Minat Wan Khatijah yang gemar menghias rumah, travel dan pilates merupakan rahsia perkahwinan bahagia serta bertahan lama dengan Azlisham Ibrahim yang kini cecah usia 26 tahun.

Mendirikan rumah tangga pada 9 September 1999, kebahagiaan yang dikecap oleh pasangan ikonik ini sesungguhnya menitip inspirasi.

“You’re my husband, my best friend, my everything. From ‘I do’ to ‘Where’s the remote?’, we’ve come a long way. Alhamdulillah for 4 beautiful kids,” kongsi Wan Khatijah di media sosialnya.

Wan Khatijah Gemar Hias Rumah, Travel & Pilates, Rahsia Perkahwinan Bahagia Cecah 26 Tahun!
Instagram @wankhatijahcoline2

Kisah Inspirasi

Sepertikan tidak berkelip mata menyaksikan kemunculan Wan Khatijah Wan Othman dalam episod akhir Dewi Remaja 2025 minggu lalu.

Aura jelitawan berdarah Melayu-Perancis itu masih berbisa, persis era kegemilangannya ketika dinobatkan sebagai juara Pencarian Dewi Remaja 95/96.

Pesona yang terpancar daripada senyuman lembut, tutur kata penuh sopan dan raut wajah yang seolah tidak terusik waktu membuatkan ramai tertanya bagaimana figura ini kekal menawan meskipun mencecah 50 tahun.

Merupakan anak kepada pasangan Christine Rohani Longuet dan Wan Othman Wan Abdullah dari Terengganu, menyerlahlan kecantikan semula jadi yang dimilikinya.

Ads
Wan Khatijah Gemar Hias Rumah, Travel & Pilates, Rahsia Perkahwinan Bahagia Cecah 26 Tahun!
Instagram @wankhatijahcoline2
Wan Khatijah Gemar Hias Rumah, Travel & Pilates, Rahsia Perkahwinan Bahagia Cecah 26 Tahun!
Instagram @wankhatijahcoline2

Kemunculan awalnya sebagai wajah baharu industri memperlihatkan keyakinan dan karisma luar biasa, menjadikan namanya antara yang paling diingati dalam sejarah program pencarian ikon muda itu.

Walaupun kini meniti fasa matang, gelaran ibu tidak pernah mengikis sisi glamor dan kelembutan yang menjadi identitinya. Bersama suaminya, Azlisham Ibrahim, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Adam Muqrish, Adam Harris, Adam Iskandar dan Sarah Aisha.

Rumah mereka sentiasa dipenuhi gelak tawa. Wan Khatijah pernah berkongsi bahawa hubungan mereka terjalin erat kerana sifat serasi dan selesa antara satu sama lain. Ketika bercerita, sering sahaja mereka saling menyampuk, bukan kerana ingin memotong kata tetapi kerana terlalu akrab dan memahami.

Ada waktunya, keakraban itu mengingatkan penonton kepada pasangan yang baru bercinta, bukan pasangan yang sudah melalui lebih dua dekad kehidupan bersama.

Minat & Gaya Hidup

Sejak muda lagi, Wan Khatijah cenderung pada dunia fesyen. Beg tangan menjadi koleksi kesayangannya dan minat itu diterjemahkan sebagai personal shopper untuk pelanggan yang mencari barangan berjenama dari Eropah.

Ads
Wan Khatijah Gemar Hias Rumah, Travel & Pilates, Rahsia Perkahwinan Bahagia Cecah 26 Tahun!
Instagram @wankhatijahcoline2

Nilai keluarga menjadi tunjang kekuatan Wan Khatijah. Beliau mendedahkan bahawa salah satu rahsia keharmonian rumah tangga ialah minat yang dikongsi bersama suami. Mereka sama-sama gemar menghias kediaman dengan bunga segar, menjadikan ruang rumah bukan sekadar tempat berteduh tetapi ruang terapi yang menyegarkan emosi.

Setiap jambangan mempunyai cerita. Ada yang dibeli ketika melancong, ada yang dipilih untuk meraikan musim, dan ada juga yang dijadikan simbol penghargaan kepada keluarga.

Selain itu, mereka turut menikmati hobi travel sebagai ruang untuk menghirup udara baharu. Perjalanan bersama keluarga dianggap momen penyembuhan jiwa, jauh daripada rutin harian.

Bila berada di rumah, Wan Khatijah senang memasak, mengemas dan melakukan table setting yang indah. Aktiviti harian yang tampak sederhana ini sebenarnya menjadi salah satu cara beliau mengurus tekanan, seperti ritual kecil yang membina ketenangan.

Ads

Warisan Nostalgia Dewi Remaja

Bagi peminat yang mengikuti perjalanan kariernya, kemunculan Wan Khatijah di pentas Dewi Remaja 2025 baru baru ini membawa nostalgia yang besar. Kehadirannya menerima mahkota selepas 30 tahun menjadi momen yang menyentuh hati. Beliau berkongsi bahawa mahkota itu hanya pernah dipakai dua kali sahaja sebelum ini iaitu pada malam kemenangannya serta ketika sesi fotografi untuk cover Remaja. Detik itu seolah mengulang kisah silam, namun kali ini dengan kedewasaan dan rasa syukur yang lebih mendalam.

Pilates Sebagai Terapi

Di sebalik kejelitaan yang sentiasa diperkatakan, Wan Khatijah tetap memegang rutin penjagaan diri yang konsisten. Beliau rajin menjaga kecantikan kulit dan memastikan gaya hidupnya teratur.

Wan Khatijah Gemar Hias Rumah, Travel & Pilates, Rahsia Perkahwinan Bahagia Cecah 26 Tahun!
Instagram @wankhatijahcoline2

Namun menurutnya, kecantikan paling penting datang daripada kesihatan fizikal dan ketenangan mental. Pilates menjadi salah satu aktiviti wajib dalam jadualnya. Gerakan yang berfokus pada pernafasan, keseimbangan dan kekuatan teras tubuh itu membantu beliau kekal fit, bertenaga dan stabil. Sama seperti menghias rumah, pilates juga berperanan sebagai terapi diri, ruang untuk menyendiri dan mengatur semula emosi.

Wan Khatijah adalah bukti bahawa kecantikan tidak hanya terletak pada riasan atau pakaian. Ia lahir daripada disiplin diri, kegembiraan hati dan keseimbangan hidup. Pada usia matang, pesonanya bukan sekadar pada wajah yang awet muda tetapi pada cara beliau menghargai kehidupan, mencintai keluarga dan menjaga diri dengan penuh kasih.

Elegan dalam caranya yang tersendiri, beliau terus menjadi inspirasi wanita yang percaya bahawa kecantikan adalah perjalanan, bukan destinasi.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/chryseis-tan-bukti-pemimpin-wanita-cantik-bijak-pacu-perubahan-cosway-lebih-moden-berimpak/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads