menyedihkan juga apabila Hana Tajima berasa gaya hijabnya sering dinilai, malah meminta para pengikut menerima diri beliau seadanya.
Bagi wanita yang mengikuti Hana Tajima sejak di bangku sekolah, tentu sekali terkejut dengan perubahan beliau yang dilihat semakin moden dan liberal. Khasnya dalam fesyen.
Apa pun, tepuk dada tanya selera. Doakan yang baik-baik buat saudara Muslimah kita, mudah-mudahan suatu hari nanti beliau kembali dengan imej Muslimah yang lebih baik! InsyaAllah.
Akhirnya penulis dapat kongsikan dengan pembaca nona.my tentang koleksi yang dinanti-nantikan oleh pencinta fesyen seluruh dunia. Terlebih dahulu lebih sebulan yang lalu mata ini sendiri dapat melihat dan tangan menyentuh helaian-helaian eksklusif kolaborasi di antara Erdem dan H&M.
Mungkin kalau hendak membeli sendiri busana secara terus dari Erdem harganya terlalu tinggi dan tidak terjangkau jika tidak memiliki bajet yang besar. Namun menerusi koleksi mampu milik ini anda sendiri boleh menggayakan hasil kreativiti pereka fesyen terkenal yang suka bermain dengan motif flora.
Inspirasi mencerminkan kehidupan dan pemandangan di desa inggeris menjadi tunjang idea secara keseluruhan. Rekaan yang diserlahkan menerusi jahitan yang kemas dan siluet gaun menawan bersatu rapi antara nilai praktikal sesuatu busana dan juga aura dramatik dalam bergaya.
Semestinya elemen utama yang paling menyerlah adalah bunga baik untuk koleksi wanita atau lelaki. Bagi koleksi wanita perincian seperi penggunaan fabrik renda, sekuin penuh dan juga elemen pleats disatukan membentuk gaya yang cukup feminin. Penulis tertarik kepada rekaan bow siap perincian diamate yang comel boleh digayakan sebagai broock dan juga pengepit rambut.
Untuk koleksi lelaki pula, rekaan yang diserlahkan adalah rekaan yang cukup ‘basic’ dan sesuai untuk digayakan sebagai busana seharian, tiada yang ekstravaganza. Nilai praktikal memang dititikberatkan tinggi oleh Erdem. Kesemua rekaan ini akan dijual secara atas talian dan juga butik pada 2 November 2017 nanti.
Apabila seseorang itu bergelar public figure atau pempengaruh (infuencer) semua perkara berkaitan dengan dirinya pasti akan menjadi perhatian serta bualan ramai. Antaranya tentang kehidupan seharian, kerjaya, penampilan dan sebagainya. Semakin terkenal seseorang itu semakin kuranglah ruang privasinya.
Dr Malar Santhi Santherasegapan nama yang tidak asing lagi di media sosial. ‘Celoteh Dr Malar’ menjadi platform yang berjaya meledakkan nama Dr Malar sehingga bergelar influencer terkenal di Malaysia.
Gaya penyampaiannya yang bersahaja dalam berkongsi informasi berkaitan perubatan membuatkan ramai yang tertarik. Setiap hari mesti tertunggu-tunggu untuk menonton video Dr Malar.
Namun begitu, tak semua yang kita lihat itu indah kerana walaupun terkenal tetap ada kisah ‘kurang enak’ di sebalik populariti Dr Malar yang kini bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini Dr Malar berkongsi satu hantaran di Instagram dan Facebook miliknya di mana dia pernah dihina oleh segelintir individu yang memperlekehkannya dari segi penampilan sampai ada yang melabel dirinya kampung, kolot dan tidak pandai berfesyen.
Menurut Dr Malar, ini bukanlah kali pertama dirinya diperlekehkan sebegitu. Namun, Dr Malar hanya mampu tersenyum dengan segala kritikan keran baginya setiap orang ada cara masing-masing dalam berfesyen asalkan empunya diri merasa selesa.
“Sebenarnya saya dah lali dengan ejekan dan hinaan dari segelintir individu yang memperlekehkan pakaian saya dan memanggil saya kampung, kolot dan macam-macam cercaan lain.
“Saya hanya mampu tersenyum dengan kritikan orang yang rasa, awaklah yang terpaling bagus dalam segala hal. Fashion ni awak sorang punya ke ye?
“Saya pakai baju kurung ke program motivasi sekolah pun salah. Ditanya kenapa tak pakai smart casual je, kenapa tak pakai kemeja dengan seluar sahaja. Dilabel konon saya nak membodek cikgu.
“Saya pakai jubah ke program ceramah kesihatan dikata saya tak pandai bergaya. Wanita kolot yang tak faham fashion katanya. Pakai jubah dicemuh, kalau jubah tu saya potong sampai ke lutut, lengan pun saya potong sampai ke siku nampak macam dress, mesti dipuji pulak kan?
“So sekarang ni yang menjadi masalah adakah pakaian atau kepanjangannya? Saya tak faham. Bagi saya simple. Saya hanya mampu pakai apa yang saya selesa.
“Nak kata saya hanya suka memakai pakaian Melayu, dah baru-baru ni saya pakai saree untuk ke satu majlis itu pun dicemuh habis. Tak kena dengan tema lah, rusa masuk kampung lah, kolot habis lah..Adoooiii! Sesungguhnya, haters will always hate!
“Ada yang memberi komen sebegini secara sinis di belakang gelak tawa. Ada pula yang mengumpat di belakang saya. Tapi oleh kerana ramai yang sayangkan saya, “umpatan” sebegitu akan sampai juga ke “telinga” saya.
“Saya nak sampaikan kepada golongan yang rasa awaklah terpaling moden dalam dunia ni, moden bukan hanya pakai seluar ketat. Stylish bukan hanya pakai skirt belah tinggi. Dan bergaya bukan hanya untuk yang sexy dan tunjuk kulit.
“Moden, stylish dan bergaya adalah tak kira apa saya pakai. Saya boleh bawa diri dengan penuh keyakinan dan tampak segak.
“Kolot bukan pada jubah atau baju kurung atau saree saya. Kolot adalah pada pemikiran kalian yang meletakkan 1001 peraturan untuk pemakaian seorang wanita dengan alasan fesyen.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut Dr Malar memberi kata-kata semangat dan menyarankan kepadanya agar tidak menghiraukan kata-kata negatif tersebut.